Posts

Showing posts from August, 2022

Ustaz Abdul Halim 280822

Kuliah Subuh • Berzikir kepada Allah SWT termasuk segala ketaatan kepada NYA. Luas maknanya. • Majlis zikir itu dimana ditetapkan halal dan haram. • Berjual beli yang dilakukan mengikut landasan agama dikira sebagai zikir kepada Allah SWT. • Juga ditakrifkan para ulama sebagai zikir jika menjalan ibadah seperti solat, puasa, bernikah kahwin, bercerai wajib, bercerai harus, ruju' dll. • Menunaikan ibadah haji dan umrah juga dikira sebagai ibadah zikir. Termasuk segala ibadah yang bersangkutan dengan nya. • Didalam Surah Al Ahzab ayat 35 :  Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-o

Ustaz Dato' Nizam 230822

Kuliah Maghrib • Masjid merupakan rumah- rumah Allah SWT didunia ini. Orang yang selalu mengunjungi nya adalah orang yang memakmurkan rumah NYA. • Tidak semua orang yang dipilih untuk menjadi tetamu Allah SWT untuk mengimarahkan rumah NYA. • Saidina Hassan RA menyatakan bahawa tiga golongan mendapat perlindungan Allah SWT (daripada gangguan iblis dan syaitan). - Orang yang mengimarahkan masjid - Sesaorang yang menziarah sahabatnya kerana Allah SWT - Sesaorang yang menunaikan haji&umrah kerana kerinduan kepada tanah suci kerana Allah SWT • Wassalam

Ustaz Azman 210822

Kuliah Subuh • Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak melihat pada bentuk rupa dan harta kalian. Akan tetapi, Allah hanyalah melihat pada hati dan amalan kalian." • Allah SWT melihat manusia dari keadaan hatinya. Adakah hati sesaorang itu bersih atau kotor. • Apa yang berlaku di dalam hati hanya orang tersebut dengan Allah SWT yang tahu. Samada ibadah yang dilakukan dengan ikhlas atau tidak. • Bagi Allah SWT setiap orang beriman hanya kepada NYA. Tidak disekutukan dengan yang lain selain daripada NYA. • Hati seorang itu tersimpan rahsia yang bahawa dia beriman atau tidak. Dia boleh menipu orang lain. Tetapi tidak dengan Allah SWT. • Pada hari ini cabaran dengan orang-orang yang beriman cukup banyak. Malah orang yang tinggi ilmu agamanya juga kadang kala kalah dengan fitnah dunia. • Hati yang bersih itu membawa sesaorang kepada menegakkan agama dengan ikhlas. Mendahului Allah SWT daripada apa sahaja yang lain. Segala perintah NYA mendapat prioriti yang utama didala

Ustaz Shamsuddin 200822

Kuliah Subuh • Allah SWT sayang akan hamba NYA yang taat kepada NYA. Diberinya jalan untuk melakukan kebajikan. • Sayang nya Allah SWT kepada hambaNYA tidak mengharapkan apa-apa balasan. DIA tidak berhajat kepada sesiapa pun. • Allah SWT maha kaya. Sekiranya hambanya taat tidak DIA berkehendakkan apa- apa dari makhlukNYA. Sekira hambanya tidak patuh kepada perintah NYA, ia tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada NYA. • Semua makhluk mengharap kepada Allah SWT. Sekiranya seorang hamba itu taat, kebaikan itu akan balik kepada nya. Allah SWT tidak mengharap apa apa daripada hamba NYA. • Segala perintah Allah SWT kepada hamba-Nya adalah untuk mendekatkan diri kepada NYA. Apabila dilarang sesuatu kepada hambaNYA adalah kerana itu untuk kebaikan hamba NYA. • Ketaatan dan kemurkaan sesaorang hamba tidak akan menambah apa- apa akan Allah SWT. • Sekiranya dimasukkan jarum didalam laut, tidaklah ia akan menambah atau mengurangkan laut itu. Begitulah juga jika hamba taat atau derhaka kepada NYA

Ustaz Muhaimin 190822

Kuliah Maghrib • Tidak berlengah didalam melakukan amal yang soleh. Satu sifat terpuji bagi orang yang beriman. • Ciri orang yang bertaqwa adalah mereka tidak bertangguh didalam melakukan kebajikan. Allah SWT menjanjikan keampunan dan syurga kepada orang yang bertaqwa. • Allah SWT memuji para anbiya kerana mereka bersegera didalam melakukan kebajikan, berdoa dengan sungguh kerana takut akan balasan akhirat dan mereka juga kusyuk didalam melakukan ibadat. • Orang yang suka melengah-lengahkan ibadah merupakan tanda kelemahan iman. Berbeza dengan orang yang soleh yang bersegera didalam melakukan ibadat dan kebajikan. • Berlengah dibenci. Bersegera disukai. Bergopuh gapah dicela. Berhati-hati dipuji. • Rasulullah SAW mengingatkan bahawa berjaga-jaga... - masa muda sebelum tua - kaya sebelum miskin - lapang sebelum sibuk - sihat sebelum sakit - hidup sebelum mati • Para sahabat Rasulullah SAW bersegera melakukan kebajikan. Baik didalam peperangan atau membantu orang yang susah. • Abdullah i

Ustaz Shukrie 170822

Kuliah Maghrib • Membunuh jiwa seseorang itu termasuk dalam dosa besar. • Membunuh disini diertikan mematikan sesaorang secara fizikal dan juga secara rohani. • Ciri seorang mukmin adalah seperti berikut Surah Al Furqan ayat 63... Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini; • Dan juga didalam Surah Al Furqan ayat 68... Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya • Hamba Allah SWT yang benar adalah mereka yang tidak melakukan pembunuhan jiwa manusia melainkan diizinkan NYA. • Didalam surah Al Khafi diterangkan bagaimana

Ustaz Haslam 160822

Kuliah Maghrib • Seorang yang beriman apabila dia menuntut ilmu hendaklah dia jujur. Apa yang dipelajari perlulah dia amalkan. • Hamba yang ikhlas didalam mempelajari akan ilmu agama. Barulah diizinkan Allah SWT mengenangkan untuk dia beramal dengan ilmu tersebut. Sebaliknya dia akan merasakan kesusahan untuk beramal. • Didalam mengamalkan ibadat digalakkan sesaorang itu merahsiakan amalannya. Ini lebih menyenangkan sesaorang itu beribadat dengan ikhlas. • Jika berpuasa sunat sebaiknya tidak diketahui oleh orang lain. Para ulama'mengalakkan sesaorang jika solat sunat dikerjakan dirumahnya. • Imam Ghazali menulis jika seseorang itu menutup aibnya dengan sebaik mungkin, maka begitulah perlu ditutupkan amal sunatnya dari pengetahuan orang lain. • Seorang yang beriman dan bertakwa perlulah dia mempunyai akhlak yang baik. Sentiasa memohon kepada Allah SWT agar diberikan kepada dia akhlak yang baik. Seperti diajarkan oleh Rasulullah SAW. • Rasulullah SAW dan para sahabat mempunyai akhlak

Ustaz Shamsuddin 140822

Kuliah Subuh • Waktu itu berharga. Sesiapa yang mensia-siakan waktu seperti mensia-siakan hidupnya. • Peredaran umur membawa keuntungan kepada sesaorang jika diisi dengan kebajikan. Jika diisi dengan kemaksiatan maka rugilah dia. Masa yang berlalu tidak dapat diundur kembali. • Orang yang soleh tidak membuang masa. Mereka isikan waktu dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah SWT. Tidak ada waktu yang berlalu tanpa mereka mengingati Allah SWT. • Mengisikan waktu sekarang dengan kebajikan dan amalan soleh lebih baik daripada menggantikan waktu yang terluang dengan amalan dimasa hadapan. • Orang yang beriman akan melakukan amalan yang soleh setiap masa. Tidak dibiarkan waktu berlalu terluang tanpa beribadat. • Diakhirat nanti sesiapa yang tidak membuang masa dengan perkara yang tidak penting akan merasa nikmat kebaikannya. • Didalam kitab Hidayatul Salikin ditunjukkan kepada seseorang yang beriman bagaimana diisi masanya dengan melakukan beberapa ibadah yang tertentu. Jadual waktu bagi

Ustaz Yusof 070822

Kuliah Subuh • Ujian yang dihadapi umat mukmin semakin hari berbagai. Ada permasaalahan yang dihadapi berulang-ulang semenjak dari masa Baginda Rasulullah SAW. • Surah Ra'ad ayat 17. Ia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu. Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan. • Masyarakat yang dibina diatas prinsip risalah Islam yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW adalah yang berkualiti dan mempunyai daya fikir yang cemerlang. • Daya fikir yang

Ustaz Firdaus 060822

Kuliah Maghrib • Surah Ali-Imran 31. Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. • Ayat diatas untuk mengingati orang yang beriman bahawa hendaklah mereka mengikut cara Baginda Rasulullah SAW beribadat. • Pada tahun 7 hijrah ada satu peristiwa keatas Baginda Rasulullah SAW. Seorang wanita menghadiahkan kepada baginda daging kambing panggang. • Wanita itu namanya Zainab. Daging itu dimasukkan racun. Baginda makan kemudian memuntahkan kerana diberitahu kepada baginda bahawa makanan itu beracun. • Walaupun baginda tidak menelan daging tersebut tetapi racun itu telah masuk ke dalam dirinya. Empat tahun kemudian racun itu membawa baginda sakit kemudian wafat. • Pada tahun ketujuh hijrah ada satu peperangan dengan puak Badwi yang membantu kami musyrikin didalam peperangan Al Ahzab. Baginda dan para sahabat terpaksa melalui per

Ustaz Syukri 060822

Kuliah Subuh • Kebanyakan orang membuang masa. Dari segi agama maka rugilah orang-orang yang tidak menafaatkan masa yang ada. • Didalam Al Quran dikatakan yang tidak rugi adalah mereka yang beriman melakukan amalan yg Soleh. Dan juga selalu berpesan kepada orang lain agar melakukan kebaikan dengan cara sabar. • Orang yang beriman perlulah beramal dengan amalan yang soleh. Diisi setiap ruang masa dengan mengerjakan kebaikan. Sentiasa mengingati Allah SWT. Serta memperbanyakkan berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW. • Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Agar ditetapkan hati didalam keimanan. Janganlah imam didalam hati kita berbelah bagi terumbang ambing. Kadang kala beriman dan ada ketika lalai. • Lalai didalam solat dikira membuang masa. Abu Hurairah RA menyatakan bahawa tidak diterima Allah SWT akan solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk. • Orang yang beriman digalakkan untuk bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadah. S

Ustaz Rahmatullah 050822

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah menjadi penuntut ilmu sehingga ke akhir hayat. • Para Ulama'adalah pewaris nabi. Darjat mereka adalah tinggi selepas kedudukan para nabi. Kerana mereka menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT. • Rasulullah SAW membawa risalah Allah SWT. Mengajar manusia mensucikan diri dari perbuatan mungkar. Baginda mengajar mereka akan ayat-ayat Al Quran. • Sesiapa yang menyampaikan ajaran agama kepada orang lain. Dan apa yang disampaikan itu dapat mengubah orang lain kepada kebaikan, maka ganjarannya yang lebih baik daripada seisi dunia. • Kedudukan Ulama'dihari akhirat tinggi. Sebagai sebahagian daripada malaikat Allah SWT. Mereka dibolehkan Allah SWT untuk memberi syafaat kepada orang lain. • Orang yang beriman yang mempelajari ilmu agama serta mengajar kepada orang lain. Pasti Allah SWT menjadikan makhluk yang sentiasa memohon kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang tersebut. • Majlis ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi. S

Kuliah Jumaat

Masjid Subang Airport • Surah An-Nisa 97. Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali. • Al Quran memberi amaran kepada manusia yang ketika mati sedang menzalimi diri sendiri. • Malaikat bertanya kepada roh si mati yang tidak bersedia bertemu dengan Allah SWT. Mengapa jadi sedemikian? • Ada manusia menyatakan bahawa mereka jadi sedemikianlah kerana ditindas. Malaikat menyatakan bahaw

Ustaz Nazri 040822

Kuliah Maghrib • Orang yang senang bukan hanya mempunyai harta kekayaan tetapi mempunyai iman. • Orang yang beriman yang berjaya adalah mereka yang selalu berjemaah didalam masjid dan selalu menghadiri majlis ilmu. • Kepentingan bersolat hendaklah difahami oleh semua orang yang beriman. Kewajipan menunaikan didalam apa jua keadaan melainkan mereka yang uzur syarie. • Orang yang beriman hendaklah percaya yang Allah SWT telah menurunkan kitab- kitab melalui Rasulnya. • Kitab Zabur, Taurat, Injil merupakan kitab yang diturunkan melalui Nabi Daud, Musa dan Isa. Al Quran diturunkan melalui Rasulullah Nabi Muhammad SAW. • Didalam Al Quran telah diberitahu kepada manusia yang Allah SWT juga telah menurunkan beberapa kitab sebelum Al Quran. • Risalah Allah SWT adalah untuk memandu manusia kepada jalan yang benar. Siapa yang mengikutnya merekalah yang berjaya dunia dan akhirat. Tetapi mereka yang tidak percaya kepada risalah tersebut akan menjadi orang yang rugi. Diakhirat nanti mereka akan dit

Ustaz Yahya 030822

Kuliah Maghrib • Ilmu tasawwuf itu luas. Maka kebanyakan orang mencari jalan mencapai kefahaman didalam ilmu ini adalah melalui Tarekat. • Tarekat merupakan jalan mencapai cabang Ehsan didalam Islam yang khusus. • Tidak semua orang mukmin yang melalui jalan ini. Kemungkinan jalan Tarekat ini adalah pilihan Allah SWT keatas hamba NYA. • Orang mukmin selain daripada menjalankan segala hukum didalam Islam, hendaklah mencari jalan untuk merapatkan hatinya dengan zat Allah SWT. Mata hatinya hidup sentiasa melihat akan kebesaran NYA. • Jalan ini memerlukan adab dan ilmu yang tinggi. Perlu mempelajari daripada seorang murabbi. Yang dapat merungkai cara untuk beramal sebagai para Ulama'yang hebat. • Para Ulama' memperbanyakkan selawat keatas Baginda Rasulullah SAW. Mereka cukup menghormati ahli keluarga Baginda dari dahulu hinggalah sekarang. Mereka juga rapat dengan para Ulama' yang besar. • Para sahabat Baginda SAW sungguh - sungguh cintakan Rasulullah. Hinggalah para keluarganya