Posts

Showing posts from September, 2014

Ustaz Rahmatullah 290914

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam

Evernote:Ustaz Nizam 230914

Image
Kecintaan kepada Allah SWT & RasulNya melebihi kecintaan kepada yang lain... Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Nazri 220914

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Para sahabat menangis apabila mendengar Nabi Muhammad SAW menyatakan selepas wafat nya akan terdapat banyak perselisihan didalam hal akidah. Pada zaman Baginda terdapat juga banyak perselisihan, tetapi didalam hal fiqah. Hari ini terdapat banyak orang yang terpesong didalam hal akidah. The Noble Quran 78:19 وَفُتِحَتِ ٱلسَّمَآءُ فَكَانَتْ أَبْوَٰبًا And the heaven shall be opened, and it will become as gates, The Noble Quran 78:20 وَسُيِّرَتِ ٱلْجِبَالُ فَكَانَتْ سَرَابًا And the mountains shall be moved away from their places and they will be as if they were a mirage. Pada hari qiamat segala bukit bukau hancur menjadi debu berterbangan sehingga siapa yang melihatnya tidak mempercayai akan kejadian tersebut. Gunung itu dihancurkan sehingga keakarnya.  Tidak tinggal bekas pun. Kucar kacir alam ini. Segala sistem kosmik akan menjadi kelam kabut.  Begitu juga dunia ini apabila bukit bukau,  gunung ganang hancur maka begegarlah dengan gegaran yang d

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Air yang suci akan jatuh sebagai NAJIS apabila tercemar dengan najis. Tidak kira jenis najis itu Najis itu telah merubahkan air yang suci Bau Rasa Warna Walaupun dengan kuantiti yang sedikit Begitu juga jika air yang suci itu kuantiti yang banyak Tetap najis jika ia tercemar samaada bau,  rasa dan warna Jika kauntiti air itu sebanyak 2 qullah... Tidak menjadi najis sekira tercemar tetapi tidak berubah samaada bau,  rasa dan warna Jika air itu berubah  bau,  rasa dan warna ia akan menjadi najis.  Melainkan dengan sendiri keadaan itu kembali tidak ada bau,  warna dan rasa. Air dua qullah Dalam banyak kitab fikah disebutkan bahawa ukuran isi padu dua qullah itu adalah 500 rithl/kati Baghdad. Atau 5 qirbah Hijaz Atau 270 liter Petikan daripada Fatwa negeri Kelantan: Kadar dua kolah telah disukat dan dipadukan dengan tin minyak tanah (minyak gas) dengan cukup penuh tiap2 tin didapati sepuluh tin dan satu gantang. Kemudian disukat tin itu dengan ganta

Evernote:Ustaz Azman 210914

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam Seorang mukmin mengharap akan pertolongan Allah SWT Setelah berusaha berdoalah kepada NYA Agar diturunkan Rahmat NYA Setiap apa yang terjadi dialam ini hanyalah dengan pengetahuan Allah SWT Tidak akan terjadi tanpa IzinNYA Allah SWT maha besar, Allahuakbar Setelah berusaha, hendaklah seorang hamba memohon pertolongan Allah SWT Yakinlah bahawa Allah SWT yang maha pemurah Pertolongan Allah SWT pasti akan datang Janganlah sesaorang hamba, bersangka bahawa usahanya adalah mencukupi Tidak melengkapi usahanya dengan iringan doa kepada Allah SWT Bahawa apa pun yang diusahakan jika tidak mendapat barakah, berbagai perkara boleh berlaku yang berkemungkin mengagalkan cita Kemudian merasa hairan sekiranya usahanya gagal Doa adalah senjata orang- orang yang beriman... Rasulullah SAW mendidik para sahabat dengan doa Setiap apa perbuatan yang dilakukan diiringkan dengan doa Doa dilakukan dalam usaha yang besar hinggalah keperkara yang kecil Adap didalam berdoa.

Ustaz Tajuddin 200914

Image
Langkaran minda kuliah subuh. Mengenai membesarkan Allah SWT pada hari raya korban Serta kepentingan bertakwa kepada NYA. Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Datuk Nahrawi 150914

Kuliah Maghrib Seorang yang beriman menjaga dirinya dengan amalan yang soleh... Berjemaah solat dimasjid Berwudu' dirumah sebelum bersolat dimasjid Sentiasa berwudu'  untuk menghilangkan dosa kecil Menjaga solat sehari lima waktu.  Jangan tinggalkan Sering mendirikan solat solat sunnat Sering bersedekah walaupun dengan sebiji tamar Setiap tasbih,  takbir, tahmid, tahlil adalah sedekah Menyeru yang makruf juga sedekah Melarang kemungkaran juga adalah sedekah Sesaorang yang bersama dengan isteri juga dikira sebagai sedekah Digalakkan orang mukmin berwajah ceria dengan senyuman Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Dr Hapizi 140914

Image
Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Perkembangan politik dunia Islam berubah dengan pesatnya Berbagai kejadian dan  peristiwa telah mewarnakan lanskap politik semasa Musuh dan sahabat Islam masing- masingnya berusaha untuk membantu memenangkan agenda mereka Agenda Barat yang berkurun memusuhi umat Islam melalui media massa mereka telah memutar belit fakta untuk kepentingan mereka IRAQ Mempunyai lebih daripada 33 juta penduduk 70% adalah puak Syiah Selepas tentera Bersekutu yang dipimpin Amerika berjaya menjatuhkan kerajaan Sadam Husin maka kerajaan baru yang ditubuhkan di Iraq adalah dipimpin oleh golongan Syiah Pihak barat bersunguh- sungguh memenangkan pihak Syiah Dengan ini pihak kaum Sunni dipinggirkan didalam kerajaan IRAQ Penindasan puak Syiah keatas penduduk Sunni di Iraq Ramai orang Sunni dibunuh dan masjid mereka diruntuhkan Patennya sama keatas orang Islam di Gaza Puak Syiah merupakan sekutu kuat kuasa barat Amerika di IRAQ dan juga di IRAN dan Syria Saperti apa yang terj

Evernote:Ustaz Abdul Halim 240814

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Amalan yang akan mendapat kasih Allah SWT Solat... Orang yang mendirikan Solat yang sempurna dengan khusyuk dan tertib Solat itu akan menjauhkan diri seseorang daripada keburukan Mempunyai pertalian dengan Allah SWT Sesiapa yang abaikan solat maka akan terjalin pertalian dengan syaitan Puasa... Orang yang beriman yang berpuasa akan menghindari diri daripada seksa api neraka Mendapat pahala yang besar yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui Mandi junub... Ibadah yang penting untuk mengerjakan ibadah wajib yang lain Membezakan dengan mandian yang lain adalah niatnya serta mengikut syarat yang tertentu Walaupun mudah untuk dilakukan tetapi jika tidak dilakukan akan berdosa Sekira perkara ini tidak dijaga maka sesaorang itu akan mendapat kemurkaan Allah SWT. Tetapi jika dilakukan dengan cara yang baik maka ia mendapat kasih sayang NYA.  Menjadi wali Allah. Selainnya ada juga orang yang tidak disukai Allah SWT... Orang yang memungkiri janji. Merek

Evernote:Ustaz Irwan Shah 130914

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Pada hari akhirat semua  manusia akan dikumpulkan dipadang  mahsyar untuk diadili. Disitu semua manusia adalah sama, tiada ada perbezaan derajat kedudukan seperti didunia ini. Didunia ini juga terdapat satu satu mini padang  mahsyar iaitu ketika umat Islam menyerjakan ibadat haji, wukuf diarafah Tidak ada derajat diantara para jemaah Semua berada disana kerana memenuhi hukum Allah SWT Memuji dan memohon belas kasihan serta keampunan akan dosa dosa yang lampau Semasa ditanah suci Kota Mekah dan Madinah, para jemaah Mendapat ketenangan semasa menyerjakan amal ibadah Terdapat barokah didalam kedua tanah suci Apabila kembali ketempat asal masing- masing, terasa amat rindu kepada kedua kota suci yang ditinggalkan Para jemaah perlulah menjaga kebersihan diri  mereka ketika menziarahi tempat tempat suci didalam kedua kota suci Kota suci Mekah dan Madinah merupakan tempat dimana doa dan permohonan diperkenankan Maka disitu jugalah ramai para jemaah  memoho

Evernote:Ustaz Yusuf 070914

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Masa itu berlalu dengan cepat.  Allah SWT akan menyoalkan akan kemana dihabiskan sisa-sisa kehidupan kita. Setiap manusia perlu bertanggungjawab akan apa yang dilakukan semasa hayat didunia ini. Adakah ia dihabiskan untuk mengerjakan amal yang soleh... atau sebaliknya. Kita perlu sedar bahawa ilmu itu adalah kepunyaan Allah SWT. Maka apabila dianugerahkan kepada sesaorang umat akan sesuatu ilmu hendaklah ia bertanggungjawab keatasnya. Ilmu yang baik hendaklah disampaikan kepada masyarakat umum.  Ianya hendaklah digunakan kearah kebajikan. Dan janganlah disalahgunakan untuk perkara yang menjuruskan kearah maksiat. Sesaorang yang berilmu - alim, hendaklah menggunakan ilmunya untuk membawa kebaikan kepada masyarakatnya.  Sekira ada perkara yang tidak baik maka hendaklah ia menegur akan kepincangan tersebut.  Walaupun kepada seorang pemerintah. Harta kekayaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang itu hendaklah digunakan mengikut cara apa yang d

Evernote:Usta Ghazali Omar 060913

Image
Kuliah maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Kematian didalam Suul Khatimah merupakan satu kerugian.  Mereka bakal memasuki neraka. Calunnya merupakan orang yang semasa hidupnya banyak melakukan maksiat.  Suka menipu orang lain. Jika diberikan amanah, mereka tidak menepati janjinya.  Mereka juga suka mempermainkan para ulama'.  Mendustakan pandangan para waliullah. Ada juga manusia yang mendakwa diri mereka sebagai wali Allah SWT tanpa kebenaran. Mereka ini mempermainkan hukum agama.  Juga menipu orang awam dengan fakta yang palsu. Didalam keadaan manusia yang jauh dengan agama.  Kedengkalan ilmu ini juga membuat mereka  hanya mengikut guru yang mereka reka akan amalan mereka. Tanpa bersandar kepada naa naa Al Quran dan Hadith.  Melakukan kesalahan Bidaah. Begitu juga dengan mereka yang tidak yakin dengan janji Allah SWT. Masih merasa ragu dengan hukum Allah dan ajaran & sunnah Rasulullah SAW. Dizaman ini ada umat yang mempersoalkan akan sunnah Rasulullah SAW.  Sehingga ada yang men

Evernote:Ustaz Ghazali Omar 010914

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Orang yang beriman hendaklah memohon kepada Allah SWT agar mendapat kebajikan hidup didunia dan diakhirat... Husnul Khotimah Iblis laknatullah merasa sedih apabila manusia memohon keampunan daripada Allah SWT. Iblis laknatullah juga akan berusaha untuk menjadikaan orang yang beriman mengerjakan amal dengan riak. Bagi orang yang beriman hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT diatas hidayat yang dianugerahkan kepada kita nikmat beragama Islam. Ada orang yang Allah SWT berikan kekayaan didunia ini.  Mempunyai banyak harta dan wang ringgit. Tetapi dia tidak dianugerahi nikmat iman. Ada yang berbangsa serta berbahasa Arab tetapi tidak mendapat hidayah untuk memeluki akan agama Islam. Hidayah itu adalah kepunyaan Allah SWT. Diberikan kepada orang yang dikehendaki.... Iman itu juga tidak boleh diwarisi  kepada zuriatnya. Hendaklah kita merasa takut yang Allah SWT boleh mencabutkan iman yang dianugerah kepada kita. Ramai orang semasa  hidupnya  be

Evernote:Ustaz Irwan Shah 010914

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam Alam kubur merupakan "terminal" pertama akhirat. Orang yang beriman pada hari ia menjejak kealam kubur akan dipersoalkan oleh malaikat yang ditugaskan beberapa soalan yang berkaitan imannya. Disana tidak perlu seseorang itu petah berkata - kata untuk menjawab pertanyaan para malaikat. Yang dapat menolong orang yang beriman didalam kubur adalah amalan soleh yang dikerjakan semasa didunia. Dialam kubur susah tidak ada lagi amal ibadat. Maka yang dapat menolong adalah doa anak anaknya yang soleh. Kesulitan hidup didalam kubur juga penanda aras akan apa yang kita akan hadapi dihari akhirat.   Semua kita pasti akan melalui alam kubur... Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .

Evernote:Ustaz Zaid 220814

Tazkirah maghrib masjid Al Huda Shah Alam Melakukan ibadat perlu dibersihkan hati serta jujur Bersihkan hati daripada sifat yang keji The Noble Quran 17:18 مَّن كَانَ يُرِيدُ ٱلْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُۥ فِيهَا مَا نَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُۥ جَهَنَّمَ يَصْلَىٰهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورًا Whoever wishes for the quick-passing (transitory enjoyment of this world), We readily grant him what We will for whom We like. Then, afterwards, We have appointed for him Hell, he will burn therein disgraced and rejected, (far away from Allah's Mercy). Hati itu merupakan raja didalam diri seseorang Risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW merupakan mesej untuk mengubati hati Kepincangan yang terjadi didalam hati akan dizahirkan oleh anggota luaran Hati yang diterangi oleh nur Illahi merupakan kunci perubahan sesaorang Nur Illahi itu diasakan terdahulu dengan ketauhidan kepada Allah Azzawajalla Ilmu yang bersumberkan wahyu akan membuka pintu hati untuk mengenali Allah SWT The Noble

Evernote:Ustaz Rahmatullah 190814

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam Rasulullah SAW melarang memohon keampunan kepada orang yang musyrik. Dibolehkan memohon kepada Allah SWT supaya orang kafir menerima agama Islam Baginda pernah memohon kepada Allah SWT agar dibuka hati salah saorang daripada dua Omar memeluk agama Islam Orang yang syirik kepada Allah SWT dosanya tidak akan diampuni Walaupun orang yang syirik iyu dekat dengan orang yang beriman. Seperti Nabi Ibrahim... ayahnya sendiri yang syirik. Begitulah dengan orang munafik,  dosanya tidak akan diampuni Allah SWT. Sesiapa yang beriman yang diberikan harta benda serta ia menggunakan dengan baik mengikut landasan agama Kelebihan harta yang dimilikinya  itu merupakan ujian  baginya. Bagi sesiapa yang mempunyai harta yang berlebihan serta diinfaqkan maka Allah SWT akan memberi pahala. Ia juga mendapat kelebihan didunia seperti panjang umur dan dijauhkan dari bala'. Allah SWT akan memberi darjat yang lebih baik kepada mereka yang menginfaqkan harta yang dikasih

Evernote:Ustaz Muhammad 170814

Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam The Noble Quran 61:1 سَبَّحَ لِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۖ وَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ Whatsoever is in the heavens and whatsoever is on the earth glorifies Allah. And He is the All-Mighty, the All-Wise. Menunjukkan semua makhluk dilangit dan dibumi bertasbih kepada Allah SWT Semua makhluknya dijadikan untuk beribadah kepada NYA Setiap orang mukmin hendak memikirkan cara hidupnya. Setiap amalnya,  samaada di redhai oleh Allah SWT. Orang yang beriman hendak memikirkan apa yang dikerjakannya mendapat dosa atau pahala. Adakah amalan yang soleh dikerjakan secara berterusan The Noble Quran 61:2 يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ O you who believe! Why do you say that which you do not do? The Noble Quran 61:3 كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ Most hateful it is with Allah that you say that which you do not do. Teguran ini ditujukan kepada orang beriman didalam peper

Evernote:Ustaz Shamsuddin 160814

Kuliah Subuh Nur yang merupai cahaya yang menerangi mata hati Dapat melihat berbagai benda yang tidak dilihat oleh mata biasa Memahami berbagai perkara yang tersembunyi Nur Illahi apabila dicurahkan kedalam hati seseorang insan Dapat melihat perkara yang tidak boleh dilihat oleh orang ramai Terang hati untuk menilai Anugerah ilmu ladunni Kehebatan Allah SWT menentukan siapa yang mendapat ilmu ladunni ini. Anugerah ilmu ini tidak boleh diminta minta atau dipelajari tetapi ilmu ini ditanam kedalam hati manusia pilihan. Hati yang diterangi oleh nur Illahi maka ianya dapat melihat sesuatu yang tidak boleh dilihat oleh orang lain. Paradigma yang berbeza. Kesimpulan masaalah yang dihadapi mungkin membingungkan orang biasa tetapi bagi orang yang dianugerahkan nur Illahi ia merupakan satu yang mudah. Wassalam Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote .