Evernote:Ustaz Yusuf 070914
Kuliah Subuh Masjid Al Huda Shah Alam
- Masa itu berlalu dengan cepat. Allah SWT akan menyoalkan akan kemana dihabiskan sisa-sisa kehidupan kita.
- Setiap manusia perlu bertanggungjawab akan apa yang dilakukan semasa hayat didunia ini. Adakah ia dihabiskan untuk mengerjakan amal yang soleh... atau sebaliknya.
- Kita perlu sedar bahawa ilmu itu adalah kepunyaan Allah SWT. Maka apabila dianugerahkan kepada sesaorang umat akan sesuatu ilmu hendaklah ia bertanggungjawab keatasnya.
- Ilmu yang baik hendaklah disampaikan kepada masyarakat umum. Ianya hendaklah digunakan kearah kebajikan. Dan janganlah disalahgunakan untuk perkara yang menjuruskan kearah maksiat.
- Sesaorang yang berilmu - alim, hendaklah menggunakan ilmunya untuk membawa kebaikan kepada masyarakatnya. Sekira ada perkara yang tidak baik maka hendaklah ia menegur akan kepincangan tersebut. Walaupun kepada seorang pemerintah.
- Harta kekayaan yang dianugerahkan Allah SWT kepada seseorang itu hendaklah digunakan mengikut cara apa yang diajarkan Rasulullah SAW.
- Diakhirat kelak akan dipersoalkan kemana harta itu dibelanjakan. Dari mana harta itu didapati. Dan juga cara diperolehi harta tersebut.
- Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote. |
Comments