Evernote:Usta Ghazali Omar 060913

Kuliah maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Kematian didalam Suul Khatimah merupakan satu kerugian.  Mereka bakal memasuki neraka.
  • Calunnya merupakan orang yang semasa hidupnya banyak melakukan maksiat.  Suka menipu orang lain.
  • Jika diberikan amanah, mereka tidak menepati janjinya. 
  • Mereka juga suka mempermainkan para ulama'.  Mendustakan pandangan para waliullah.
  • Ada juga manusia yang mendakwa diri mereka sebagai wali Allah SWT tanpa kebenaran. Mereka ini mempermainkan hukum agama.  Juga menipu orang awam dengan fakta yang palsu.
  • Didalam keadaan manusia yang jauh dengan agama.  Kedengkalan ilmu ini juga membuat mereka  hanya mengikut guru yang mereka reka akan amalan mereka. Tanpa bersandar kepada naa naa Al Quran dan Hadith.  Melakukan kesalahan Bidaah.
  • Begitu juga dengan mereka yang tidak yakin dengan janji Allah SWT. Masih merasa ragu dengan hukum Allah dan ajaran & sunnah Rasulullah SAW.
  • Dizaman ini ada umat yang mempersoalkan akan sunnah Rasulullah SAW.  Sehingga ada yang menolak Hadith sebagai sumber hukum.  Bersikap dingin apabila musuh Islam mempermainkan karakter Baginda Rasulullah SAW.
  • Sebagai orang yang beriman hendaklah kita lakukan apa yang disyariatkan oleh agama Islam sebagaimana yang terdapat nasnya didalam Al Quran dan Hadith.
  • Hidup cara Islam mengajarkan masyarakat melakukan amalan yang terpuji serta melarang melakukan perkara yang maksiat.  Seeta hendaklah menjaga perpaduan umat mukmin.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914