Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Air yang suci akan jatuh sebagai NAJIS apabila tercemar dengan najis.
    • Tidak kira jenis najis itu
    • Najis itu telah merubahkan air yang suci
      • Bau
      • Rasa
      • Warna
    • Walaupun dengan kuantiti yang sedikit
    • Begitu juga jika air yang suci itu kuantiti yang banyak
      • Tetap najis jika ia tercemar samaada bau,  rasa dan warna
    • Jika kauntiti air itu sebanyak 2 qullah...
      • Tidak menjadi najis sekira tercemar tetapi tidak berubah samaada bau,  rasa dan warna
      • Jika air itu berubah  bau,  rasa dan warna ia akan menjadi najis.  Melainkan dengan sendiri keadaan itu kembali tidak ada bau,  warna dan rasa.
    • Air dua qullah
      • Dalam banyak kitab fikah disebutkan bahawa ukuran isi padu dua qullah itu adalah 500 rithl/kati Baghdad.
    • Atau 5 qirbah Hijaz
    • Atau 270 liter
    • Petikan daripada Fatwa negeri Kelantan: Kadar dua kolah telah disukat dan dipadukan dengan tin minyak tanah (minyak gas) dengan cukup penuh tiap2 tin didapati sepuluh tin dan satu gantang. Kemudian disukat tin itu dengan gantang yang dipakai sekarang didalam negeri Kelantan, didapati empat gantang secupak. Maka jadilah kira2 air kadar dua kolah dengan gantang Kelantan empat puluh tiga gantang.Cupak dan gantang Kelantan sekarang telah bersamaan dengan gantang inggeris yang dipakai didalam negeri singapura. Adapun negeri yang lain والله اعلم)
    • Pendeknya dengan mudah serta dengan sedikit ihtiyat (lebih halus) air dua kolah itu sebelas tin minyak tanah. (Soalan ini dikemukakan pada tahun 1923).
    • Negara asal : Malaysia, Negeri : Kelantan
Badan yang mengisu fatwa : Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
Penulis/Ulama : Datuk Haji Mohamad Shukri Bin Muhamad
Tarikh Diisu : 1993
    • Petikan daripada Al Hafiz. Com:  Ukuran 2 kolah adalah seperti berikut :Dari segi timbangan ;2 kolah = 500 (lebih kurang) kati Baghdad= 446 3/7 kati Mesir= 81 kati Sham atau 202.5 kg.1 kati Sham = 2 1/2 kgDari segi sukatan ;2 kolah = 10 tin (tin minyak tanah) – ada pendapat mengatakan 15tin atau 270 liter padu.Dari segi ukuran ;- 1 1/4 hasta segi empat panjang, lebar dan dalam berdasarkan hastasederhana.- Bagi bekas bulat seperti telaga, 2 hasta dalam dan 1 hasta lebar.
  • Bangkai binatang
    • Sekira binatang itu tidak ada darah yang mengalir secara semula jadi,  jika terjatuh kedalam air atau cecair maka ia suci sekiranya tidak merubah bau,  warna ataupun rasa

Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809