Posts

Showing posts from July, 2022

Ustaz Abdul Malik 310722

Perubahan diri dalam tahun Hijrah 1444 1. Meningkatkan ilmu 2. Lebihkan ibadat wajib dan sunat 3. Bersihkan diri dari nafsu 4. Banyakkan sedekah 5. Perbaiki hubungan keluarga 6. Jadi anak Soleh 7. Suami isteri yg lebih kasih sayang 8. Gabung dengan jemaah Islamiah 9. Keutamaan amalan sunat 10. Patuh kepada pemimpin.  

Ustaz Shahrizan 300722

Kuliah Subuh • Ganjaran mengerjakan ibadat banyak sekali yang dianugerahkan Allah SWT. • Tetapi ramai yang tidak terkesan didalam dirinya akan janji ganjaran yang berikan Allah SWT. • Kenapa jadi demikian? Berkemungkinan ramai tidak terkesan didalam hati kerana terlalu mencintai dunia. • Sekiranya ganjaran mengerjakan ibadah diberi wang. Maka ramailah orang tidak mahu kerjakan apa-apa melainkan beribadat sepanjang masa. • Hakikatnya ganjaran akhirat tidak boleh dibandingkan dengan harta dunia ini. • Solat berjemaah dilakukan didalam masjid mendapat 27 kali ganjaran. Tetapi jika dilihat dari perspektif dunia maka tidak ada nilainya. Diakhirat nanti barulah menyesal kelak. • Hari ini ramai umat Islam ramai ramai pergi ke Mekah menunaikan fardhu Umrah. Berjuta bilangannya. Sekiranya yang balik daripada umrah itu menyemarakkan masjid, pasti tidak cukup ruang masjid masjid dinegeri ini. Tetapi realitinya masjid banyak yang kosong selain pada hari Jumaat. Kenapa jadi begini? • Orang yang ber

Ustaz Husaimi 270722

Kuliah Maghrib • Orang yang membuat persiapan amal yang soleh adalah untuk mengharapkan kesejahteraan hidup diakhirat kelak. • Untuk mencapai kejayaan diakhirat nanti amalan yang dilakukan perlulah dengan betul. Mengikut contoh yang lakukan oleh Baginda Rasulullah SAW. • Semasa melakukan amalan yang Soleh sesaorang itu perlulah mengiringi ibadatnya dengan doa kepada Allah SWT. Khuatir yang ibadat itu tidak diterima NYA. Bersungguh sungguh memohon agar segala amalan yang dilakukan diterima. • Maka perlulah sesaorang yang beriman itu menjaga segala ibadat yang dilakukan itu berkualiti. • Surah Munafiqun ayat 9: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintahNya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. • Ibadat yang terpenting adalah solat. Perintah ini disampaikan kepada Rasulullah SAW secara lansung oleh Allah SWT. Ini me

Ustaz Abdul Halim 240722

Kuliah Subuh • Orang yang berzikir mendapat rahmat Allah SWT kepada hamba NYA. Diberikan ketenangan kepada mereka. • Anugerah yang tersebut di atas diperlukan sangat manusia dizaman moden ini. Jadi disyorkan bahawa orang-orang yang beriman berlumba-lumba untuk menunaikan zikir sebanyak yang mungkin. • Segala harta duniawi tidak dapat membeli ketenangan sebagaimana diperolehi oleh orang yang berzikir. • Berzikir juga dapat mengawal hawa nafsu seseorang itu. • Ulama'menyatakan bahawa zikir ini boleh dilakukan secara menyatakan didalam hati atau secara lisan. Yang lebih baik dilakukan dengan kedua-dua cara tersebut, iaitu didalam hati dan lisan. • Tujuan untuk melakukan zikir adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Bukan kerana hendak menunjuk kepada orang sekelilingnya. • Apabila hendak melakukan sesuatu ibadah hendaklah bertawakal kepada Allah SWT. Jangan takut dan banyak kebimbangan yang tidak berasas akan apa yang akan dikatakan oleh orang lain. Sangkaan ini adalah b

Ustaz Hafizulah 230722

Kuliah Maghrib • Apa sahaja ilmu yang diperolehi adalah datangnya daripada Allah SWT. Sesuatu kefahaman ilmu itu merupakan nikmat daripada NYA. • Bagi orang mukmin, ilmu mengenai agama Islam adalah diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW. Dicontohi perbuatan Baginda didalam melakukan ibadat. • Mengetahui sesuatu ilmu tidak semestinya membawa kepada kefahaman ilmu tersebut. Maka para ulama menyarankan kepada orang-orang yang beriman sekiranya hendak memahami ilmu agama ini perlulah diperbanyakkan berselawat keatas Baginda. Semoga berkat berselawat itu membawa kita kepada memahami berbagai cabang ilmu agama yang agung ini. • Para ulama menyarankan seseorang mukmin sekurang-kurangnya berselawat keatas Baginda tiga ratus kali sehari. • Kebahagiaan hidup didunia bagaimana diukur oleh seseorang itu. Adakah diukur dengan kekayaan harta benda? Adakah diukur dari segi kesihatan? Dan sebagainya. • Sekiranya kebahagian hidup diukur dari segi keduniaan, maka akan kecundang sesaorang itu. • Begitu ju

Ustaz Najmil 230722

Kuliah Subuh • Orang yang beriman sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah SWT anugerahkan. • Orang yang bertaqwa cirinya adalah sifat takut kepada Allah SWT sahaja. Yang lain itu hanyalah makhluk Nya sahaja. • Orang yang takut akan musibah makhluk, maka akan dijauhkan daripada nya. Sebaliknya orang yang takut kepada Allah SWT akan mendekati dengan NYA. • Didalam hidup ini tidak terlepas daripada ujian Allah SWT. Setiap ujian apabila ditempuhi oleh orang beriman dia akan bersabar. Tidak mengeluh. Hatinya tidak terdetik akan apa yang sedang dilaluinya. • Bersabar hendaklah didampingi dengan solat. Para sahabat apabila mendapat sesuatu musibah mereka akan melakukan solat. Memohon dengan pertolongan Allah SWT. • Imam Bukhari semasa kecil matanya buta. Dengan kekuatan sabar dan solat yang dilakukan ibunya, akhirnya dia dapat melihat semula. • Orang yang bertaqwa mengamalkan segala suruhan dan larangan Allah SWT. Yang termaktub didalam Al Quran dan Hadith. • Setiap apa yang berlaku keata

Ustaz Shukri 200722

Kuliah Maghrib • Manusia yang beriman merupakan orang yang gembira. Sebaliknya orang yang kufur kepada Allah SWT kehidupan mereka merana dan kecewa. • Wajib bagi orang mukmin menjaga nyawa. Hukumnya haram sesaorang itu membunuh. Terutama membunuh diri. Contohnya membawa kenderaan dengan bahaya hingga membawa kemalangan jiwa. • Surah An Nisa ayat 93. Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal ia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya, dan melakanatkannya serta menyediakan baginya azab seksa yang besar. • Membunuh adalah satu perbuatan yang zalim. Menjaga nyawa adalah satu daripada Maqasid Syariah. • Orang yang beriman jika mengambil tindakan keatas sesiapa yang melewati batas agama hendaklah mengikut landasan syariat. Jangan menyakiti sesaorang tanpa proses keadilan dilarang oleh agama. • Membunuh jiwa itu adalah perbuatan yang membawa kepada dosa besar. Hukumnya haram. • Didalam syariah Islam hukum bunuh adalah jelas. Prosedurny

Ustaz Shamsuddin 160722

Kuliah Subuh • Seorang yang beriman mempunyai kewajipan untuk dijalankan diwaktu yang ditetapkan oleh syariat. Bagi setengah ibadah sekiranya tidak dijalankan diwaktu tersebut boleh diqadha. • Kewajipan juga bagi orang yang beriman untuk melakukan kewajipan apabila terjadi diwaktu yang tersebut. Seperti mendapat rahmat hendaklah seseorang itu mengucapkan Alhamdulillah diwaktu itu juga. Tidak boleh ditangguh-tangguh. • Begitu juga jika seseorang yang beriman diuji dengan berbagai musibah hendaklah dia redha dan sabar. Dikerjakan diwaktu itu juga. Tidak boleh ditangguh-tangguh. • Kewajipan menunaikan solat dan berpuasa hendaklah dijalankan didalam waktu yang tertentu. Jika tidak dapat dilakukan maka bagi setengah ibadah boleh dijalankan diwaktu yang lain. • Ada kewajipan dilakukan diwaktu tertentu setiap hari. Ada juga kewajipan yang dilakukan hanya setahun sekali seperti berpuasa. • Sekira kewajipan itu tidak dilakukan didalam waktu yang ditetapkan maka sesaorang itu dianggap lalai. • S

Ustaz Dr Nizam 090722

Kuliah Subuh • Orang Islam jangan mudah mengkafirkan sesaorang. • Jika seseorang yang melakukan perbuatan yang kufur, belum tentu pelaku itu seorang yang kafir. Perlu siasat dahulu. Mungkin semasa dia melakukan perbuatan kufur dia hilang ingatan. • Rasulullah SAW menerangkan sesiapa yang solat seperti solat kita. Dan dia mengadap arah kiblat. Serta dia makan sembelihan kita. Mereka itu lah seorang muslim. • Golongan Khawarij adalah kumpulan yang wujud dizaman sahabat Rasulullah SAW. Mereka kuat ibadat. Tetapi ada kekurangan didalam bidang ilmu. • Bagi puak Khawarij semua dosa adalah dosa besar. Tiada dosa kecil. Sesiapa yang melakukan dosa besar adalah kafir. • Berbeza dengan kaum Sunnah Waljamaah. Melakukan dosa tidak menjadikan sesaorang itu kafir. Tetapi jika dia membenarkan dosa maka perbuatan itu membawa dia jadi kafir. Seperti mengaku yang berzina itu halal, tidak berdosa. • Ahli kiblat itu seorang yang muslim dan mukminin. Selagi dia membenarkan apa yang dibawa oleh Baginda Rasu

Ustaz Yahya 080722

Tazkirah Jumaat • Hari Khamis petang hingga hari Jumaat banyaknya para malaikat turun kebumi. Bilangan mereka hanya Allah mengetahui. Dicatatnya mereka orang yang berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW. • Berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW para Ulama' menyatakan 300 hingga 500 kali setiap hari, supaya diiktiraf sebagai yang banyak berselawat diakhirat kelak. • Sesaorang bersalawat Fatih sekali bersamaan 700 kali selawat lain. • اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم  صلى الله عليه و عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ Ya ALLAH Rahmati Dan Berkati Penghulu Kami Nabi Muhammad , Pembuka Apa Yang Tertutup , Penamat Bagi Yang Telah Sudah , Penolong Bagi Yang Hak , Penunjuk Kejalan Yang Lurus , Selawat Dan Salam Ke-Atas Nya Juga Keluarga Dan Sahabatnya Sebagaimana Yang Selayaknya , Dengan Darjat Dan Kedudukan Yan

Ustaz Yusof 030722

Kuliah Subuh • Didalam bulan Zulhijjah terdapat sepuluh hari yang besar ganjarannya apabila melakukan ibadah dan kebaikan. • Disarankan orang yang beriman agar memperbanyakkan amalan soleh di sepuluh hari pertama di bulan ini. • Orang yang beriman rujukan utamanya adalah Al Quran dan Hadith. Itu sahaja yang tidak ada kesilapan. Yang lain adalah tulisan manusia yang sedikit sebanyak ada kesilapan. • Didalam dalam Al Quran surah Al Imran ayat 14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga). • Setiap apa yang sesaorang mukmin beringin kepada perhiasan dunia hendaklah mengikut hukum syara'. • Sekira se

Ustaz Firdaus 020722

Kuliah Maghrib • Khybar merupakan satu penempatan kaum Yahudi 180 km daripada Madinah. • Kaum Yahudi berjumlah 10 Ribu orang ingin memerangi orang Islam yang berjumlah 1400 atau 1600 orang sahaja. • Baginda Rasulullah SAW mensyaratkan bahawa orang Islam yang hendak bersama untuk peperangan perlulah bersama Baginda di Hudaibiyah. • Didalam Surah Al Fath 20. (Sebagai memuliakan orang-orang yang memberi pengakuan taat setianya di Hudaibiyah, Tuhan menujukan firmannya kepada mereka): Allah menjanjikan kepada kamu harta rampasan yang banyak yang kamu akan mengambilnya, lalu Ia menyegerakan untuk kamu harta rampasan perang ini, serta Ia telah menahan tangan manusia (pihak musuh di situ) daripada menyerang kamu; (Allah melakukan yang demikian supaya kamu beroleh manfaat) dan supaya menjadi tanda (yang membuktikan kebenaran janjiNya) bagi orang-orang yang beriman, dan juga supaya Ia menambahkan kamu hidayah ke jalan yang lurus. • Beberapa puak Yahudi yang datang dari luar ingin bersama dengan

Ustaz Syukri 020722

Kuliah Subuh • Orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT diwaktu pagi dan petang. • Melakukan amalan yang disukai NYA. Perlu selalu bertanya/ berfikir apakah amalan yang hendak dilakukan setiap hari yang disukai Allah SWT. • Neraka dijadikan Allah SWT. Akan diisikan neraka itu dengan manusia dan jin yang berikut: - ada akal tetapi tidak fikir atas agama - ada mata tidak melihat kejadian NYA - ada telinga tidak dengar Al Quran • Mereka yang seperti diatas ini lebih buruk daripada binatang ternakan. • Orang yang beriman bangun awal setiap pagi. Melakukan solat subuh. Serta berzikir selepas solat. Ini merupakan rutin Baginda Rasulullah SAW. • Memperbanyakkan zikrullah adalah sebagai 'fuel' rohani manusia. Rasulullah SAW setiap pagi berzikir dengan apa yang dipanggil Al Matsurat. • Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 010722

Kuliah Maghrib • Bersyukur kini berada didalam sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Terdapat berbagai rahmat didalam bulan ini. • Diakhirat nanti kedudukan Ulama' adalah istimewa selepas Rasulullah SAW. Kerana ilmu dan amalannya. • Orang yang mencari ilmu mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT. Dipermudahkan jalan menuju syurga. Para malaikat menghamparkan sayapnya supaya dipermudahkan jalan mencari ilmu. • Orang yang berilmu mempunyai kelebihan daripada orang yang hanya beribadat. Sandakan seperti bulan yang terang berbanding dengan bintang yang banyak. • Para Ulama' adalah pewaris para Nabi. Baginda para nabi tidak mewariskan harta benda, tetapi diwariskan ilmu yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Begitulah para ulama mereka juga mendidik orang awam akan ilmu agama dan adab. Mereka tidak putus-putus mempelajari ilmu agama. • Orang yang mati didalam keadaan mencari dan menuntut ilmu itu darjatnya  seperti orang yang mati syahid. • Ibadat yang paling hebat di sisi Allah SWT