Ustaz Abdul Halim 240722

Kuliah Subuh

• Orang yang berzikir mendapat rahmat Allah SWT kepada hamba NYA. Diberikan ketenangan kepada mereka.

• Anugerah yang tersebut di atas diperlukan sangat manusia dizaman moden ini. Jadi disyorkan bahawa orang-orang yang beriman berlumba-lumba untuk menunaikan zikir sebanyak yang mungkin.

• Segala harta duniawi tidak dapat membeli ketenangan sebagaimana diperolehi oleh orang yang berzikir.

• Berzikir juga dapat mengawal hawa nafsu seseorang itu.

• Ulama'menyatakan bahawa zikir ini boleh dilakukan secara menyatakan didalam hati atau secara lisan. Yang lebih baik dilakukan dengan kedua-dua cara tersebut, iaitu didalam hati dan lisan.

• Tujuan untuk melakukan zikir adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT. Bukan kerana hendak menunjuk kepada orang sekelilingnya.

• Apabila hendak melakukan sesuatu ibadah hendaklah bertawakal kepada Allah SWT. Jangan takut dan banyak kebimbangan yang tidak berasas akan apa yang akan dikatakan oleh orang lain. Sangkaan ini adalah batil. Dan orang yang beriman setiap amalannya adalah kerana Allah SWT semata-mata.

• Rugilah seseorang itu jika dia meninggalkan ibadah zikir kerana ria'. Takut atau terganggu dengan anggapan orang lain. Terutama orang yang tidak suka kepada agama Allah SWT. Ria'ini jika berlanjutan boleh membawa sesaorang itu melakukan syirik.

• Apa sahaja amalan yang dilakukan kerana mengikut perintah Allah SWT adalah zikir.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914