Ustaz Rahmatullah 010722

Kuliah Maghrib

• Bersyukur kini berada didalam sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah. Terdapat berbagai rahmat didalam bulan ini.

• Diakhirat nanti kedudukan Ulama' adalah istimewa selepas Rasulullah SAW. Kerana ilmu dan amalannya.

• Orang yang mencari ilmu mempunyai kemuliaan di sisi Allah SWT. Dipermudahkan jalan menuju syurga. Para malaikat menghamparkan sayapnya supaya dipermudahkan jalan mencari ilmu.

• Orang yang berilmu mempunyai kelebihan daripada orang yang hanya beribadat. Sandakan seperti bulan yang terang berbanding dengan bintang yang banyak.

• Para Ulama' adalah pewaris para Nabi. Baginda para nabi tidak mewariskan harta benda, tetapi diwariskan ilmu yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Begitulah para ulama mereka juga mendidik orang awam akan ilmu agama dan adab. Mereka tidak putus-putus mempelajari ilmu agama.

• Orang yang mati didalam keadaan mencari dan menuntut ilmu itu darjatnya  seperti orang yang mati syahid.

• Ibadat yang paling hebat di sisi Allah SWT adalah kefahaman didalam agama. Ilmu itu seperti tiang seri agama. Mempelajari satu ilmu agama lebih baik daripada 100 rakaat solat sunat.

• Orang yang berilmu susah bagi Syaitan menipunya. Kerana dengan kefahamannya dia tahu baik buruk sesuatu perbuatan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914