Ustaz Shamsuddin 160722

Kuliah Subuh

• Seorang yang beriman mempunyai kewajipan untuk dijalankan diwaktu yang ditetapkan oleh syariat. Bagi setengah ibadah sekiranya tidak dijalankan diwaktu tersebut boleh diqadha.

• Kewajipan juga bagi orang yang beriman untuk melakukan kewajipan apabila terjadi diwaktu yang tersebut. Seperti mendapat rahmat hendaklah seseorang itu mengucapkan Alhamdulillah diwaktu itu juga. Tidak boleh ditangguh-tangguh.

• Begitu juga jika seseorang yang beriman diuji dengan berbagai musibah hendaklah dia redha dan sabar. Dikerjakan diwaktu itu juga. Tidak boleh ditangguh-tangguh.

• Kewajipan menunaikan solat dan berpuasa hendaklah dijalankan didalam waktu yang tertentu. Jika tidak dapat dilakukan maka bagi setengah ibadah boleh dijalankan diwaktu yang lain.

• Ada kewajipan dilakukan diwaktu tertentu setiap hari. Ada juga kewajipan yang dilakukan hanya setahun sekali seperti berpuasa.

• Sekira kewajipan itu tidak dilakukan didalam waktu yang ditetapkan maka sesaorang itu dianggap lalai.

• Selain daripada ibadah khusus yang dijalankan diwaktu waktu tertentu sesaorang yang beriman juga ada kewajipan yang lain. Setiap detik yang berlalu hendaklah dia berhubung dengan Allah SWT. Sekiranya dia tidak melakukan apa-apa ibadah seperti zikrullah maka rugilah dia. Kerana waktu itu berlepas tidak boleh digantikan.

• Pada waktu dia merasa kenikmatan hendaklah dia mengucapkan Alhamdulillah. Jika diuji dengan pelbagai musibah hendaklah bersabar. Kewajipan ini perlu dijalankan apabila dia terjadi. Tidak boleh diqadhakan.

• Setiap detik didalam kehidupannya, seseorang yang beriman perlu beringat yang dia mendapat nikmat daripada Allah SWT. Perlulah dia tahu sebagai seorang hamba apabila diberi nikmat perlulah dia berhubung dengan Pemberinya.

• Orang yang beriman tahu yang dia sentiasa dibawah lindungan Allah SWT setiap waktu. Maka sebagai seorang hamba perlulah dia selalu bersyukur dan mengingati NYA.

• Profil orang yang beriman apabila waktu nikmat dia bersyukur. Pada waktu bala' dia bersabar. Pada waktu ibadah dijalankan ibadah-ibadah yang tertentu. Apabila tergelincir melakukan maksiat maka dia segera beristighfar dan bertaubat.

• Didalam Surah Ali Imran ayat 74 "Allah menentukan pemberian rahmatNya itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar".

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914