Ustaz Yusof 030722

Kuliah Subuh

• Didalam bulan Zulhijjah terdapat sepuluh hari yang besar ganjarannya apabila melakukan ibadah dan kebaikan.

• Disarankan orang yang beriman agar memperbanyakkan amalan soleh di sepuluh hari pertama di bulan ini.

• Orang yang beriman rujukan utamanya adalah Al Quran dan Hadith. Itu sahaja yang tidak ada kesilapan. Yang lain adalah tulisan manusia yang sedikit sebanyak ada kesilapan.

• Didalam dalam Al Quran surah Al Imran ayat 14. Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).

• Setiap apa yang sesaorang mukmin beringin kepada perhiasan dunia hendaklah mengikut hukum syara'.

• Sekira seorang lelaki inginkan wanita, hendaklah dikahwini mengikut hukum yang telah ditetapkan. Sekiranya tidak mengikut maka hubungan itu akan membawa kepada berzina. Yang dimurkai Allah SWT.

• Melakukan amal yang Soleh hendaklah dikerjakan dengan penuh keikhlasan. Tidak wajar menunjukkan akan amal yang dilakukan didalam sosial media.

• Memang kebiasaannya manusia ini berkehendakkan akan perhiasan dunia. Sebagai seorang mukmin tidak salah untuk mempunyai harta benda tetapi perlulah dilakukan mengikut hukum syara'.

• Begitu juga didalam suasana hidup dizaman ini yang terdapat maklumat dengan banyak dan pantas. Sosial media merupakan wadah yang baru. Perlulah segala maklumat yang diterima diteliti kesahihannya. Jangan kita menjadi agen menyebar maklumat palsu dan menfitnah orang lain.

• Disarankan orang yang beriman menggunakan ruang yang terdapat di bulan Zulhijjah ini untuk memperbanyakkan amalan soleh.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914