Ustaz Dr Nizam 090722

Kuliah Subuh

• Orang Islam jangan mudah mengkafirkan sesaorang.

• Jika seseorang yang melakukan perbuatan yang kufur, belum tentu pelaku itu seorang yang kafir. Perlu siasat dahulu. Mungkin semasa dia melakukan perbuatan kufur dia hilang ingatan.

• Rasulullah SAW menerangkan sesiapa yang solat seperti solat kita. Dan dia mengadap arah kiblat. Serta dia makan sembelihan kita. Mereka itu lah seorang muslim.

• Golongan Khawarij adalah kumpulan yang wujud dizaman sahabat Rasulullah SAW. Mereka kuat ibadat. Tetapi ada kekurangan didalam bidang ilmu.

• Bagi puak Khawarij semua dosa adalah dosa besar. Tiada dosa kecil. Sesiapa yang melakukan dosa besar adalah kafir.

• Berbeza dengan kaum Sunnah Waljamaah. Melakukan dosa tidak menjadikan sesaorang itu kafir. Tetapi jika dia membenarkan dosa maka perbuatan itu membawa dia jadi kafir. Seperti mengaku yang berzina itu halal, tidak berdosa.

• Ahli kiblat itu seorang yang muslim dan mukminin. Selagi dia membenarkan apa yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Didalam kitab lama, Nabi Muhammad SAW itu seperti laut. Kalimah syahadah itu seperti satu titik didalam laut itu. Bererti yang syahadah itu datang daripada ajaran Rasulullah SAW. Sebagai seorang muslim APA SAHAJA yang dibawa oleh Baginda Rasulullah SAW itu BENAR. Walaupun ketika itu perkara yang dinyatakan tidak logik tetapi tetap juga seorang mukmin hendaklah menerimanya.

• Tetapi jika dibawa oleh orang lain seperti seorang Ulama', jika tidak logikal maka seorang yang beriman tidak perlu menerima jika tidak ada didalam Quran dan Hadith.

• Jika seorang yang berniaga menyatakan perkara haram itu halal kerana nak melariskan jualannya. Pihak Ulama' tidak mudah menuduhnya kafir. Sekiranya dia tahu perkara itu haram dan dia yakin sebenarnya yang itu halal, bukan kerana hendak melariskan jualannya maka barulah sah dia kafir. Itu pun pihak berkewajipan yang perlu membuat keputusan itu.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914