Posts

Showing posts from January, 2023

Ustaz Rahmatullah 310123

Kuliah Maghrib • Perbuatan dosa dan maksiat akan membawa keburukan zahir dan batin bagi pelakunya. • Menjadikan seseorang itu lemah dan malas untuk melakukan ibadat. • Kesempitan hidup PASTI terjadi kepada sesiapa yang melakukan dosa dan maksiat berterusan. • NAFSU memang suka bila seseorang itu melakukan maksiat. • Untuk mengelakkan keburukan didalam hidupnya perlulah dia kembali kepada Allah SWT dengan bertaubat. • Seorang yang beriman ada kewajipan untuk dijalankan semata mata kerana Allah SWT. Malah dia berjanji didalam solatnya. • Dari Mu'adz bin Jabal radhiyallahu 'anhu berkata, bersabda Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam: "Wahai Mu'adz, tahukah kamu apa hak Allah atas para hamba-Nya dan apa hak hamba atas Allah?" Aku menjawab: 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu'. Beliau bersabda: "Sesungguhnya hak Allah atas para hamba adalah beribadah kepada-Nya dan tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apapun. Dan hak hamba atas Allah adalah Dia ti

Ustaz Rahim Nasir 290123

Kuliah Subuh • Luqman Al Hakim namanya tercatat didalam Al Quran. • Berpesan kepada anaknya. Untuk mendapat keselamatan dunia dan akhirat perlulah ingat dua perkara.   - ingat kepada Allah SWT   - ingat kepada mati • Setiap orang yang beriman yakin bahawa Allah SWT adalah pencipta segala makhluk. Manusia ini adalah makhluk NYA sahaja. Yang maha Pencipta itulah yang paling hebat. • Sebagai hamba Nya, perlulah setiap orang yang beriman selalu mengingati Allah SWT. Ingat yang Allah itu maha besar, Allahuakbar. • Peristiwa Israk dan mikraj yang dilalui oleh Baginda Rasulullah SAW merupakan satu tanda kekuasaan Allah SWT. Tidak dapat dinafikan lagi oleh sesiapa pun. Kekuasaan NYA tidak dapat dianalisa oleh akal manusia semata-mata. • Allah SWT melihat apa sahaja yang dilakukan oleh makhluknya. Maka orang yang beriman sedar akan hakikat ini. Jadi perlulah setiap hamba-Nya mengingati akan kebesaran NYA. Redha dengan ketetapan dan ketentuan NYA. • Zikrullah merupakan satu keperluan bagi orang

Ustaz Hafizullah 280123

Kuliah Maghrib • Bagi seorang yang beriman apabila didatangkan ujian ia merasa satu kemanisan. • Kerana dia tahu setiap ujian atau musibah yang dilaluinya akan diangkat Allah SWT akan darjatnya atau dihapuskan dosa. • Bila dihadapi ujian atau kesakitan secara spontan disebut akan nama atau sifat Allah SWT. • Orang yang beriman akan diangkat derajatnya apabila dia menghadapi musibah untuk:   - Banyakkan amalan Soleh   - Peringatan bagi yg lalai   - Penghapus dosa • Sesiapa yang berada di bumi Madinah apabila dia menghadapi ujian, dia didalam keadaan beriman serta dia redha dengan nya. Maka di jamin Baginda Rasulullah SAW akan diberi syufaatnya. • Pada hakikatnya orang yang beriman apabila diuji dengan musibat digugurkan dosa-dosanya seperti daun yang berguguran. Maka sesiapa yang memahami hakikat tersebut pasti akan bersyukur kepada Allah SWT. • Kasihnya Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman yang melakukan dosa diberi ujian untuk dihapuskan dosanya. • Wassalam  

Ustaz Khairul Ikhwan 280123

Kuliah Subuh • Manusia tidak terlepas daripada melakukan dosa. Setiap anak Adam (yakni manusia) pasti melakukan kesalahan, sedangkan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat. [HR : al-Tirmizi dan dinilai hasan oleh al-Albani dalam Shahih Sunan al-Tirmizi – hadis no: 2499 (Kitab Sifat Kiamat) • Pada asalnya setiap orang dilahirkan dengan keadaan yang bersih. Tetapi didalam perjalanan hidup ada dosa- dosa yang dilakukan. • Dosa- dosa itu seperti daki yang mengotori jiwa sesaorang itu. Tetapi apabila sampai masanya untuk kembali kepada Allah SWT perlulah dibersihkan diri daripada dosa. • Untuk membersihkan diri daripada dosa sesaorang itu perlulah bertaubat kepada Allah SWT. • "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." • Baginda Rasulullah SAW melakukan taubat s

Ustaz Dato' Nizam 240123

Kuliah Maghrib • Allah SWT menjadikan Jin dan Manusia untuk mengabdikan diri kepada NYA. • Mengabdikan diri bermaksud melakukan ibadah yang telah ditentukan Allah SWT. Syariat telah menetapkan masa dan tempat yang tertentu. • Sesiapa yang mengabaikan ibadah, seperti solat dia melakukan dua dosa. Satu dia meninggalkan solat dan yang kedua tidak melakukan ibadat didalam waktu yang telah ditetapkan Allah SWT. • Allah SWT menjadikan segala sifat manusia yang baik dan yang jahat. Manusia yang baik adalah mereka yang mengikut petunjuk NYA. Sebaliknya manusia yang jahat adalah mereka yang ingkar petunjuk NYA. • Syaitan ganggu manusia yang melakukan ibadah petunjuk Allah SWT. Solat merupakan tempat yang selalu diganggu syaitan itu. • Kajian sosial yang dijalankan oleh pakar menunjukkan bahawa ramai orang muslim yang tidak melakukan solat secara yang disyariatkan. Ada yang jarang solat. Ada yang tidak solat lansung. • Seorang yang beriman hendaklah berakhlak yang baik. Baik ketika bertutur. Gun

Ustaz Abdul Halim 220123

Kuliah Subuh • Bagi seorang yang beriman kesucian itu adalah separuh daripada iman. • Ini melitupi seluruh kehidupannya. Daripada makanan yang dijamahnya hinggalah kepada hendak melakukan ibadahnya memerlukan kebersihan. • Berzikir juga dituntut oleh ajaran Islam. Fadhilat membaca kalimah Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya melitupi langit dan bumi. •Dari Ummul mu'minin yaitu Juwairiyah binti al-Harits radhiallahu 'anha bahwasanya Nabi SAW keluar dari rumahnya pada pagi hari ketika bersembahyang Subuh. Waktu itu Juwairiyah ada di dalam masjidnya. Kemudian beliau SAW kembali setelah melakukan shalat Dhuha, sedangkan Juwairiyah duduk. Kemudian beliau SAW bersabda: "Engkau masih tetap dalam keadaan di waktu tadi saya tinggalkan," Juwairiyah menjawab, "Ya." Nabi SAW lalu bersabda: "Saya telah mengucapkan setelah meninggalkan engkau tadi empat macam kalimat, sebanyak tiga kali, andaikata kalimat-kalimat itu ditimbang dengan kalimat-kalimat yang engkau uc

Ustaz Shamsuddin 210123

Kuliah Subuh • Orang yang bertaqwa    - melakukan segala suruhan Allah SWT    - melakukan yang rukun & sunat    - menjauhkan daripada larangan NYA    - usaha tingkat iman • Sebaliknya orang yang jauh daripada Allah SWT.    - tidak bertaqwa    - jauh daripada mengingati NYA    - melakukan yg dilarang    - cinta dunia    - tidak redha akan qada'dan qadar • Sekiranya seseorang itu merasa resah kerana kehilangan sesuatu melainkan Allah SWT itu menunjukkan yang dia masih belum seorang yang bertaqwa. • Allah SWT yang maha pengasih memberi nikmat kepada semua umatNYA. Ada yang diberi lebih dan ada yang diberi kurang. Walau bagaimana pun tidak dapat menghitung seseorang hamba akan nikmat yang dianugerahkan NYA. • Manusia bergantung kepada segala nikmat yang di anugerahkan Allah SWT. Tetapi tidak ramai yang bersyukur kepada Allah SWT akan nikmat nikmat tersebut. • Ramai yang harap nikmat pemberian Allah SWT kekal. Dapat menjamin kelestarian hidup hingga ke anak cucu. Tetapi nikmat yang

Ustaz Muhaimin 200123

Kuliah Maghrib • Surah Al Khaf ayat 110. Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya". • Ayat diatas menyatakan betapa pentingnya orang yang beriman menjauhkan diri daripada perbuatan syirik. • Syirik ada dua bahagian. Satu syirik yang jelas ia itu seperti menyembah berhala. Satu lagi adalah syirik yang tersembunyi, ia itu beribadah dengan riya'. Menunjukkan dia beriman tetapi didalam hatinya tidak beriman. Perbuatan munafik. • Puak munafik ini wujud dizaman Baginda Rasulullah SAW. Mereka tidak mampu melawan orang Islam jadi mereka berpura-pura menjadi seorang muslim. • Dizaman ini ada juga orang yang melakukan ibadah kerana hendak ditunjukkan kepada orang ramai. Dilakukan sedem

Ustaz Haslam 170123

Kuliah Maghrib • Zuhud keduniaan merupakan salah satu ciri orang yang beriman. Selain seseorang itu selalu memohon keampunan akan segala dosa-dosanya. • Para sahabat Rasulullah SAW ramai yang mempunyai ciri zuhud keduniaan. Mereka mencintai akhirat lebih daripada cinta kepada dunia. Sifat inilah yang telah mencorakkan ketamadunan manusia yang cemerlang. Tidak ada yang dapat menandingi mereka. • Abdullah bin Umar al-Khattab merupakan seorang pemuda yang juga sahabat Rasulullah SAW. Beliau memeluk Islam bersama- sama dengan bapanya. Begitu juga dia juga berhijrah ke Madinah bersama dengan bapanya. Semasa itu dia masih muda, belum baligh. • Abdullah bin Umar Al Khattab merupakan anak Saidina Umar. Dia seorang yang mempunyai banyak harta. Seorang yang kaya. Semasa hayatnya dia membeli lebih daripada seribu orang hamba, kemudian dibebaskan mereka. • Abdullah ini kuat imannya, dia bersungguh-sungguh hendak berjuang bersama Rasulullah SAW didalam peperangan. Didalam perang Badar dan perang Uh

Ustaz Azman 150123

Kuliah Subuh • Ibadah yang utama yang akan dihisab pada hari akhirat nanti adalah solat. • Niat solat yang dahulu dinilai. Adakah ia kerana Allah SWT. • Sebelum mengerjakan solat perlulah disempurnakan ibadah suci. Ramai yang leka dengan perkara-perkara yang berkait dengan kebersihan daripada perkara yang membatalkan solat. • Waktu mengerjakan solat adalah penting. Sudut waktu juga perlulah dijaga untuk menyempurnakan solat sesaorang itu. Melakukan solat diawal waktu sangat dituntut. • Ketertiban mengerjakan solat mengikut segala syarat-syarat hukum yang fardhu dan sunat. Kesempurnaan pergerakkan juga perlu dijaga. • Bacaan didalam solat juga perlulah dijaga dengan baik. Ada bacaan yang wajib dan ada yang sunat perlulah dijaga dengan baik. Seseorang itu perlu juga tahu bacaan yang membawa kepada batalnya ibadat. • Solat juga perlulah dilakukan dengan khusyuk. Sekiranya tidak mendapat kekhusyukan dengan sempurna maka perlulah dilakukan solat sunat. • Solat sunat merupakan ibadah yang da

Ustaz Shukri 140123

Kuliah Maghrib • Pada hari Qiamat kelak semua manusia akan mendapati bahawa segala janji-janji Allah SWT mengenai syurga dan neraka itu adalah BENAR. • Surah Al A'raaf 44. Dan (apabila ahli-ahli Syurga itu berada di tempat masing-masing), berserulah mereka kepada ahli neraka dengan berkata: "Sesungguhnya kami telah dapati apa yang telah dijanjikan kepada kami oleh Tuhan kami, semuanya betul. Maka adakah kamu juga telah dapati apa yang telah dijanjikan oleh Tuhan kamu itu semuanya betul?". Mereka menjawab: "Benar ada". Kemudian berserulah penyeru (malaikat) di antara mereka (kedua-dua puak itu) menyatakan: "Bahawa laknat Allah tertimpa ke atas orang-orang yang zalim". • Janji Allah SWT kepada manusia yang beriman dan beramal soleh, akan diberikan kenikmatan syurga pada hari akhirat kelak. Bahawa janji Allah SWT itu adalah benar. DIA tidak pernah melupakan janji-janji NYA. • Orang yang Soleh syurga bagi mereka sangatlah dekat. Lebih dekat daripada tali c

Ustaz Rahmatullah 090123

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman yang bertaubat mereka kembali kepada Allah SWT. Menyesal akan dosa yang dilakukan. Memohon agar diampunkan segala dosa- dosanya. • Allah SWT mencintai akan hamba-Nya yang bertaubat. • Perlaku maksiat mereka ingkar akan perintah Allah SWT. Mereka tahu perbuatan yang dilakukan itu salah. Tetapi dia tidak dapat melawan pujukan nafsu. • Mereka yang dapat merasa akan kehadiran Allah SWT yang mengawasi perbuatannya, akan dapat menghindarkan diri daripada melakukan maksiat. Suasana sedemikian adalah satu nikmat. • Nikmat yang diberikan Allah SWT kepada hamba-Nya terlalu banyak. Banyak aib manusia didindingi oleh NYA. Kalau bukan kerana nikmat tersebut nescaya ramai orang dapat melihat aib- aib yang dilakukannya. Banyaknya nikmat NYA kepada hamba-Nya tidak terbilang. • Orang yang melakukan dosa ketika dia melakukannya dia tidak sedar yang Allah SWT melihat perbuatannya. Sekiranya dia sedar maka tidak mungkin dia lakukan maksiat tersebut. • Tingkatan iman yan
https://fb.watch/hXMtqs7pjT/?mibextid=RUbZ1f  

Ustaz Shamsuddin 080123

Kuliah Subuh • Orang yang beriman berpegang kepada satu prinsip dimana didalam hidup ini kebergantungan zahir dan batin hanya kepada Allah SWT. • "(Yaitu) orang-orang (yang menta'ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan:"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka", maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "HasbunalLâh Wani'mal-Wakîl", Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (QS Ali Imran:173). • Apabila seorang mukmin melakukan sesuatu ibadah ada didalam hatinya mengharap agar memberikan kesihatan yg baik, rezeki yg mencukupi, umur yang panjang dalam beribadat dan sebagainya. Diharap jangan terlalu fokus kepada ganjaran melakukan ibadah tetapi tidak fokus kepada PEMBERINYA. • Apabila seseorang itu melakukan ibadah kerana menjunjung perintah Allah SWT sahaja. Ibadah tersebut dilakukan dengan cara y

Ustaz Shukri 070123

Kuliah Subuh • Destinasi yang pasti bagi setiap individu adalah Syurga & Neraka. • Bagi orang yang beriman apabila disebut neraka, mereka pasti akan merasa bimbang. • Ahli fikir akhirat setiap amalannya dilakukan untuk menjadi persiapan dihari akhirat nanti. • Berbeza dengan ahli fikir dunia, amalannya untuk mencapai kesejahteraan hidup didunia ini. Mereka dibatasi dengan fikiran material sahaja. • Berbeza ahli fikir dunia dengan ahli fikir akhirat. Jika disebut akan hal halal dan haram orang yang fikir dunia tidak selesa. Tapi orang yang fikir akhirat akan taat dan patuh. • Hukum halal dan haram didalam agama adalah daripada Allah SWT. Diturunkan untuk menyelamatkan kehidupan manusia. Tetapi orang yang fikirnya terbatas keduniaan sahaja tidak mampu menjalankan hukum tersebut. • Nafsu syahwat suka kepada nikmat duniawi. Tidak suka kepada hal hal akhirat. Bagi orang yang berfikir akan kehidupan akhirat akan sentiasa berusaha melawan kehendak nafsu. Bersungguh mematuhi kehendak agama

Ustaz Rahmatullah 060123

Kuliah Maghrib • Sesaorang yang bertaubat akan bergembiralah...    - rumahnya di syurga    - Baginda Rasulullah SAW    - Makhluk yang lain • Semua makhluk yang lain selain daripada jin dan manusia bertasbih memuji Allah SWT setiap pagi dan petang. • Makhluk-makhluk itu taat kepada Allah SWT. Tetapi manusia ramai yang menderhaka kepada NYA. • Gunung ganang pun bertasbih. Ia akan bergembira apabila manusia juga bertasbih bersama dengannya. • Allah SWT sangat bergembira apabila ada hamba NYA yang bertaubat kepada NYA. • Taubat yang diterima adalah sesaorang yang berazam untuk berubah. Daripada gelap kepada terang benderang. • Para ulama menyarankan apabila sesaorang melakukan dosa kecil maka hendaklah dia beramal untuk dosa itu dihapuskan. Seperti berzikir dan amalan solat berjemaah dan lain-lain. • Tetapi dosa besar perlulah bertaubat kerana amalan sahaja tidak dapat menghapuskan dosanya. • LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR: اللَّÙ‡ُÙ…َّ Ø£َÙ†ْتَ رَبِّÙ‰ لا Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلا Ø£َÙ†ْتَ ، Ø®َÙ„َÙ‚ْتَÙ†ِÙ‰ ÙˆَØ£َÙ†َا عَب

Ustaz Hassan Basri 040123

Kuliah Maghrib • Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie R.A beliau berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda: "Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir Al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir Subhaanallah dan Al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Quran itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya." (Riwayat Muslim) • Ulamak berbagai dengan takrif kebersihan.    - bersih daripada iktikad    - bersih secara fizikal • Orang yang beriman perlulah apabila melakukan kerja-kerja membersihkan domestik hendaklah berniat kerana Allah SWT. Ganjarannya besar. Pahalanya separuh daripada iman. • Berzikir dengan ucapan Alhamdulillah akan dianugerahkan pahalanya memenuhi timbangan neraca diakhirat. • Walaupu

Ustaz Yusof 010123

Kuliah Subuh • Saidina Umar melantik Abu Ubaidah menggantikan Khalid Ibnu Walid sebagai ketua tentera. • Abu Ubaidah ini seorang sahabat yang hebat. • Surah Al Baqarah ayat 281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. Kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun. • Khalid Ibnu Walid tidak pun merungut akan diturunkan kedudukan sebagai ketua tentera. Dia juga seorang yang hebat. Dikasihi oleh Baginda Rasulullah SAW, walaupun sebelum memeluk Islam dia juga bermusuh dengan Baginda. • Seorang sahabat lagi yang hebat ialah Salim Mawla Abu Huzaifah. Dia syahid didalam peperangan dengan berani mempertahankan agama Islam. • Para sahabat mereka mempunyai keperibadian yang tinggi dan mulia. Hasil daripada pendidikan Rasulullah SAW. Tetapi mereka juga tidak terlepas daripada difitnah. Sejarah juga menunjukkan yang manusia ini tidak t