Posts

Showing posts from November, 2021

Ustaz Kamal 271121

Kuliah Subuh • Rasulullah Saw bersabda: "Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi Rabb-Nya, hingga dia ditanya tentang lima perkara, tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan dan untuk apa ia belanjakan, serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya." (HR Tirmidzi). • Dihari akhirat kelak Allah SWT akan menanyakan setiap manusia bagaimana is menghabiskan umurnya didunia. • Allah SWT memberi umur kepada setiap manusia sebagai ujian untuk melihat siapa yang menghabiskan kehidupan ini dengan baik. • Adakah manusia itu menghabiskan umurnya didalam ketaatan atau kederhakaan? • Orang yang beriman akan menghabiskan umurnya didalam ketaatan. • Yang baik adalah mereka yang hidup panjang umurnya dan baik amalannya. • Yang buruk adalah sebaliknya. Umur yang panjang dan buruk amalan. • Wassalam.

Ustaz Shamsuddin 201121

Kuliah Subuh • Mempelajari ilmu agama memerlukan seorang guru. Terutama ilmu tasawwuf. • Hubungan guru dengan muridnya bukan sahaja secara fizikal tetapi hubungan itu juga secara emosi, rohani. • Hubungan rohani guru dengan muridnya lebih kuat daripada hubungan rohani anak dan bapa. • Seorang murid perlu meminta restu gurunya untuk menyampaikan ilmu tasawwuf. • Sekiranya murid menyampaikan ilmu tasawwuf tanpa restu gurunya maka yang disampaikan tidak ada nur. Tidak barakah. • Ilmu yang mendapat restu akan mempunyai nur ketika disampaikan. Akan dapat meresap ruang jiwa yang mendengarnya. • Walau macamana rumit ilmu yang disampaikan sekiranya gurunya sudah memberi 'accreditation' maka itu merupakan satu tauliah yang dia sudah mencapai tahap yang baik. • Perlu juga diteliti siapakah yang akan menerima ilmu tasawwuf ini. Adakah  mereka mempunyai asas untuk memahaminya. Inilah perlu sesaorang yang hendak menyampaikan ilmu ini mendapat kerestuan gurunya. Ijazah daripada gurunya. • Si

Ustaz Wan Mohd Mizan 19/11/21

Kuliah Maghrib • Sesiapa yang Allah SWT memberi kebaikan maka diberinya ilmu agama. • Begitu juga sesiapa yang diberi kebaikan maka dia akan diberikan ujian. • Kejayaan yang sebenarnya adalah kejayaan diakhirat. • Kejayaan didunia ini lebih banyak tidak benar daripada benarnya. • Manusia yang bagaimana hebatnya amalan tidak menjamin sesaorang itu berjaya diakhirat, sekiranya Allah SWT tidak mengampunkan dosanya. • Hendak berjaya diakhirat hendaklah bersungguh-sungguh mencari keredhaan Allah SWT. • Tanda kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya adalah diberi kesempatan hamba itu bertaubat sebelum mati. • Ahli syurga bukanlah yang tidak melakukan kesilapan, tetapi mereka diampunkan dosanya sebelum menemui ajal. • Sesiapa pun orang itu, tetap akan diuji oleh Allah SWT. Baik yang kaya ataupun yang miskin. • Rezki yang diberikan oleh Allah SWT tidak semestinya hartanya. Tetapi rezki itu kesejahteraan hidup didunia dan diakhirat. • Orang yang sedang sakit lebih banyak mengingati Allah SWT dar

Ustaz Dato' Nahrawi 151121

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman mengharapkan keampunan Allah SWT • Mereka yakin akan segala harapannya akan dikabulkan NYA • Walau apa pun yang berlaku setiap orang yang beriman yakin bahawa Allah SWT tetap merahmati dan melimpahkan kasih sayang NYA keatas setiap hamba • Perlulah dijauhkan diri daripada maksiat serta memohon keampunan NYA. • Ujian yang dihadapi terutama mereka yang menghidapi penyakit Covid 19 itu merupakan pengajaran kepada umat manusia, terutama orang mukmin. • Setiap mukmin yang melafazkan dua kalimah syahadah serta yakin dengan nya. Maka syurgalah harapan nya. Dengan syarat amalannya bertepatan dengan lafaznya. • Yakin bahawa syurga adalah ganjaran bagi setiap mukmin yang beriman dan beramal akan segala ajaran baginda Rasulullah SAW. Yakin serta mengharap dengan bersungguh-sungguh. • Allah berfirman dalam sebuah hadis qudsi,"Aku menyesuaikan diri dengan sangka hamba-Ku terhadap Ku. Dan Aku bersamanya ketika ia mengingat Ku. Apabila ia mengingat-Ku dalam ha

Ustaz Muhaimin 121121

Kuliah Subuh • Cabaran bagi orang yang beriman dizaman ini adalah berluas luasanya kejadian maksiat. • Ramai orang awam, yang melakukan maksiat, meminta kepada Allah SWT agar dilindungi perbuatan itu daripada pengetahuan awam. Kerana hendak menjaga kedudukan duniawi. • Tetapi bagi orang yang beriman dimohon kepada Allah SWT agar ditutupi pintu untuk melakukan maksiat. • Takut jika dia melakukan maksiat, perbuatan itu dilihat oleh Allah SWT. • Orang yang tidak kuat iman mereka, takut agar maksiat-maksiat nya diketahui oleh orang ramai. Tetapi dia tidak takut yang Allah SWT tahu akan apa yang dilakukan nya. • Khianat mata tidak dilakukan oleh sesaorang dihadapan orang ramai, tetapi bila dia berseorangan maka dilakukan maksiat tersebut. Apakah dia lupa yang perbuatan itu dilihat oleh Allah SWT. • Perbuatan tersebut juga menunjukkan ada kecacatan iman mereka. • Bagi orang yang kuat iman mereka, takut melakukan maksiat kerana Allah SWT. Takut ketika hendak menjawab diakhirat nanti. • Mereka

Ustaz Nasharudin 111121

Kuliah Maghrib • Didalam Surah Al Imran ayat 195 Allah SWT berfirman: Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir ke luar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) - sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)". • Pentingnya untuk kita berdoa. Mestilah berdoa dengan bersungguh-sungguh. • Allah SWT t

Ustaz Ahmad Dahsuki 091121

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman sepatutnya makin hari makin takut kepada Allah SWT • Surah Al Hadis ayat ke-16. Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka. • Pada hari ini kesan pendemik cukup besar. 28 ribu orang di Malaysia telah terkorban oleh virus ini. • Adakah mereka yang mati kerana virus ini telah cukup bersedia untuk menghadapi sakaratul maut. • Apabila malaikat maut datang untuk mencabut ruhnya, kebanyakan manusia meminta malaikat menangguhkan. • Apabila RUH sudah sampai kehalkum baru kebanyakan orang hendak bertaubat. • Sesudah sampai kedalam kubur ramai yang merayu agar dihidupkan kembali.

Ustaz Yusuf 071121

Kuliah Subuh • Manusia semasa kelahirannya adalah seorang yang lemah. Memerlukan bantuan dan jagaan. • Jika dibandingkan dengan makhluk yang lain, manusia ketika itu sangat tidak bermaya. Perlu bantuan dari serba segi. • Setelah membesar barulah manusia itu menjadi kuat serta mempunyai fikiran yang waras. • Tetapi apabila sudah tua, manusia kembali menjadi lemah. Perlu penjagaan. • Setiap orang memerlukan rangkaian sokongan. Tiada manusia boleh hidup dengan sendiri sahaja. • Orang tua-tua, anak-anak yatim, orang-orang yang miskin memerlukan bantuan orang lain. Mereka tidak dapat mengendalikan hidup secara sendiri. • Perangai manusia juga selalu tergesa-gesa didalam melakukan beberapa perkara didalam hidup nya. • Maka untuk bertenang manusia perlu hidup bermasyarakat. • Didalam solatnya perlulah diamalkan solat berjemaah. Supaya tidak tergesa-gesa didalam melakukannya. • Begitu juga didalam mencari panduan kehidupan ini, manusia perlu menimba ilmu. Dari sumber yang benar. • Bagi orang y