Posts

Showing posts from February, 2023

Ustaz Abdul Halim 260223

Kuliah Subuh • Daripada Jabir bin Abdullah  RA, sabda Rasulullah SAW: أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah Lā`ilāha`illāLlāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah). Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain. • Orang yang selalu berzikir seperti diatas seperti orang yang hidup. • Dengan berzikir dapat mengingati Allah SWT sentiasa. Hiduplah agama didalam jiwa orang yang beriman. • Didalam zikir juga mempunyai nama-nama yang indah. • Adab berdoa juga dimulakan dengan berzikir, memuji Allah SWT. • Wassalam  

Ustaz Suhaimi 250223

Kuliah Subuh • 1. Haa, Miim.    2. Demi Al-Quran Kitab yang menerangkan kebenaran.    3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).    4. (Kami menurunkan Al-Quran pada malam yang tersebut, kerana) pada malam yang berkat itu, dijelaskan (kepada malaikat) tiap-tiap perkara yang mengandungi hikmat serta tetap berlaku, (tidak berubah atau bertukar).    5. Iaitu perkara-perkara yang terbitnya dari hikmat kebijaksanaan Kami; sesungguhnya telah menjadi adat Kami mengutus Rasul.    6. (Untuk menyampaikan) rahmat dari Tuhanmu (kepada umat manusia); sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya).    ... Surah Ad Dukhaan... • Bulan Syaaban merupakan bulan yang mulia. Baginda Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadahnya terutama berpuasa sunat pada bulan ini. • Pada bulan Syaaban catatan a

Ustaz Azman 190223

Kuliah Subuh • Orang yang beriman apabila dia berpagi-pagi menghadiri majlis ilmu, lebih baik daripada bersolat 100 rakaat. • Ganjaran berwuduk dengan sempurna dan berdoa selepas wuduk terlalu besar habuannya – dibukakan lapan pintu syurga untuk kita dan kita boleh masuk ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang kita mahu. • Orang yang berwuduk atau bersuci sebelum tidur dengan sempurna seperti berwuduk untuk solat akan sentiasa dipelihara Allah dengan adanya Malaikat sebagai peneman malah beruntung kerana didoakan keampunan oleh Malaikat sebelum dia bangun daripada tidur. • Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu ') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun nescaya Malaikat itu akan berucap' Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci , "(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar ra). • Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: "Apabila kamu mendenga

Ustaz Shamsuddin 180223

Kuliah Subuh • Rezeki bagi seorang yang beriman adalah yang diberkati oleh Allah SWT. • Walaupun banyak rezeki, jika tidak diberkati maka pada hakikatnya itu bukanlah rezeki. • Rezeki yang diperolehi yang tidak diberkati oleh Allah SWT besarz kemungkinan ianya adalah satu istidraj. • Rezeki yg diberkati adalah satu nikmat. Makin dapat rezeki semakin kuat iman dan ingatannya kepada Allah SWT. • Rezeki itu yang secukupnya untuk melaksanakan segala kewajipan agama. Tidak berlebihan sehingga lupa akan kewajipan agama. • Sekiranya rezeki yang didapatinya menjauhkan diri dari mengingati Allah SWT bukanlah ia sebagai rezeki yang diberkati. • Sesaorang sahabat Tsa'labah asalnya seorang yang miskin. Tetapi apabila Allah SWT memberi rezeki yang melimpah, dia lupa akan tanggungjawab sebagai seorang mukmin untuk membayar zakat. Maka rezeki tersebut bukanlah rezeki yang diberkati. • Ayat Quran turun kerana keengganan Tsa'labah membayar zakat . "Dan di antara mereka ada yang membuat ja

Ustaz Syukri AB 150223

Kuliah Maghrib • Sihir adalah dosa besar. Sesiapa yang terlibat didalam sihir perlulah dia bertaubat. • Hukum syarak orang yang melakukan sihir adalah hukum bunuh. Berat dosanya. • Sihir adalah ilmu yang menjadikan seseorang itu melakukan sesuatu yang luar biasa. Boleh dipelajari. • Lain daripada para Nabi dan orang-orang yang Soleh. Mereka boleh melakukan perkara yang luar biasa kerana mukjizat dan karamah yang dianugerahkan Allah SWT. • Ada juga manusia yang diberikan Allah SWT sesuatu pemberian. Tetapi mereka bukanlah orang yang dekat dengan agama. Besar kemungkinan anugerah itu adalah istidraj. Satu tanda kemurkaan Allah SWT. • Hari ini ramai orang didalam masyarakat mengambil jalan mudah untuk mendapat sesuatu hajat dengan sihir. • Ramai orang awam pada hari ini mempraktikkan ilmu sihir. Mereka anggap sihir itu dapat membantu beri kesenangan hidup. • Orang yang mempercayai sihir hukumnya haram. Malah membolehkan mereka menjadi kufur. • Memakai susuk untuk orang menampakkan dia leb

Ustaz Rahmatullah 130223

Kuliah Maghrib • Pelaku maksiat bahayanya didunia dan di akhirat. • Orang yang beriman yang melakukan maksiat dia telah memutuskan janjinya kepada Allah SWT. • Cinta Allah SWT terputus akan orang yang melakukan maksiat. • Hawa nafsu dijadikan sebagai petunjuk kepada orang yang melakukan maksiat. Hukum Allah SWT dijadikan sebagai 'secondary'. • Ada orang yang cukup menjaga kebersihan fizikal kepada badan dan pakaian. Tetapi jiwanya penuh dengan dengki dan fitnah. • Orang yang beriman rasa malu untuk melakukan maksiat. Sebaliknya pelaku maksiat itu tidak ada perasaan malu kepada Allah SWT. • Mengingati Allah SWT setiap masa dapat menghindarkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh agama. • Sesaorang itu tidak akan melakukan maksiat jika dia sedar yang Allah SWT sentiasa melihat akan perbuatannya. • Tetapi jika nafsu itu dapat menewaskan iman pada ketika itu melakukan maksiat tidak dipandang buruk. Tetapi kemudiannya bila imannya kuat kembali mulalah dia sedar

Ustaz Shamsuddin 120223

Kuliah Subuh • Kehidupan didunia ini seseorang itu pasti akan merasa susah dan senang. • Bila merasakan kesenangan maka sesaorang itu merasa gembira. Dan sebalik jika ditimpa kesusahan maka dia akan rasa sedih. • Realitinya susah dan senang itu terletak didalam hati. Bila tidak ada konflik diantara hati dan suasana maka tentu tidak akan ada rasa sedih, gundah dan sebagainya. • Susah dan senang datang dari hati sanubari. Jika hati yakin yang apa sahaja yang terjadi telah ditentukan oleh Allah SWT, maka tentulah tidak ada rasa sedih dan gundah. • Jiwa yang cinta dengan pemiliknya tentulah dia dapat menerima akan apa sahaja yang terjadi. Dia yakin bahawa apa sahaja yang datang daripada Allah SWT tentulah baik kesudahannya. • Sesaorang yang tingkatan imannya tinggi, seperti orang- orang yang soleh pasti merasa cinta kepada Allah SWT. Dia Tuhan yang maha penyayang. Dia Tuhan yang maha pemurah. Segala yang dijadikan NYA adalah yang terbaik. Ditakbir NYA dengan teliti dan lemah lembut. Begitu

Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh • DOA BULAN REJAB اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ "Ya Allah, Berikanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan." [HR Baihaqi] • Ada pandangan yang mengatakan bahawa doa diatas bukan hadith yang sahih. Walau bagaimanapun membaca doa itu harus. Kerana doa tidak perlu berlandaskan hadith. • Segala apa yang terdapat dan terjadi dialam ini adalah dari kejadian Allah SWT. Manusia yang berusaha. • Bagi mahzab sunah Waljamaah perbuatan yang dilakukan manusia juga terjadi kerana Allah SWT. • Bagi pandangan Muktazilah perbuatan manusia adalah kerana manusia itu sendiri. Allah SWT telah pun memberi pilihan itu kepada hamba NYA. • Bagi pandangan Jabariah semua yang terjadi atas perbuatan manusia itu adalah kerana kehendak Allah SWT semata-mata. Manusia itu adalah seperti alat sahaja. • Pandangan Ahli sunah Waljamaah adalah yang terbaik. Manusia mempunyai kudrat. Yang menjadikan perbuatan itu adalah kehe

Ustaz Yusof 050223

Kuliah Subuh • Pada hakikatnya kehidupan didunia ini seperti permainan jika dibandingkan dengan kehidupan diakhirat kelak. • Sebaik- baik manusia adalah yang baik akhlaknya. • Orang yang beriman sentiasa mengingati Allah SWT. Dia menerima segala ketentuan NYA. • Apabila dilakukan sesuatu ibadah ianya ikhlas kerana hendak mendapat keredhaan Allah SWT. Tidak seperti orang yang munafik yang melakukan ibadah tidak jujur. • Orang munafik dizaman Baginda Rasulullah SAW pernah membina sebuah masjid. Tujuannya untuk memecahkan masyarakat mukmin ketika itu. Untuk melindungi kesucian agama Islam, Baginda memerintahkan masjid tersebut dibakar. • Sebagai seorang mukmin, apabila melakukan ibadat hendaklah bersungguh untuk mengikhlaskan kepada Allah SWT. • Untuk menjadi seorang yang ikhlas perlu melakukan ibadah dengan tidak bertujuan mempopularkan diri. Jauhkan diri daripada suka dipuji manusia. • Sekira berlaku sesuatu perkara yang kurang disenangi diri. Orang yang ikhlas perlulah muhasabah diri.

Ustaz Ahmad Qutaibah 010223

Kuliah Maghrib • Para ulama menyatakan bahawa hanya didalam lingkungan 20 peratus ayat Al Quran diturunkan dengan bersebab. • Surah Abasa ayat 17. Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? • Ayat diatas diturunkan kerana kufurnya Utaibah Abi Lahab diatas risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW. • Dia ini merupakan sepupu dan menantu Baginda SAW. Dia sangat membenci Baginda selepas dibawa agama Islam. Dia pernah meludah keatas Rasulullah SAW. • Dia mati dibunuh oleh binatang buas. Dikatakan anjing ganas seperti mana pernah didoakan Baginda. • Al Quran ini adalah kalam Allah SWT yang tinggi dan mulia. Bukan sebagai makhluk yang difahami oleh puak yang ingin merosakkan agama Islam. • Ayat Al Quran diturunkan kepada Baginda Rasulullah SAW oleh malaikat Jibrail AS. Pembawa yang mulia. • Sesiapa yang bermusuh dengan Islam maka matilah dia dengan kekufurannya. Melainkan jika Allah SWT memberi hidayah kepadanya. • Didalam Al Quran diperingatkan manusia asal usul