Posts

Showing posts from October, 2022

Ustaz Rahim Nasir 291022

Kuliah Subuh • Surah AlBaqarah ayat 28. Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). • Pertanyaan Allah SWT kepada manusia. Soalan yang fundamental. Kenapa melawan NYA? • Allah SWT adalah tuhan kita. Dialah yang menghidupkan dan mematikan semua manusia. Tiada tuhan yang lain melainkan NYA. • Semua manusia melalui 4 fasa    - Hidup didalam rahim    - Hidup didalam dunia    - Hidup didalam alam kubur    - Hidup dihari akhirat • Semasa didalam rahim ibu, manusia hidup didalam air. Tiada pekerjaan. Apa yang dimakan ibu kita juga makan. Tidak semua orang melepasi alam ini. Ada yang maut ketika dilahirkan. Perlulah manusia mengenang jasa ibu dan ayah. • Orang yang beriman perlulah merasa akan betapa besarnya beban kedua orang ibu bapa unt

Ustaz Dato' Nahrawi 241022

Kuliah Subuh • Agama Islam melarang umatnya bersifat bakhil dan kikir. • Surah Al Lail ayat 8-11 8. Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya, 9. Serta ia mendustakan perkara yang baik, 10. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan; 11. Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)? • Surah At Taghabuun ayat 16: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya • Sifat zalim dan bakhil itu membawa kebinasaan kepada diri sendiri. Kerana sifat ini meruntuhkan umat dahulu. Mereka m

Ustaz Abdul Halim 231022

Kuliah Subuh • Orang yang berzikir perlulah dilakukan dengan baik • Digalakkan semasa berzikir dilakukan dengan menghadap kiblat serta merendahkan diri sesuai sebagai seorang hamba. • Diwaktu pagi dan petang dibaca zikir sebagai yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah SAW serta para sahabat dan orang-orang yang soleh. • Rasulullah SAW selalu membaca ayat 190-191 surah Ali Imran semasa keluar daripada rumah. • اِنَّ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِ وَاخْتِلَافِ الَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَاٰيٰتٍ لِّاُولِى الْاَلْبَابِۙ 190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; • الَّذِيْنَ يَذْكُرُوْنَ اللّٰهَ قِيَامًا وَّقُعُوْدًا وَّعَلٰى جُنُوْبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُوْنَ فِيْ خَلْقِ السَّمٰوٰتِ وَالْاَرْضِۚ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هٰذَا بَاطِلًاۚ سُبْحٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 191. (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri da

Ustaz Jihad 221022

Kuliah Subuh • Orang yang soleh sifatnya tawaduk. Merasa diri serba kurang didalam melakukan ibadat kepada Allah SWT. • Walaupun mereka banyak melakukan ibadat tetapi didalam hatinya masih merasa tidak mencukupi. Begitu juga walaupun mereka banyak bersyukur kepada NYA akan nikmat yang mereka rasai, tetapi masih tidak mencukupi jika dibanding dengan apa yang mereka nikmat. • Allah SWT suka kepada hamba yang sentiasa bersyukur kepada NYA atas nikmat yang diberi kepada mereka. • Bersyukur sesaorang hamba dengan memperbanyakkan kebajikan atas apa yang dinikmatinya. Jika diberi keluasan rezeki, maka dia memperbanyakkan sedekah dan infak fisabilillah. Begitu juga diberinya nikmat kesihatan maka digunakan badan yang sihat dengan memperbanyakkan ibadah kepada NYA. • Orang yang berniaga perlulah dia berusaha untuk mencapai kejayaan. Apabila dicapai objektif perniagaannya hendaklah dia bersyukur. Jangan dibalas nikmat itu dengan kesombongan. • Ambillah pelajaran daripada peristiwa Firaun dan Qar

Ustaz Muhaimin 211022

Kuliah Maghrib • Pada hari akhirat, malaikat akan membawa neraka untuk dilihat oleh sekalian yang berada di Mahsyar. • Sesiapa yang melihatnya akan merasa takut hingga melutut. • Pada waktu itu orang orang yang beriman akan bercahaya di wajah mereka. • Orang yang munafiq merayu kepada orang-orang yang beriman meminta sedikit daripada cahaya tersebut. • Saidatina Aisyah bertanya kepada Rasulullah SAW adakah orang akan mengambil tahu akan keluarga dihari akhirat kelak. Baginda menyatakan bahawa tiga tempat yang manusia hanya memikir tentang dirinya sendiri. 1) semasa menerima catatan amalan 2) semasa ditimbang amalannya 3) semasa hendak melintasi Siratul Mustaqim. • Dari Anas bin Malik radhiyallahu'anhu bahwasanya Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam bersabda, حُفَّتِ الْجَنَّةُ بِالْمَكَارِهِ وَحُفَّتِ النَّارُ بِالشَّهَوَاتِ "Surga itu diliputi perkara-perkara yang dibenci (oleh jiwa) dan neraka itu diliputi perkara-perkara yang disukai syahwat."(HR. Muslim) Baca se

Ustaz Shukrie 191022

Kuliah Maghrib • Rasulullah SAW mempunyai sifat-sifat yang wajib bagi dia, yaitu shidiq, amanah, tabligh, fathonah. • Selain daripada itu Baginda juga dianugerahkan mukjizat. Bukti kenabian. Berlawanan dengan adab yang kebiasaannya. • Perkara luar biasa yang dialami orang biasa (bukan mukjizat) adalah:   - Karomah: anugerah Allah SWT kepada seseorang yang soleh   - Maunah: bantuan Allah SWT kepada sesaorang   - Istidraj: anugerah yang luar biasa kepada orang yg zalim, sebelum dibalas dengan siksaan didunia ataupun diakhirat.   - Sihir: Satu ilmu yg diguna pakai untuk mengubah keadaan sesaorang dari baik kepada tidak baik. Sihir boleh dipelajari. Tetapi hukumnya haram dipelajari. Sesiapa yang mempercayai (menggunakan) sihir hukumnya syirik. • Malah Baginda Rasulullah SAW menyatakan sesiapa yang mempercayai ramalan adalah kafir. • Perlu diingatkan bahawa mempelajari ilmu  persilatan batin juga  berkemungkinan berkait dengan ilmu sihir. • Selalunya ilmu sihir didampingi dengan makhluk jin

Ustaz Hazlam 181022

Kuliah Maghrib • Para sahabat Rasulullah SAW banyak mengerjakan amalan Soleh. Banyak berdoa agar Allah SWT membantu mereka memperbanyakkan ibadah. • Mereka juga memperbanyakkan menuntut ilmu. Rasa manis akan berada didalam majlis ilmu. Hidup mereka tenang didalam ketaatan kepada NYA. • Orang yang sentiasa berada didalam naungan Allah SWT. Serta tidak dimurkai NYA. Mereka adalah orang yang selalu berzikir, banyak beribadat dan mereka yang selalu hadir didalam majlis ilmu. • Allah SWT mengampunkan dosa orang-orang yang berada didalam majlis ilmu. Apabila mereka kembali ke rahmatullah, kubur mereka akan bercahaya menandakan kenikmatan mereka didalam alam barzakh. • Apabila seseorang yang beriman mempelajari akan ilmu sirah Rasulullah SAW hendaklah mereka berazam supaya selepas menuntut mereka akan melakukan berikut. 1) Sayang, cinta dan merindui Baginda SAW. 2) Memperbanyakkan amalan sunnah. • Baginda Rasulullah SAW adalah seorang yang pengasih. Saidina Anas berkata selama dia bersama Bag

Ustaz Azman 161022

Kuliah Subuh • Cinta sesaorang hamba kepada Allah SWT merangkumi berbagai aspek. Cinta sebegini dianggap biasa. • Cinta Allah SWT merupakan satu nikmat. Ini juga tidak didapati oleh ramai. • Allah SWT mencintai hamba-Nya yang selalu bertaubat. • Nabi Muhammad SAW adalah seorang yang maksum. Tetapi dia tetap melakukan banyak taubat kepada Allah SWT. • Sebagai orang awam perlulah memperbanyakkan taubat kepada Allah SWT. • Allah SWT mencintai hamba-Nya yang mensuci dirinya daripada sombong, takbur, ujub, sifat dengki dan iri hati. • Pada diakhir zaman ini ramai orang mempunyai penyakit hati. • Allah SWT juga mencintai hamba-Nya yang bertaqwa. Benar-benar takut kepada NYA. • Hamba yang takut melakukan dosa. Walaupun sekecil-kecil dosa. Hingga terlambat mengerjakan solat dirasa berat. • Orang yang sabar juga dicintai Allah SWT. Walaupun menghadapi beberapa kesulitan. Melakukan segala ketaatan kepada NYA dengan sebaik mungkin. • Allah SWT juga mencintai hamba-Nya yang berlaku adil. • Begitu

Ustaz Rahmatullah 101022

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman hendaklah selalu bertaubat kepada Allah SWT. Agar mereka dapat kejayaan. Manusia tidak terlepas dari melalui dosa. • Jalan menuju kepada keredhaan Allah SWT adalah dimulakan dengan bertaubat akan segala maksiat yang telah dilakukan. • Dalam melakukan amalan yang soleh perlulah sesaorang itu mengerjakan taubat secara berterusan. Kerana untuk beristiqamah dengan bertaubat amatlah susah. • Setiap orang tidak kira darjat keimanannya perlu melakukan taubat. Kerana setiap jiwa melakukan dosa kepada Allah SWT. Kembali kepada perbuatan tidak elok kepada perbuatan yang baik. • Untuk bertaubat seseorang itu perlulah merasa menyesal dengan dosa yang telah dikerjakan. Sesal itu tempatnya didalam hati sesaorang itu. • Ciri bertaubat...    1. Menyesal akan dosa    2. Segera meninggalkan dosa    3. Berazam tidak melakukan dosa • Jika dosa itu dilakukan kepada manusia. Maka taubat hendaklah memulangkan hak orang lain. Serta memohon maaf kepada orang tersebut. • Sega

Ustaz Shamsuddin 091022

Kuliah Subuh • Mengingati Allah SWT akan membawa sesaorang itu kepada kebaikan. • Para ulama dan orang yang soleh, mereka sentiasa mengingati akan NYA. • Mengingati Allah SWT membawa seseorang itu kepada kebaikan, serta dijauhkan daripada melakukan perkara yang tidak baik. • Hati yang kenal kepada Allah SWT dan sentiasa mengingati akan NYA akan dengan sendirinya akan hanya melakukan perkara-perkara yang baik sahaja. • Hati orang yang soleh merindui Allah SWT. Merasa kecintaan kepada NYA. Serta sentiasa melakukan amalan yang baik dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dijauhkan nafsu syahwat dari hatinya. • Berkembang hati orang yang beriman dengan iman. Akan patuh dengan segala suruhan Allah SWT. Semakin hari semakin kuatlah hatinya mengingati dan merinduiNYA. Dikurniakan kepada hamba itu kenikmatan dan kemanisan iman. • Hati itu bagaikan raja didalam diri seseorang. Jika hati itu baik maka ia akan sentiasa memerintah diri melakukan kebaikan dan menghin

Ustaz Dr Nizam 081022

Kuliah Subuh • Sesaorang mukmin tidak mudah untuk mengkafirkan sesaorang yang mengakui keislamannya • Walaupun terdapat perbezaan kefahaman didalam sesuatu issu, tidaklah membawa kepada kafir. • Perbezaan selalunya terjadi didalam tafsiran ayat-ayat mutasyabihat. Contohnya didalam Al Quran tersebut tangan Allah SWT. Pihak Wahabi tafsir yang tangan itu wujud. Tetapi bagaimana kewujudannya hanya Allah SWT yang tahu. Pihak Sunni yang mentafsirkan yang tangan itu maksudnya kekuasaan dan kemurahan Allah SWT. • Walaupun berbeza tidaklah wajar kafir mengkafirkan. Apatah lagi jika dilakukan oleh para ulama. • Perbezaan juga terjadi kerana ada pihak guna hadis palsu didalam hujah mereka. • Yang wajar mengkafirkan sesaorang itu adalah pihak berkuasa. Setelah diteliti dengan mendalam. • Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 071022

Kuliah Maghrib • Sesaorang mukmin hendaklah beristiqamah didalam menjaga imannya. • Cahaya iman hendaklah sentiasa menyinari jiwanya. Tidak alpa akan segala suruhan Allah SWT. Hidupnya tidak putus daripada hubungan syariat agama. • Bagi mereka yang telah tersasar daripada jalan agama. Hendaklah balik kepada jalan yang benar. Bertaubat daripada kezaliman yang dilakukan. • Hati memainkan peranan yang penting didalam hidup beragama. Ketika dia beribadat hatinya yang menentukan kualiti amalannya. • Hati seorang yang beriman hendaklah sentiasa takut kepada Allah SWT. Dan dia merasa malu kepada NYA jika tersasar daripada perintah NYA. • Para sahabat hati mereka sentiasa merebut-rebut untuk berbakti kepada Baginda Rasulullah SAW. Merindui untuk selalu mendampingi Baginda. • Kemanisan iman dianugerahi kepada orang yang berusaha menghindar diri daripada maksiat. Yakin akan balasan di akhirat nanti. Bahawa jiwanya yang selalu konsius akan kehadiran Allah SWT . • Bersyukur akan nikmat-nikmat yang

Ustaz Yusof 021022

Kuliah Subuh • Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesungguhnya harta ini adalah lezat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang baik, niscaya dia akan mendapat berkahnya. Namun, siapa yang menerimanya dengan nafsu serakah, maka dia tidak akan mendapat berkahnya, dia akan seperti orang yang makan, namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah." • Harta itu jika didapati secara halal maka ia akan memberi berkat kepada pemiliknya. Tetapi sebaliknya jika didapati secara haram maka ia akan membawa padah kepada pemiliknya. • Didalam sebuah negara, rasuah akan menjadi masalah kepada masyarakat. • Rasuah adalah satu cara seseorang yang berkuasa mendapat harta secara haram. Perlulah masyarakat beringat akan padahnya kepada memberi, mengambil rasuah serta negara. • Didalam negara kita sekarang ini dikatakan bahawa perbuatan rasuah itu sebagai penyakit kanser. • Orang yang memberi, mengambil dan perantara perbuatan rasuah hukumnya haram. M