Ustaz Rahmatullah 101022

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah selalu bertaubat kepada Allah SWT. Agar mereka dapat kejayaan. Manusia tidak terlepas dari melalui dosa.

• Jalan menuju kepada keredhaan Allah SWT adalah dimulakan dengan bertaubat akan segala maksiat yang telah dilakukan.

• Dalam melakukan amalan yang soleh perlulah sesaorang itu mengerjakan taubat secara berterusan. Kerana untuk beristiqamah dengan bertaubat amatlah susah.

• Setiap orang tidak kira darjat keimanannya perlu melakukan taubat. Kerana setiap jiwa melakukan dosa kepada Allah SWT. Kembali kepada perbuatan tidak elok kepada perbuatan yang baik.

• Untuk bertaubat seseorang itu perlulah merasa menyesal dengan dosa yang telah dikerjakan. Sesal itu tempatnya didalam hati sesaorang itu.

• Ciri bertaubat...
   1. Menyesal akan dosa
   2. Segera meninggalkan dosa
   3. Berazam tidak melakukan dosa

• Jika dosa itu dilakukan kepada manusia. Maka taubat hendaklah memulangkan hak orang lain. Serta memohon maaf kepada orang tersebut.

• Segala dosa dengan manusia hendaklah diselesaikan didunia ini, jangan dibawa diakhirat kelak. Kerana diakhirat akan diberi pahalanya kepada orang yang dianiayai.

• Orang didunia ini berhutang kepada orang lain tanpa dibayar balik. Maka diakhirat nanti hutang itu akan dituntutnya. Maka diakhirat dibayar dengan pahalanya. Dikhuatiri pahala yang kurang itu akan membawa seseorang itu ke dalam neraka.

• Allah SWT mencintai orang muda yang bertaubat. Kerana diwaktu muda banyak halangan untuk melakukan amalan yang soleh. Hendaklah mereka meninggalkan kawan kawan sekeliling yang membawa sesaorang itu ke kancah maksiat.

• Rasulullah SAW melakukan taubat 70 kali dalam sehari.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914