Ustaz Shamsuddin 091022

Kuliah Subuh

• Mengingati Allah SWT akan membawa sesaorang itu kepada kebaikan.

• Para ulama dan orang yang soleh, mereka sentiasa mengingati akan NYA.

• Mengingati Allah SWT membawa seseorang itu kepada kebaikan, serta dijauhkan daripada melakukan perkara yang tidak baik.

• Hati yang kenal kepada Allah SWT dan sentiasa mengingati akan NYA akan dengan sendirinya akan hanya melakukan perkara-perkara yang baik sahaja.

• Hati orang yang soleh merindui Allah SWT. Merasa kecintaan kepada NYA. Serta sentiasa melakukan amalan yang baik dan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Dijauhkan nafsu syahwat dari hatinya.

• Berkembang hati orang yang beriman dengan iman. Akan patuh dengan segala suruhan Allah SWT. Semakin hari semakin kuatlah hatinya mengingati dan merinduiNYA. Dikurniakan kepada hamba itu kenikmatan dan kemanisan iman.

• Hati itu bagaikan raja didalam diri seseorang. Jika hati itu baik maka ia akan sentiasa memerintah diri melakukan kebaikan dan menghindar dari keburukan. Maka orang yang Soleh, hatinya dijadikan Allah SWT kuat bagaikan raja.

• Kebaikan itu akan memadamkan keburukan. Begitulah seseorang yang beriman yang kuat amalan kebaikkan akan dengan sendirinya akan mengurangkan perbuatan maksiat.

• Balasan kepada orang yang kuat imannya akan dibersihkan Allah SWT akan hatinya. Dianugerahkan limpahan sedikit sifat NYA.

• Sifat-sifat Allah SWT yang sembilan puluh sembilan (asma' Allah) jika dimasukkan sedikit sahaja didalam hati sesaorang hamba, akan menjadikan dia seorang yang baik. Memberi kekuatan melakukan amalan yang soleh.

• Bagi orang yang tidak bersih hatinya maka akan timbul anggapan yang tidak baik terhadap orang-orang yang Soleh dan Allah SWT. Timbul iri hati serta dengki. Membuat hatinya berpenyakit.

• Maka bagi orang yang beriman hendaklah kembali kepada Allah SWT. Memperbanyakkan zikrullah. Agar dianugerahkan NYA hati yang semakin baik.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914