Ustaz Dato' Nahrawi 241022

Kuliah Subuh

• Agama Islam melarang umatnya bersifat bakhil dan kikir.

• Surah Al Lail ayat 8-11

8. Sebaliknya: orang yang bakhil (daripada berbuat kebajikan) dan merasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya,
9. Serta ia mendustakan perkara yang baik,
10. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan;
11. Dan apakah pertolongan yang dapat diberi kepadanya oleh hartanya apabila ia telah terjerumus (ke dalam azab seksa hari akhirat)?

• Surah At Taghabuun ayat 16: Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya

• Sifat zalim dan bakhil itu membawa kebinasaan kepada diri sendiri. Kerana sifat ini meruntuhkan umat dahulu. Mereka menghalalkan apa yang haram. Serta mereka menumpahkan darah kerana duniawi.

• Orang yang beriman digalakkan membantu orang lain dengan keluasan rezeki yang Allah SWT berikan kepadanya.

• Didalam surah Hashr ayat 9 menyatakan ...Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.

• Orang yang beriman disuruh memberi makan yang disukai orang seperti orang miskin, anak yatim dan orang tawanan.

• Rasulullah SAW dan para sahabat sering tiada makanan di rumah. Tetapi masih memberi kepada tetamu yang datang kerumah mereka.

• Allah SWT suka dan berbangga dengan hamba NYA yang murah hati membantu orang lain didalam kesusahan. Walaupun dirinya sendiri juga susah.

• Perlulah jika diberi bantuan kepada orang lain hendaklah bersifat ikhlas. Jangan ungkit mengungkit akan bantuan yang dihulurkan.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914