Ustaz Yusof 021022

Kuliah Subuh

• Nabi Muhammad SAW bersabda, "Sesungguhnya harta ini adalah lezat dan manis. Maka siapa yang menerimanya dengan hati yang baik, niscaya dia akan mendapat berkahnya. Namun, siapa yang menerimanya dengan nafsu serakah, maka dia tidak akan mendapat berkahnya, dia akan seperti orang yang makan, namun tidak pernah merasa kenyang. Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah."

• Harta itu jika didapati secara halal maka ia akan memberi berkat kepada pemiliknya. Tetapi sebaliknya jika didapati secara haram maka ia akan membawa padah kepada pemiliknya.

• Didalam sebuah negara, rasuah akan menjadi masalah kepada masyarakat.

• Rasuah adalah satu cara seseorang yang berkuasa mendapat harta secara haram. Perlulah masyarakat beringat akan padahnya kepada memberi, mengambil rasuah serta negara.

• Didalam negara kita sekarang ini dikatakan bahawa perbuatan rasuah itu sebagai penyakit kanser.

• Orang yang memberi, mengambil dan perantara perbuatan rasuah hukumnya haram. Mereka yang melakukannya jika tidak bertaubat maka neraka akibatnya.

• Memberi dan menerima hadiah sesaorang yang mempunyai kuasa perlulah dia beringat. Hadiah itu perlulah berpadan dengan suasana itu. Pemberian hadiah itu merupakan pintu- pintu rasuah.

• Khalifah Saidina Ali pada satu ketika diberi beberapa ekor kuda yang baik bakanya. Baginda menolak pemberian itu. Jika hendak memberi juga maka perlulah diisytiharkan. Serta hadiah itu menjadi hak negara.

• Masyarakat mukmin hendaklah sedar bahawa perbuatan rasuah ini harus dihindarkan. Perlakuan rasuah adalah perbuatan khianat.

• Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, semua pihak tidak boleh memandang ringan, memilih melakukan penafian dan memikirkan segala justifikasi bagi menidakkan kewujudan rasuah di hadapan mata. Oleh yang demikian kita tidak boleh memandang ringan, bersifat leka, memilih melakukan penafian, memikirkan segala justifikasi, bersilat dengan segala helah mahu menindakkan kewujudan gajah rasuah di hadapan mata.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914