Posts

Showing posts from February, 2024

Ustaz Dato' Nizam 270224

Kuliah Maghrib • Nikmat Allah SWT kepada orang yang beriman adalah dengan akhlak yang baik dan terpuji. Sebaliknya orang yang zalim mereka berakhlak yang buruk. • Manusia adalah ciptaan yang terbaik yang dijadikan Allah SWT. Manusia mempunyai akal, roh, jasad, nafsu, hati. • Akal manusia meningkat dalam perjalanan masa. Ada peningkatan setiap hari dan tahun. • Dengan roh dan jasad yang ada manusia dapat usaha berbagai-bagai cirinya. Ada yang berniaga. Ada yang bertukang dan sebagainya. Orang yang beriman akan melakukan kebaikan dan kebajikan dengan kudrat yang ada. • Orang yang beriman mereka dapat mengawal nafsu. Keberkatan berpuasa di bulan Ramadhan adalah madrasah untuk memandu nafsu manusia. • Allah SWT melihat hati hambaNYA. Sama ada melakukan ibadah dengan ikhlas. Orang yang beriman mereka mempunyai hati yang sentiasa mengingati Allah SWT. Serta melakukan ibadah dengan ikhlas. • Manusia yang beriman dianugerahkan Allah SWT dengan akhlak yang baik. Dengan anugerah tersebut masyara

Ustaz Abdul Halim 250224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/hmcQMqSd4w8kkxv4/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Suhaimi 240224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/N3EwpUFQ8oQh9AvY/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Haslam 200224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah. • Orang yang soleh menghabiskan masa didalam ketaatan kepada perintah Allah SWT. • Orang yang telah berusia melebihi 40 tahun yang masih melakukan perkara-perkara terlarang, melebihi daripada ketaatan kepada Allah SWT, maka ia menunjukkan dirinya kepada neraka. • Jika orang itu mencapai empat puluh tahun umurnya, dia masih melakukan maksiat, maka dia akan terus melakukan perbuatan itu. • Imam- imam yang masyhur menganjurkan orang yang beriman melakukan solat tahajud. • Orang yang soleh mereka tidak dipengaruhi oleh kehidupan dunia. Tidak hirau untuk meninggalkan dunia ini. Tetapi mereka merasa susah hati memikirkan kehidupan selepas mati. Bagaimana kehidupan didalam barzakh kelak. • Untuk senang bangun melakukan solat tahajjud.    - jangan makan terlalu banyak sebelum tidur    - jangan melakukan pekerjaan yang akan meletihkan diri.    - jangan melakukan perkara yang berdosa • Wassalam. 

Ustaz Dato' Nahrawi 190224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman mereka hendaklah berlumba lumba dengan soal akhirat. Semoga membawa keberkatan. • Berlumba-lumba agar mendapat keberkatan di akhirat nanti.    - kerja kebajikan    - berbuat baik dengan makhluk - { خِتَٰمُهُۥ مِسۡكٞۚ وَفِي ذَٰلِكَ فَلۡيَتَنَافَسِ ٱلۡمُتَنَٰفِسُونَ } [Surah Al-Muṭaffifīn: 26] Abdullah Muhammad Basmeih: Meterainya kasturi; - dan untuk (memperolehi nikmat kesenangan) itu hendaknya berlumba-lumba mereka yang ingin merebut kelebihan dan kesenangan; • Allah SWT dan Rasulullah SAW suka kepada mereka yang berlemah lembut sesama manusia. • Manusia tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. • { ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ فِي ٱلسَّرَّآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَٱلۡكَٰظِمِينَ ٱلۡغَيۡظَ وَٱلۡعَافِينَ عَنِ ٱلنَّاسِۗ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ } [Surah Āli-ʿImrān: 134] Abdullah Muhammad Basmeih: Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan or

Ustaz Azman 180224

Kuliah Subuh • Daripada Syaddad Aus, Rasulullah SAW bersabda: Orang bijak adalah mereka bermuhasabah dirinya sendiri dan beramal untuk kehidupan selepas kematian. (Hadis riwayat Tirmizi) • Orang yang pandai mengurus dirinya didalam alam fana ini. • Setelah berada didalam fana ini manusia perlu melalui alam barzakh sebelum menuju ke alam akhirat. • Alam fana ini waktunya singkat. Tetapi alam barzakh itu lama waktunya. • لَعَلِّيْٓ اَعْمَلُ صَالِحًا فِيْمَا تَرَكْتُ كَلَّاۗ اِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَاۤىِٕلُهَاۗ وَمِنْ وَّرَاۤىِٕهِمْ بَرْزَخٌ اِلٰى يَوْمِ يُبْعَثُوْنَ 100 Surah Mukminun ayat 100. agar aku dapat berbuat kebajikan yang telah aku tinggalkan." Sekali-kali tidak! Sesungguhnya itu adalah dalih yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada barzakh sampai pada hari mereka dibangkitkan. •Dari Abu Hurairah Radliyallaahu'anhu, Rasulullah ﷺ bersabda: إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذ

Ustaz Shamsuddin 170224

Kuliah Subuh FB Live https://www.facebook.com/share/v/vwiwoBqfsArppKf3/?mibextid=qi2Omg •  Para wali mengenal Allah SWT ( Ma'rifat ) ada dua cara atau jalan.     - Majzuhun     - Salikin • Proses mengenal Allah SWT    - zat Allah SWT    - sifat Allah SWT    - asma' Allah SWT    - mengenal alam • Golongan Salikin mereka mengenal Allah SWT dengan cara mengenal alam kemudian naik keatas hingga mengenal zat Allah SWT. • Sebaliknya pihak Majzuhun mereka mengenal Allah SWT dari mengenal zat NYA kebawah hingga mengenal alam. • Golongan Majzuhun mereka mengenal Allah SWT secara dianugerahkan NYA. Secara ditarik oleh NYA. • Wassalam  

Ustaz Muhaimin 160224

Kuliah Maghrib • { يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ } [Surah Al-Baqarah: 183] Abdullah Muhammad Basmeih: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. • Ayat diatas merupakan dalil wajibnya berpuasa pada bulan Ramadhan. • Berpuasa itu membawa seseorang yang melakukannya semakin bertaqwa. Selian daripada berpuasa wajib ada juga puasa sunat. Terutama pada bulan Rejab dan Sya'ban. • Wasilah puasa adalah untuk menjadi seorang yang bertaqwa. Fokus melakukan ibadah ini adalah dilakukan kerana Allah SWT. • Sama juga dengan solat. Dilakukan untuk sesaorang mukmin itu sentiasa mengingati Allah SWT. Sedar akan kebesaran NYA. • Pentingnya taqwa kepada sesaorang yang beriman. Hinggakan diwajibkan puasa selama sebulan agar seseorang itu dapat mencapai ketaqwaan. • Berpuasa itu menjadi perisai untuk me

Ustaz Rahmatullah 140224

Kuliah Maghrib Facebook live https://www.facebook.com/share/v/Cuor9mYrtrF7Axci/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Rahmatullah 120224

Kuliah Maghrib • Orang yang beriman perlulah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat yang diberikan NYA kepada semua maklukNya. • Apa sahaja yang terjadi keatas diri kita hendaklah orang yang beriman bersangka baik terhadap Allah SWT. • Hendak berjaya didunia dan diakhirat perlulah berusaha supaya Allah SWT menyayangi dirinya. Dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi daripada segala laranganNya. • Membersihkan diri daripada melakukan maksiat perlulah diberi prioriti dan bersegera memohon ampun dan bertaubat. • Selalunya apabila orang ramai berkumpul akan mulalah beberapa perkara yang mendatangkan maksiat. Maka lebih baik bersendiri dirumah daripada keluar berkumpul tanpa haluan. • Zaman sekarang berkumpul secara dimedia sosial juga mendorong seseorang itu melakukan maksiat. Dengan menyebarkan berita palsu. • Setiap orang yang beriman perlulah juga melakukan persediaan secukupnya untuk melakukan ibadat dengan sebanyak yang mungkin. • Wassalam  

Ustaz Syed Putra Haizan 110224

Kuliah Maghrib Facebook live https://www.facebook.com/share/v/BBtZaAJhrkVQMKwn/?mibextid=2JQ9oc Wassalam  

Ustaz Shamsuddin 110224

Kuliah Maghrib • Karamah adalah anugerah Allah SWT kepada hamba-Nya didalam melakukan perkara yang boleh dianggap luar biasa. • Karamah ini dianugerahkan kepada orang- orang yang soleh yang terpilih. • Orang yang soleh hidup mereka dihiasi dengan banyaknya ibadat kepada Allah SWT. Dunia ini tidak dinilaikan mereka sebagaimana orang-orang awam yang lain. • Orang yang soleh diatas nikmat anugerah Allah SWT kepada mereka dimana dunia ini mengikut kehendak mereka. Dimana mereka dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan oleh kebanyakan manusia lain. • Jika kita lihat matahari mula timbul dari timur, dapat kita melihat cahaya di ufuknya. Cahaya itu semakin lama akan menerangkan dunia ini. Cahaya itu bukan datang dari dunia ini tetapi ia adalah cahaya yang terlimpah dari cahaya matahari. • Begitulah andaian karamah. Ia bukanlah datang daripada orang yang soleh. Tetapi perkara yang luar biasa itu datangnya daripada kekuasaan Allah SWT. Ia adalah anugerah NYA. • Begitulah juga dengan m

Ustaz Farid Abu Auliya 080224

ISRAK MIKRAJ FB Live https://www.facebook.com/share/v/Lnkt54HLQqwWqRrW/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Hassan Basri

Kuliah Maghrib FB Live https://www.facebook.com/share/mgmiAsHghB6bpVEE/?mibextid=xfxF2i Wassalam  

Ustaz Lukman Daud 040224

Kuliah Maghrib Kuliah Facebook live https://www.facebook.com/share/v/Xz82hXceSceD3E4w/?mibextid=qi2Omg Wassalam  

Ustaz Yusuf 040224

Kuliah Subuh • Hasad merupakan satu perasaan iri hati kepada orang lain yang mempunyai kelebihan. • Kelakuan hasad akan mendatangkan perbuatan yang tidak baik. Melakukan sesuatu perkara yang jahat kepada orang lain. • Iblis dan syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi orang yang mula berkelakuan hasad. Ditipu mereka seolah untuk mengambil tindakan untuk merosakkan kehidupan orang lain. • Perasaan hasad mula dengan sifat sombong. Rasa tak puas hati akan kelebihan orang lain. Bermula dengan bercakap untuk menjatuhkan orang lain. Lama kelamaan akan lebih jahat perbuatannya. Boleh membawa kepada jenayah membunuh. • Didalam Al Quran diceritakan akan sifat hasad anak Nabi Adam AS. "Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Ber

Ustaz Syukri 030224

Kuliah Subuh • Allah SWT berfirman, مِنْ اَجْلِ ذٰلِكَ ۛ كَتَبْنَا عَلٰى بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ اَنَّهٗ مَنْ قَتَلَ نَفْسًاۢ بِغَيْرِ نَفْسٍ اَوْ فَسَادٍ فِى الْاَرْضِ فَكَاَنَّمَا قَتَلَ النَّاسَ جَمِيْعًاۗ وَمَنْ اَحْيَاهَا فَكَاَنَّمَآ اَحْيَا النَّاسَ جَمِيْعًا ۗوَلَقَدْ جَاۤءَتْهُمْ رُسُلُنَا بِالْبَيِّنٰتِ ثُمَّ اِنَّ كَثِيْرًا مِّنْهُمْ بَعْدَ ذٰلِكَ فِى الْاَرْضِ لَمُسْرِفُوْنَ ٣٢ Artinya: "Oleh karena itu, Kami menetapkan (suatu hukum) bagi bani Israil bahwa siapa yang membunuh seseorang bukan karena (orang yang dibunuh itu) telah membunuh orang lain atau karena telah berbuat kerusakan di bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh semua manusia. Sebaliknya, siapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, dia seakan-akan telah memelihara kehidupan semua manusia. Sungguh, rasul-rasul Kami benar-benar telah datang kepada mereka dengan (membawa) keterangan-keterangan yang jelas. Kemudian, sesungguhnya banyak di antara mereka setelah itu melampaui batas di bumi." (QS Al