Posts

Showing posts from April, 2023

Ustaz Azman 160423

Kuliah Subuh • Orang yang sempurna keimanan adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik. • Orang yang berakhlak yang baik datangnya dari sesaorang yang mempunyai hati yang baik. • Kemuliaan hati itu berpunca daripada ibadah sesaorang itu. Ibadah yang dilakukan dengan sebaik yang mungkin. • Rugilah sesaorang itu apabila dia melakukan ibadat dengan sambil lewa sahaja. Tidak menjaga ketertiban didalam melakukan sesuatu ibadah. • Begitu juga jika seseorang itu nampak rajin beribadat tetapi dia tidak menjaga akhlaknya dengan orang lain. Nampak sangat ada sesuatu yang tidak seimbang didalam kefahaman beragama. • Apalagi jika mengaku diri seorang yang beriman tetapi akhlaknya dengan Allah SWT tidak dijaganya. Ibadat yang dikerjakan tidak sebagaimana ibadah yang dikerjakan oleh Baginda Rasulullah SAW. • Orang yang akhlaknya baik tinggi darjatnya. Lebih tinggi daripada seorang yang bersolat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari. • Kebanyakan manusia lupa akan nikmat yang dianugerahkan

Ustaz Shamsuddin 150423

Kuliah Subuh • Nasihat Allah SWT kepada hamba NYA datang daripada sumber-sumber berikut. Al Quran, Hadith, Pelajaran daripada para ulama, juga anugerah NYA. • Apa sahaja perkara yang baik datang daripada Allah SWT. Merupakan kalam NYA dan juga nasihat dari manusia seperti Rasulullah SAW, Para Ulama, Guru-guru, Ibu-bapa, pemimpin dan kenalan. • Ada juga nasihat yang merupakan rasa yang sesaorang itu menikmati. Sama ada nikmati yang senang dan susah. • Apabila seseorang itu diberi kesenangan hidup didunia ini, ia membuat dia leka dengan kecintaan dunia. Tidak ada pun rasa nak bersyukur. • Kesenangan itu merupakan nasihat Allah SWT kepada hamba-Nya. Agar bersyukur kepada NYA. Selalu ingat kepada NYA. Tetapi kebanyakan manusia bila diberi kesenangan hidup didunia ini dia mudah lupa kepada NYA. • Sebaliknya bila ditarik balik kesenangan, manusia menjadi gelabah. Rasa kecewa. Susah hati. Tetapi disebalik kesusahan itu merupakan nasihat NYA kepada hamba. Supaya bersabar dan bersyukur akan apa

Ustaz Shamsuddin 090423

Kuliah Subuh • Pangkat jawatan didunia ini tidak berkekalan. Mula-mula mendapat jawatan tersebut rasa seronok, tetapi lama kelamaan menjadi tidak memuaskan. • Jawatan yang mempunyai kuasa datang dengan tanggungjawab. Sekiranya tidak dijalankan dengan baik mungkin pangkat tersebut berkemungkinan ditarik balik. Bermula dengan seronok akhirnya kecewa. • Lainlah dengan orang yang kuat imannya, dia berhati-hati dengan anugerah pangkat kedudukan semasa didunia. Takut dia  apabila dibicarakan dihadapan Allah SWT. • Para agamawan dan orang yang soleh menjauhkan diri daripada merebut peluang dalam mendapatkan pangkat. • Dengan pangkat seorang agamawan merasa susah untuk sentiasa berpegang kepada prinsip Islam. Kalau ada calon lain, mereka rela memberi laluan. • Orang yang Soleh faham bahawa pangkat dan jawatan didunia ini penuh dengan godaan. • Saidina Ali pernah menasihati Salman Al Farisi : "Wahai Salman, kehidupan dunia ini seperti ular, lembut diraba tetapi bisa di mulutnya mematikan.&

Ustaz Dr Nizam 080423

Kuliah Subuh • Bulan Ramadhan telah diturunkan Al Quran. Sebagai kitab yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW. • Iman seseorang itu boleh bertambah. Bertambahnya iman itu dapat dilihat dengan peningkatan amal yang soleh. • Siapa yang bersolat bersama dengan imam hingga imam itu selesai solat akan mendapat pahala seperti qiamullail sepanjang malam. • Membaca Al Quran beramai-ramai bertadarus dan mempelajarinya, akan diberikan Allah SWT ketenangan keatas mereka semua. Serta dipertingkatkan imam. • Iman itu adalah membenarkan bahawa tiada Tuhan melainkan Allah SWT. Nabi Muhammad SAW adalah pesuruh NYA. Mempercayai yang diturunkan kitab-kitab kepada Rasul - rasul. Mempercayai adanya malaikat dan hari akhirat. • Iblis dan syaitan merosakkan iman sesaorang itu dengan mempersoalkan kewujudan Allah SWT. Maka sebagai seorang mukmin hendaklah sentiasa memperteguhkan iman mereka. • Wassalam  

Ustaz Yusof 020423

Kuliah Subuh • Masa jalan dengan pantas sekali. Hari ini telah masuk sebelas hari di bulan Ramadhan. • Masa yang pantas merupakan salah satu tanda tanda kiamat kecil. Tanda akhir zaman. • Perjalanan masa juga menandakan yang umur semua orang semakin berkurang. Bagi setengah orang kehidupan ini sudah sampai ke penghujungnya. • Bagi seorang yang beriman gunakanlah masa yang berbaki ini  untuk mengejar akan melakukan amalan- amalan yang Soleh. Jangan tinggalkan solat berjemaah serta jangan lupa membaca Al Quran. • Dibulan Ramadhan ini perlulah menjaga percakapan agar tidak melakukan maksiat. Serta jaga juga akan apa yang dituliskan didalam media sosial. Jaga jangan sampai memfitnah orang. • Pergunakan hari- hari yang tinggal lagi di bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan. Janji Allah SWT kepada hamba-Nya dibulan ini cukup banyak. Ganjarannya hanya DIA sahaja yang mengetahui. Peluang ini janganlah dibuang begitu sahaja. • Digalakkan untuk mentadabbur akan ayat-ayat Al Quran. Berfi