Ustaz Shamsuddin 150423

Kuliah Subuh

• Nasihat Allah SWT kepada hamba NYA datang daripada sumber-sumber berikut. Al Quran, Hadith, Pelajaran daripada para ulama, juga anugerah NYA.

• Apa sahaja perkara yang baik datang daripada Allah SWT. Merupakan kalam NYA dan juga nasihat dari manusia seperti Rasulullah SAW, Para Ulama, Guru-guru, Ibu-bapa, pemimpin dan kenalan.

• Ada juga nasihat yang merupakan rasa yang sesaorang itu menikmati. Sama ada nikmati yang senang dan susah.

• Apabila seseorang itu diberi kesenangan hidup didunia ini, ia membuat dia leka dengan kecintaan dunia. Tidak ada pun rasa nak bersyukur.

• Kesenangan itu merupakan nasihat Allah SWT kepada hamba-Nya. Agar bersyukur kepada NYA. Selalu ingat kepada NYA. Tetapi kebanyakan manusia bila diberi kesenangan hidup didunia ini dia mudah lupa kepada NYA.

• Sebaliknya bila ditarik balik kesenangan, manusia menjadi gelabah. Rasa kecewa. Susah hati. Tetapi disebalik kesusahan itu merupakan nasihat NYA kepada hamba. Supaya bersabar dan bersyukur akan apa yang kita rasai.

• Orang yang beriman apa sahaja pengalaman hidupnya, senang atau susah dia redha. Tahu bahawa kejadian yang berlaku keatas dirinya adalah dari NYA. Ada mesej daripada Maha Pencipta kepada dirinya. Maka perlulah dia melakukan kebaikan didalam dirinya.

• Nasihat Allah SWT kepada hamba-Nya adalah supaya hamba itu kembali kepada beriman dan beramal dengan apa yang difardukan. Menjauhi sesaorang yang bertaqwa.

• Semua orang pasti kembali kepada Allah SWT. Maka orang yang baik dia kembali kerahmatullah didalam keadaan diredhai oleh NYA. Bila hamba itu tersasar dan banyak dosa didalam hidupnya diberikan NYA nasihat supaya dia dapat memperbaiki  dirinya supaya kematiannya kelak didalam keadaan baik.

• Tetapi kebanyakan manusia hidupnya tenggelam didalam kesenangan dunia. Melihat setiap perkara secara duniawi sahaja. Maka tidaklah dia memahami mesej Allah SWT kepadanya dengan kejadian keatas dirinya sama ada senang atau susah.

• Orang yang beriman faham setiap ujian keatas dirinya merupakan nasihat Allah SWT kepada dirinya. Dunia ini adalah tempat sementara sahaja. Diakhirat kelak adalah tempat yang kekal. Kalau senang diakhirat maka kekallah kesenangan itu selama-lama nya, begitulah sebaliknya. Nasihat Allah SWT kepada hamba-Nya adalah untuk menyelamatkan diri daripada kesusahan diakhirat kelak. Perlulah manusia memahami mesej NYA.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914