Ustaz Azman 160423

Kuliah Subuh

• Orang yang sempurna keimanan adalah seorang yang mempunyai akhlak yang baik.

• Orang yang berakhlak yang baik datangnya dari sesaorang yang mempunyai hati yang baik.

• Kemuliaan hati itu berpunca daripada ibadah sesaorang itu. Ibadah yang dilakukan dengan sebaik yang mungkin.

• Rugilah sesaorang itu apabila dia melakukan ibadat dengan sambil lewa sahaja. Tidak menjaga ketertiban didalam melakukan sesuatu ibadah.

• Begitu juga jika seseorang itu nampak rajin beribadat tetapi dia tidak menjaga akhlaknya dengan orang lain. Nampak sangat ada sesuatu yang tidak seimbang didalam kefahaman beragama.

• Apalagi jika mengaku diri seorang yang beriman tetapi akhlaknya dengan Allah SWT tidak dijaganya. Ibadat yang dikerjakan tidak sebagaimana ibadah yang dikerjakan oleh Baginda Rasulullah SAW.

• Orang yang akhlaknya baik tinggi darjatnya. Lebih tinggi daripada seorang yang bersolat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari.

• Kebanyakan manusia lupa akan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT. Seperti nikmat semasa muda hanya dapat dinilai apabila sudah tua. Begitulah dengan nikmat yang lain. Bersyukur adalah akhlak yang terpuji. Tetapi ramai orang tidak bersyukur.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914