Ustaz Shamsuddin 090423

Kuliah Subuh

• Pangkat jawatan didunia ini tidak berkekalan. Mula-mula mendapat jawatan tersebut rasa seronok, tetapi lama kelamaan menjadi tidak memuaskan.

• Jawatan yang mempunyai kuasa datang dengan tanggungjawab. Sekiranya tidak dijalankan dengan baik mungkin pangkat tersebut berkemungkinan ditarik balik. Bermula dengan seronok akhirnya kecewa.

• Lainlah dengan orang yang kuat imannya, dia berhati-hati dengan anugerah pangkat kedudukan semasa didunia. Takut dia  apabila dibicarakan dihadapan Allah SWT.

• Para agamawan dan orang yang soleh menjauhkan diri daripada merebut peluang dalam mendapatkan pangkat.

• Dengan pangkat seorang agamawan merasa susah untuk sentiasa berpegang kepada prinsip Islam. Kalau ada calon lain, mereka rela memberi laluan.

• Orang yang Soleh faham bahawa pangkat dan jawatan didunia ini penuh dengan godaan.

• Saidina Ali pernah menasihati Salman Al Farisi : "Wahai Salman, kehidupan dunia ini seperti ular, lembut diraba tetapi bisa di mulutnya mematikan." 

• Islam mengajar umatnya supaya apa sahaja yang dilakukan didunia ini hendaklah di fahami hakikatnya diakhirat nanti. Segala amanah yang dipertanggungjawabkan akan disoalkan dihari akhirat kelak. Jika kita menjalankan tanggungjawab dengan baik maka baiklah kesudahan diakhirat nanti. Sebaliknya jika amanah itu tidak dijaga maka susahlah dia diakhirat nanti.

• Hakikatnya kehidupan didunia ini tidak terlepas daripada ujian. Adakalanya senang dan adakalanya susah. Kedua-dua itu adalah ujian bagi manusia.

• Ujian semasa senang lebih susah menghadapi cabaran daripada semasa susah. Semasa senang hendak mengawal ego cukup susah.

• Orang yang beriman serta berilmu memahami bahawa kesenangan hidup didunia ini tidak seharusnya melupakan kita kepada Allah SWT.

• Wassalam

 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914