Ustaz Yusof 020423

Kuliah Subuh

• Masa jalan dengan pantas sekali. Hari ini telah masuk sebelas hari di bulan Ramadhan.

• Masa yang pantas merupakan salah satu tanda tanda kiamat kecil. Tanda akhir zaman.

• Perjalanan masa juga menandakan yang umur semua orang semakin berkurang. Bagi setengah orang kehidupan ini sudah sampai ke penghujungnya.

• Bagi seorang yang beriman gunakanlah masa yang berbaki ini  untuk mengejar akan melakukan amalan- amalan yang Soleh. Jangan tinggalkan solat berjemaah serta jangan lupa membaca Al Quran.

• Dibulan Ramadhan ini perlulah menjaga percakapan agar tidak melakukan maksiat. Serta jaga juga akan apa yang dituliskan didalam media sosial. Jaga jangan sampai memfitnah orang.

• Pergunakan hari- hari yang tinggal lagi di bulan Ramadhan ini untuk memperbanyakkan amalan. Janji Allah SWT kepada hamba-Nya dibulan ini cukup banyak. Ganjarannya hanya DIA sahaja yang mengetahui. Peluang ini janganlah dibuang begitu sahaja.

• Digalakkan untuk mentadabbur akan ayat-ayat Al Quran. Berfikir akan kesan dan mesej nya akan kehidupan kita sendiri.  Setiap orang boleh melakukan bertadabbur. Ianya bukanlah tafsir, yang mana memerlukan berguru.

• Didalam Al Quran terdapat ayat-ayat yang memberi amaran kepada manusia supaya jangan menzalimi diri sendiri. Kesannya adalah membawa kesengsaraan hidup di akhirat kelak.

• مَنْ كَانَ يُرِيْدُ الْحَيٰوةَ الدُّنْيَا وَزِيْنَتَهَا نُوَفِّ اِلَيْهِمْ اَعْمَالَهُمْ فِيْهَا وَهُمْ فِيْهَا لَا يُبْخَسُوْنَ
• Surah Hud ayat 15: Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.

• اُولٰۤىِٕكَ الَّذِيْنَ لَيْسَ لَهُمْ فِى الْاٰخِرَةِ اِلَّا النَّارُ ۖوَحَبِطَ مَا صَنَعُوْا فِيْهَا وَبٰطِلٌ مَّا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ
• Surah Hud 16. Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batalah apa yang mereka telah kerjakan.

• Khalifah Umar Abdul Aziz dan Muawiyah menangis apabila membaca ayat-ayat diatas tersebut. Begitu juga setiap mukmin harus melihat akan ayat ini keatas dirinya sendiri.

• Berlumbalah untuk memperbanyakkan amalan yang soleh untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914