Ustaz Rahmatullah 190819

Kuliah Maghrib

✓ Rasulullah SAW mengesyorkan para sahabat melakukan solat malam di rumah masing masing. Ini kerana baginda kuwatir yang solat malam ini akan diwajibkan.

✓ Tetapi apabila sahabat melakukan nya di rumah masing masing didapati ramai yang kurang bersemangat dilakukan. Maka baginda memanggil para sahabat untuk menceritakan akan kelebihan solat malam.

✓ Selepas itu para sahabat pun tekun melakukannya. Baginda menyatakan bahawa solat malam yang elok sekali adalah yang berdiri lama. Baginda membaca ayat Quran dengan panjang dan perlahan-lahan.

✓ Isteri Rasulullah SAW bernama Zainab berdiri dengan lama apabila solat diwaktu malam. Kerana terlalu mengantuk beliau berpaut dengan seutas tali yang diikat ditiang masjid.

✓ Setelah Baginda melihat perbuatan tersebut maka disuruh para sahabat melepaskan ikatan tali tersebut. Disarankan semasa solat berdirilah dengan keadaan yang selesa. Untuk mengekal tenaga untuk bersolat malam adalah dengan tidur sekejap diwaktu siang sebelum Zuhur. Qailullah.


✓ Imam Al Ghazali, di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin', menyatakan: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur."

✓ Solat malam adalah sembahyang Tahajud dan Witir. Didalam mahzab Shafie solat tahajud dilakukan selepas solat isya' dan tidur. Selepas bangun daripada tidur barulah dirikan solat tersebut.


✓ Imam Al Ghazali, di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin', menyatakan: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur."


✓ Wahai orang Yang berselimut!. (Surah al Muzammil:1)

bangunlah sembahyang tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), (Surah al Muzammil:2)

Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, (Surah al Muzammil:3)

ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran Dengan "Tartil". (Surah al Muzammil:4)

✓ Ayat ini turun ketika Rasulullah SAW menerima tekanan yang hebat daripada orang Kafirun. Agar baginda bangun menunaikan solat malam agar baginda mendapat kekuatan menghadapi ancaman orang Kafirun tersebut. Diketika ini solat malam adalah wajib.

✓ Setahun kemudian ayat Muzammil ayat ke 20 turun untuk meringankan solat itu menjadi sunnat.


20. Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Nabi) mengetahui bahwa kamu shalat tahajjud di malam hari, terkadang kurang dari dua pertiga malam, terkadang setengah malam, terkadang sepertiga malam. Sebagian sahabatmu juga shalat malam bersamamu. Hanya Allah semata yang menetapkan ukuran malam dan siang, dan Dia mengetahui kadar keduanya, apa yang telah berlalu dari keduanya dan apa yang tersisa. Allah tahu bahwa kalian tidak mungkin shalat sepanjang malam, maka Allah meringankan atas kalian, maka bacalah dalam shalat malam ayat al-Quran yang mudah bagi kalian untuk membacanya. Allah tahu ada orang-orang yang terhalang oleh sakitnya sehingga tidak bisa shalat malam. Ada juga orang-orang yang bergerak di muka bumi untuk berniaga dan bekerja mencari rizki Allah yang halal. Ada juga orang-orang yang berjihad di jalan Allah untuk meninggikan kalimat Allah dan menyebarkan agamaNya. Bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kalian untuk membacanya, jagalah kewajiban shalat, tunaikanlah zakat yang wajib atas kalian, dan bersedekahlah pada jalan-jalan kebaikan dari harta kalian dalam rangka mencari WajahNya. Apa yang kalian lakukan berupa kebaikan-kebaikan dan ketaatan-ketaatan, kalian pasti akan mendapatkan balasannya di sisi Allah pada Hari Kiamat lebih baik dari apa yang kalian lakukan, dan lebih besar balasannya. Carilah ampunan Allah dalam segala keadaan kalian, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang terhadap kalian.

Referensi: https://tafsirweb.com/11516-surat-al-muzzammil-ayat-20.html

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809