Ustaz Ahmad 240819

Kuliah Subuh

✓ Didalam Surah AL Baqarah manusia digolongkan kepada tiga. Orang yang beriman, Orang yang Kafir, dan Orang yang munafik.

✓ Apabila manusia mati, mereka digolongkan kepada dua. Orang yang mati ketika beriman, Orang yang mati ketika mereka tidak beriman.

✓ Didalam Surah AL Nahhl ayat 27. Kemudian pada hari kiamat, Allah menghinakan mereka (dengan azab seksa) sambil bertanya: "Mana dia sekutu-sekutuKu yang kamu berperi-peri memusuhi (Nabi-nabi dan orang-orang yang beriman) untuk membela mereka?" (Pada ketika itu) berkatalah orang-orang yang beroleh ilmu pengetahuan: "Sesungguhnya kehinaan hari ini dan azab seksa, adalah tertimpa kepada orang-orang yang kafir;

✓ Didalam surah diatas Allah SWT menghina orang orang yang tidak beriman dengan azab seksa.

✓ Orang yang tidak beriman itu siapa? Dijawab didalam Surah An Nahl Ayat 28...

(Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya)." Lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): "Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan". (Malaikat menjawab): "Bahkan (kamu ada melakukannya); sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan".

✓ Orang kafir mereka akan keneraka selama lamanya.

✓ Orang yang beriman mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan kekal selama lamanya. Itulah ganjaran kepada orang yang beriman dan beramal Soleh

✓ Surah An Nahl Ayat 32 )   (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: "Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam Syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan".

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914