Usta Yahya 070819

Kuliah Maghrib

✓ Seorang yang beriman perlulah ikhlas didalam menjalankan amal ibadat kepada Allah SWT.

✓ Untuk mendapat keikhlasan yang sebenarnya perlulah dia merasa dirinya setiap ketika adalah seorang hamba. Dia tidak mempunyai apa benda pun, semuanya adalah kepunyaan Allah SWT. Jiwanya pun kepunyaan Allah SWT. Anak pinak dan harta bendanya pun kepunyaan Illahi.

✓ Serta dia juga merasakan setiap ketika Allah SWT melihatnya. Tidak ada yang dia lakukan yang tidak didalam pengetahuan NYA. Itulah Ihsan.

✓ Sesaorang yang mempunyai ilmu aqidah akan ada iman didalam dirinya. Apabila dia mula melihat akan kebesaran Allah SWT maka akan meningkatkan imannya. Jika diizinkan Allah SWT mata hatinya mula melihat akan kebesaran Allah SWT maka disitulah imanya akan lebih kuat.

✓ Tingkatan iman itu tidak mudah dicapai sekiranya sesaorang itu tidak beramal semata-mata kerana mengikut perintah Allah SWT. Ikhlas sebenarnya kerana ingin mendapat keredhaan NYA. Bukan ada niat niat yang lain disebalik amal ibadat itu.

✓ Para wali merupakan manusia yang telah mencapai keimanan yang tinggi. Allah SWT menerima amalan mereka. Maka diberi mereka ganjaran ilmu yang tidak diperolehi oleh orang biasa. Merekalah guru yang dapat memberi panduan untuk kita mengikhlaskan diri kita untuk beribadat semata-mata kerana NYA.

✓Wali wali ini merupakan penyambung Rasulullah SAW. Memberi panduan dan contoh akhlak yang baik. Maka beruntunglah orang-orang yang beriman yang dapat bimbingan daripada para wali. Hanya untuk mengenali seorang wali itu agak sulit.

✓ Mata hati itu anugerah Allah SWT kepada hambaNYA. Ia adalah dari aspek kerohanian. Untuk mencapai tahap yang membolehkan dianugerahkan mata hati yang terang rohani sesaorang itu perlulah dibersihkan. Perlulah dicuci dengan selalu mengingati kebesaran Allah SWT. Memperbanyakkan zikrullah. Rohaniah itu akan menjadi utuh hinggakan fizikal sesaorang itu sentiasa dibawah kawalan rohaniah nya.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809