Ustaz Ghazali Omar 060819

Kuliah Maghrib

✓ Majlis ilmu penting didalam Islam. Subjek yang dipelajari perlulah memfokuskan selok belok hukum dan prinsip agama Islam.

✓ Masyarakat perlulah dididik dengan cara berniaga yang dikehendaki oleh syariat. Tuan guru perlulah memastikan para jemaah dapat memahami hukum jual beli dan implikasinya keatas iman sesaorang mukmin.

✓ Setiap mukmin hendaklah merasakan yang agama Islam mengatur tata cara hidup yang tersusun mengikut hukum yang ditetapkan. Cara melaksanakan sesuatu transaksinya dengan adil dan tidak berniat untuk menipu. Faham implikasi melaksanakan sesuatu jual beli diakhirat kelak.

✓ Apabila masyarakat memahami akan hukum yang akan ditimpa keatasnya jika dia melaksanakan jual beli dengan tidak betul, maka akan bersihlah proses itu. Orang yang beriman takut akan siksa yang ditimpa keatasnya jika dia tidak mengikut hukum Allah SWT diakhirat kelak.

✓ Tuan guru perlulah memastikan yang ilmu yang disampaikan senang difahami. Serta meliputi segala aspek yang ditetapkan syarak. Mungkin ilmu tersebut perlulah diulangi dan dipelbagaikan cara penyampaian.

✓ Sekarang ramai orang tidak sempat untuk menimba ilmu. Maka akan menjadilah masyarakat itu jahil. Takut akan senang melakukan sesuatu perkara yang salah. Dan yang lebih buruk lagi membawa kepada kesesatan dari segi akidah. Kerana tidak mempunyai ilmu dia berkemungkinan mempersoalkan hukum yang ditetapkan didalam Al Quran dan Hadith. Mempersendakan hukum Allah SWT sebagai kolot dan tidak mengikut zaman.

✓ Pentingnya majlis ilmu. Jika masyarakat mula tidak berminat untuk menimba ilmu agama, maka dikuwatirkan Allah SWT akan mengambil balik ilmu NYA. Dengan dimatikan guru-guru dan para ulama'.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914