Ustaz Al Kelantani 310819

Kuliah Subuh

✓ Banyak perkara yang terjadi didalam hidup kita sekarang menunjukkan bahawa dunia sudah sampai ke akhir zaman. Dunia sudah tua. Hari akhirat semakin dekat.

✓ Persiapan orang yang beriman menghadapi dunia ini adalah membuat satu perjanjian dengan diri kita. Bebaskan diri daripada penyakit hati. Bersihkan hati daripada segala jenis kotor dan racun.

✓ Hati jadi kotor apabila kita banyak berbicara dengan perkara yang sia- sia. Bertutur perkara yang lagha. Menghabiskan masa berborak. Tetapi tidak meluangkan masa dengan membaca Al Quran. Faham akan maknanya dan berusaha bersungguh sungguh untuk mengamalkan ajarannya.

✓ Al Quran merupakan sumber utama untuk membersihkan hati. Segala masaalah kita dapat penyelesaian terdapat didalam nya.

✓ Ulama' juga menyatakan hati kita jadi kotor adalah makan secara berlebih-lebihan. Orang yang beriman hendaklah mengikut sunnah Rasulullah SAW didalam cara makan. Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.

✓ Hati juga jadi kotor apabila tidak berusaha menghubungkan diri dengan Allah SWT. Perbanyakkan ibadah. Kurangkan tidur. Fokus didalam melakukan amal Soleh secara berterusan.

✓ Melihat banyak perkara yang maksiat, lagha dan perkara yang tidak berfaedah. Ini juga merosakkan hati. Solat tidak khusyuk.

✓ Hati yang bersih dia membebaskan diri daripada perbalahan. Sama ada berbalah dengan ahli keluarga, kejiranan, kenalan DLL.

✓ Orang yang beriman hendaklah mencari pendamaian sesama manusia. Jauhkan diri daripada perbalahan. Binalah keluarga yang bahagia. Tempat yang mana ada ketenangan. Pupuklah kasih sayang didalam rumah supaya ianya tidak menjadi seperti kubur. Tetapi bercahaya.

✓ Hati yang bertuhankan nafsu, bermakna itu merupakan tanda yang hati telah mati. Mata hati dunia semata-mata. Akan terbit sakit seperti dengki, riak, sombong. Akhirat tidak ada didalam hati.

✓ Sebaliknya jika hati itu meletakkan akhirat, agama dan Allah SWT dihadapan daripada dunia maka akan terbitlah ketenangan.

✓ Bertaubat kepada Allah SWT dengan bersungguh sungguh agar hati kita dibersihkan NYA. Agar hidup kita didunia dan akhirat  berjaya. Dengan harapan agar diberikan barakah didalam hidup ini.

✓ Apabila kita berada didalam masjid untuk bersolat. Hendaklah niat beriktikaf. Banyak ganjarannya. Melakukan solat tahiyatul masjid dua rakaat. Serta mencari saf yang pertama.


✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914