Ustaz Ghazali Omar 06111708

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman apabila mereka melakukan ibadah difokuskan kerana Allah SWT. Tidak ada matlamat yang lain.

✓ Ada orang yang pergi menunaikan ibadah haji dan umrah di tanah suci Mekah. Tetapi tidak meletakkan ibadah sebagai usaha utama. Tetapi dia lebih utamakan mencari peluang berniaga. Atau utamakan membeli belah.

✓ Begitu juga jangan dicampurkan ibadah dengan perkara-perkara yang di tegah syariat.

✓ Semasa melakukan ibadah haji dan umrah ramai yang ingin membeli benda benda yang mempunyai kuasa luar biasa. Seperti minyak angin, kayu Koka, daun daun yang boleh mengubati sakit yang kronik. Hingga terpesong fokus ibadah nya.

✓ Didalam melakukan ibadah hendaklah setiap orang mukmin memberi tumpuan agar dimaksimakan kesempatan beribadat. Agar ibadah itu dijalankan dengan tertib.

✓ Niat untuk melakukan ibadah perlulah ikhlas. Tidak dicampuri dengan niat niat yang lain. Apabila terdetik didalam hati perlulah niat itu ikhlas

✓ Mengambil upah untuk melakukan ibadat perlulah berwaspada. Kerana niat yang dilakukan akan terpalit dengan impian keuntungan duniawi. Contoh orang yang mengambil upah semasa musim haji.

✓ Aspek ilmu didalam melakukan ibadah adalah penting. Sesaorang itu perlu membezakan perkara rukun, wajib, sunat, makhruh, dan haram. Perlulah sesaorang itu belajar dengan seorang guru. Serta mempunyai sumber rujukan yang sesuai.

✓ Sekiranya ilmu sesaorang didalam bab berbandingan mahzab itu cetek, maka lebih baik dia terus berpegang kepada mahzab yang dia mempunyai ilmu. Di Malaysia ini kebanyakan ilmu agama yang diajar disekolah atau masjid adalah berdasarkan kepada mahzab Imam Shafie.

✓ Semasa melakukan ibadah hendaklah sesaorang itu sentiasa mengingati akan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Bila solat perlulah ikut seperti mana Rasulullah SAW Solat. Begitulah apabila melakukan ibadah haji. Dan semasa ditanah suci sebaik baiknya hendaklah menziarahi baginda.

✓ Memperbanyakkan selawat keatas baginda sebelum, semasa atau selepas beribadah.

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914