Ustaz Rahmatullah 051118

Kuliah Maghrib

✓ Sesiapa yang bangun diwaktu pagi sambil merungut samalah dia menyalahkan keadaan itu kepada Allah SWT

✓ Orang yang beriman semasa bangun pagi hendaklah bersyukur akan nikmat yang Allah SWT anugerahkan kepada nya

✓ Menghormati orang lain adalah sesuatu perilaku yang baik. Tetapi jika penghormatan itu diberi kepada sesaorang kerana kekayaannya maka ini dilarang

✓ Kejayaan itu tidak akan diperolehi dengan angan-angan. Usia muda tidak dapat dikembalikan dengan mewarnakan rambut. Kesihatan tidak dicapai dengan ubat ubatan

✓ Tanda Allah SWT itu sayang kepada sesaorang adalah setiap apa yang terjadi keatas dirinya ia akan sentiasa ingatkan Allah SWT

✓ Sesaorang yang berkasih sayang itu bagaikan separuh daripada akalnya. Sebahagian yang lain adalah datang daripada ilmu nya.

✓ Rasulullah SAW bila dia bercakap dia bercakap dengan yang cara baik. Baginda tidak merungut kerana makanan. Jika dia suka maka dia akan menjamah makanan tersebut. Sekiranya tidak suka maka dia tidak makan. Tanpa merungut.

✓ Para sahabat juga tidak fokus kepada dunia. Walaupun mereka mendapat hasil duniawi yang banyak, tidaklah merasa hebat. Malah mereka tidak cinta akan dunia

✓ Sikap tamak akan harta dunia tidak ada didalam diri para sahabat

✓ Nikmat yang paling berharga didunia ini pada para sahabat adalah nikmat Islam. Tiada ada nikmat yang lebih hebat daripada kenikmatan yang mereka rasa daripada Islam

✓ Daripada kegelapan kafir kepada cahaya Islam merupakan sesuatu nikmat yang paling berharga didunia dan diakhirat

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914