Ustaz Hazman 041118

Kuliah Maghrib

✓ Orang yang beriman hendaklah melihat apa yang ditentukan oleh Allah SWT dengan positif. Yakin setiap yang terjadi ada hikmahnya

✓ Sahabat Rasulullah SAW, Abi Amrah Sufian bertanya kepada baginda "Apa itu Islam". Baginda SAW jawap Yang Islam itu beriman kepada Allah SWT dan beristiqamah dengan nya

✓ Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW berpesan kepada sahabatnya agar turut istiqamah dalam beriman kepada Allah:

"Seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah beritahu padaku suatu perkara dalam Islam (yang cukup untukku bertanya padamu) tanpa aku perlu bertanya sesiapapun selepasmu. Rasulullah menjawab: Sebutlah aku beriman kepada Allah, kemudian berpegang teguhlah (dengannya)," - Musnad Ahmad.

✓ Apakah itu Istiqamah? Ulama' menyatakan bahawa istiqamah itu adalah tetap mengikut syariat Allah SWT. Melakukan secara berterusan apa yang disuruh oleh Allah SWT serta meninggalkan apa yang dilarang oleh NYA

✓ Tempat letaknya istiqamah adalah dihati.

✓ Hendak melakukan sesuatu secara istiqamah perlulah amalan yang betul. Serta jauhilah sifat mazmumah

✓ Cara hendak beristiqamah...
     • Beribadat mengikut sunnah Baginda SAW
     • Banyak melakukan ibadah sunat
     • Memperbanyakkan berdoa

✓ Melakukan sesuatu tugasan secara amanah. Berpegang kuat kepada janji diatas jalan yang diredhai Allah SWT. Para ulama' menyatakan ikutlah cara 'semut' melakukan sesuatu tugasan secara istiqamah

✓ Melakukan solat secara berjemaah bersama iman diawal waktu empat puluh hari tanpa tinggalkan. Akan dijauhkan Allah SWT daripada neraka dan sifat munafiq

✓ Sabda Rasulullah SAW ini dipegang dengan teguh: "Aisyah r.a. menceritakan bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya apakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: Amalan yang berterusan dilakukan walaupun sedikit jumlahnya," - Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.


Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914