Ustaz Shamsuddin 111118

Kuliah Subuh

✓ Orang awam melihat alam ini secara fizikal sahaja. Tetapi orang yang tinggi imannya melihat alam ini bukan secara fizikal sahaja tetapi hatinya juga melihat sesuatu yang lain. Mereka melihat akan kebesaran Pencipta Alam ini.

✓ Orang-orang yang tinggi derajat imannya merupakan insan yang mempunyai kebolehan yang istimewa. Mereka ini adalah wali Allah.

✓ Para wali sentiasa mengingati Allah SWT. Setiap kejadian yang mereka melihat didalam alam ini akan mengingatkan mereka akan kebesaran Allah SWT

✓ Apabila kita melihat cahaya terang yang memasuki didalam rumah, yakin yang cahaya itu datangnya daripada matahari. Tidak perlu kita keluar dari rumah untuk melihat matahari. Kita tahu dan yakin bahawa cahaya tersebut adalah berpunca daripada matahari.

✓ Begitulah hati seorang wali. Apabila dia melihat akan keindahan alam ini, hati mereka telah melihat akan kebesaran Allah SWT.

✓ Kisah Nabi Musa AS ingin melihat Allah SWT. Tidak diizinkan. Melihat akan Nur Allah SWT Musa jatuh pengsan. Gunung pun pecah. Itu adalah betapa besarnya kuasa NYA

✓ Surah Al A'raaf ayat143. Dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata dengannya, maka Nabi Musa (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku (ZatMu Yang Maha Suci) supaya aku dapat melihatMu". Allah berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan sanggup melihatKu, tetapi pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu", Setelah Tuhannya "Tajalla" (menzahirkan kebesaranNya) kepada gunung itu, (maka) "TajalliNya" menjadikan gunung itu hancur lebur dan Nabi Musa pun jatuh pengsan. Setelah ia sedar semula, berkatalah ia: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhanku), aku bertaubat kepadaMu, dan akulah orang yang awal pertama beriman (pada zamanku)

✓ Mata hati seorang itu banyak tingkatannya. Ini merupakan anugerah Allah SWT yang dikasehiNya. Kerana mereka berusaha untuk mengikuti segala perintah Nya. Serta menjauhi akan segala larangannya. Ibadat mereka ikhlas kepada Allah SWT tanpa niat yang lain. Mereka sentiasa berzikir...

✓ Alam ini bukan kekal. Hanya sementara. Seperti diri kita. Tetapi Allah SWT itu wujud. Tidak ada kesudahan.


✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914