Ustaz Shukri 081118

Kuliah Maghrib

✓ Rasulullah SAW melalui berbagai dugaan untuk membawa risalah Islam. Ada yang memanggilnya orang yang gila. Ada yang melontar najis kearah baginda.

✓ Perbuatan jahat dilakukan oleh orang musyrikin kepada Rasulullah SAW adalah kerana baginda mengajak masyarakat Arab Mekah miniggalkan agama nenek moyang mereka. Menuju kepada kepercayaan Islam.

✓ Baginda SAW tidak menghiraukan tindakan jahat masyarakat Arab jahiliyyah. Kerana baginda yakin bahawa pertolongan Allah SWT adalah yang terbaik.

✓ Baginda SAW Yakin bahawa Allah SWT adalah sebaik-baik penjaga dan penyayang kepada hamba NYA

✓ Surah Yusuf ayat 64: Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang menaruh belas kasihan".

✓ Ayat diatas membicara IMAN Nabi Ya'kub. Yang mana bertemu dengan dugaan kehilangan Nabi Yusuf. Baginda berserah kepada Allah SWT semata-mata... Yakin bahawa Allah SWT adalah penjaga yang sebaiknya

✓ Semasa ibu Nabi Musa AS hendak menghanyutkan nya dia tahu yang tiada ada sesiapa pun boleh membantu anaknya Musa melainkan Allah SWT.

✓ Nabi Musa AS tinggal bersama Firaun. Namun dia tidak dibunuhnya oleh Firaun kerana pertolongan Allah SWT

✓ Wassalam

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914