Ustaz Yusuf 040224

Kuliah Subuh

• Hasad merupakan satu perasaan iri hati kepada orang lain yang mempunyai kelebihan.

• Kelakuan hasad akan mendatangkan perbuatan yang tidak baik. Melakukan sesuatu perkara yang jahat kepada orang lain.

• Iblis dan syaitan mengambil kesempatan untuk menyesatkan lagi orang yang mula berkelakuan hasad. Ditipu mereka seolah untuk mengambil tindakan untuk merosakkan kehidupan orang lain.

• Perasaan hasad mula dengan sifat sombong. Rasa tak puas hati akan kelebihan orang lain. Bermula dengan bercakap untuk menjatuhkan orang lain. Lama kelamaan akan lebih jahat perbuatannya. Boleh membawa kepada jenayah membunuh.

• Didalam Al Quran diceritakan akan sifat hasad anak Nabi Adam AS.

"Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil). Dia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa". (Al-Mai'dah: 27)

• Begitu juga Al Quran menceritakan akan perasan hasad saudara Nabi Yusuf yang sanggup membuangkannya daripada keluarga Nabi Yakub AS.

• Selalunya orang yang mempunyai sifat hasad akan membawa cerita palsu untuk memburukkan orang lain. Perbuatan ini akan lebih lagi dengan sihir dan akhirnya sanggup membunuh.

• Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِيَّاكُمْ وَالْحَسَدَ فَإِنَّ الْحَسَدَ يَأْكُلُ الْحَسَنَاتِ كَمَا تَأْكُلُ النَّارُ الْحَطَبَ

Maksudnya: Hendaklah kalian menjauhi sifat hasad dengki, kerana ia menghapuskan kebaikan, sepertimana api menghanguskan kayu.

Sunan Abi Dawud

• Perbuatan hasad akan menjatuhkan perlakuannya sehingga hilang nilai kemanusiaan sesaorang itu. Lama kelamaan jika berterusan akan menjatuhkan dirinya berperangai seperti seekor haiwan.

• Sebagai seorang yang beriman perlulah kita menjauhi daripada sifat hasad.

• Perasaan hasad dengki merupakan satu sifat yang terlarang dalam Islam, dan Allah SWT mengarahkan agar kita meminta perlindungan dari Allah SWT dari kejahata sifat dengki. Firman Allah 'Azza wa Jalla:

وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya: Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya.

Surah al-Falaq (5)

https://www.facebook.com/share/v/KLT4jcF5QAkvXSiJ/?mibextid=qi2Omg

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914