Ustaz Yahya 080722

Tazkirah Jumaat

• Hari Khamis petang hingga hari Jumaat banyaknya para malaikat turun kebumi. Bilangan mereka hanya Allah mengetahui. Dicatatnya mereka orang yang berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW.

• Berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW para Ulama' menyatakan 300 hingga 500 kali setiap hari, supaya diiktiraf sebagai yang banyak berselawat diakhirat kelak.

• Sesaorang bersalawat Fatih sekali bersamaan 700 kali selawat lain.

• اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد اَلْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِم لِمَا سَبَقَ والنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيم  صلى الله عليه و عَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ

Ya ALLAH Rahmati Dan Berkati Penghulu Kami Nabi Muhammad , Pembuka Apa Yang Tertutup , Penamat Bagi Yang Telah Sudah , Penolong Bagi Yang Hak , Penunjuk Kejalan Yang Lurus , Selawat Dan Salam Ke-Atas Nya Juga Keluarga Dan Sahabatnya Sebagaimana Yang Selayaknya , Dengan Darjat Dan Kedudukan Yang Tinggi Dan Mulia.

• Berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW sebanyak 500 kali sehari sesaorang itu tidak mati didalam kebatilan dan kemiskinan.

• Allah SWT akan mengabulkan hajat orang yang berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW sekurang-kurangnya 100 kali. 70 hajat didunia dan 30 hajat diakhirat.

• Dihari Wukuf merupakan hari yang mulia dibulan Zulhijjah. Memperbanyakkan amalan yang Soleh diwaktu tersebut.

• Istimewa hari wukuf adalah hari dimana Allah SWT membebaskan ramai orang yang sudah dimasukkan namanya ke dalam neraka kemudian dimasukkan ke dalam syurga.

• Digalakkan memperbanyakkan zikir kepada Allah SWT diwaktu wukuf. Disunatkan mereka yang tidak mengerjakan haji berpuasa. Diampunkan dosa mereka yang berpuasa Dihari Wukuf, setahun sebelum dan setahun kehadapan.

• Dihari Aidil Adha dan tiga hari selepasnya disunatkan mengerjakan qurban. Malah ini merupakan sunat yang dikifayah bagi sesuatu keluarga yang cukup kemampuan.

• Diakhirat kelak Allah SWT akan memberi ganjaran yang istimewa kepada sesiapa yang mengerjakan ibadah qurban. Dikatakan diakhirat nanti orang yang melakukan qurban terkejut akan istimewanya ganjaran yang diberikan kepadanya.

• Ibadat qurban yang dilakukan oleh orang-orang yang beriman sebagai mengingati perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim AS untuk melakukan qurban keatas anak kesayangan nya ia itu Nabi Ismail AS.

• Iblis cuba mempengaruhi Nabi Ibrahim AS supaya tidak melakukan perintah Allah SWT dengan berbagai hujah. Setelah gagal mempengaruhi Nabi Ibrahim AS, iblis pergi pula kepada Siti Hajar untuk menghalang qurban tersebut. Itupun iblis gagal. Begitulah kuatnya iman Nabi Ibrahim AS dan Isterinya.

• Setelah gagal mempengaruhi Siti Hajar, iblis pergi kepada Nabi Ismail untuk menghalang qurban tersebut. Gagal lagi iblis. Malah buta satu mata iblis terkena balingan batu yang dilakukan oleh Nabi Ismail AS.

• Kuatnya iman Nabi Ibrahim AS sehingga sanggup melakukan apa sahaja perintah Allah SWT. Maka dilakukan ibadah qurban falsafahnya merupakan keimanan hamba keatas Allah SWT.

• Wassalam


Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914