Evernote:Ustaz Ghazali Omar 010914

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Orang yang beriman hendaklah memohon kepada Allah SWT agar mendapat kebajikan hidup didunia dan diakhirat... Husnul Khotimah
  • Iblis laknatullah merasa sedih apabila manusia memohon keampunan daripada Allah SWT.
  • Iblis laknatullah juga akan berusaha untuk menjadikaan orang yang beriman mengerjakan amal dengan riak.
  • Bagi orang yang beriman hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah SWT diatas hidayat yang dianugerahkan kepada kita nikmat beragama Islam.
  • Ada orang yang Allah SWT berikan kekayaan didunia ini.  Mempunyai banyak harta dan wang ringgit. Tetapi dia tidak dianugerahi nikmat iman.
  • Ada yang berbangsa serta berbahasa Arab tetapi tidak mendapat hidayah untuk memeluki akan agama Islam.
  • Hidayah itu adalah kepunyaan Allah SWT. Diberikan kepada orang yang dikehendaki....
  • Iman itu juga tidak boleh diwarisi  kepada zuriatnya.
  • Hendaklah kita merasa takut yang Allah SWT boleh mencabutkan iman yang dianugerah kepada kita. Ramai orang semasa  hidupnya  beriman tetapi matinya didalam keadaan kafir. Pohonlah kepada Allah SWT mengampuni segala dosa yang kita lakukan sebelum roh kita berpisah dengan jasad.
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914