Evernote:Ustaz Rahmatullah 190814

Kuliah Maghrib Masjid Al Huda Shah Alam
  • Rasulullah SAW melarang memohon keampunan kepada orang yang musyrik.
    • Dibolehkan memohon kepada Allah SWT supaya orang kafir menerima agama Islam
    • Baginda pernah memohon kepada Allah SWT agar dibuka hati salah saorang daripada dua Omar memeluk agama Islam
    • Orang yang syirik kepada Allah SWT dosanya tidak akan diampuni
    • Walaupun orang yang syirik iyu dekat dengan orang yang beriman. Seperti Nabi Ibrahim... ayahnya sendiri yang syirik.
    • Begitulah dengan orang munafik,  dosanya tidak akan diampuni Allah SWT.
  • Sesiapa yang beriman yang diberikan harta benda serta ia menggunakan dengan baik mengikut landasan agama
    • Kelebihan harta yang dimilikinya  itu merupakan ujian  baginya.
    • Bagi sesiapa yang mempunyai harta yang berlebihan serta diinfaqkan maka Allah SWT akan memberi pahala. Ia juga mendapat kelebihan didunia seperti panjang umur dan dijauhkan dari bala'.
    • Allah SWT akan memberi darjat yang lebih baik kepada mereka yang menginfaqkan harta yang dikasihinya.
    • Apa sahaja yang dinafkahkan pasti Allah SWT menggantikan.
  • Orang yang kedekut maka hartanya akan menyusahkan mereka diakhirat kelak
    • Orang yang tidak menjalankan kewajipan mengeluarkan zakat maka azab yang pedih menanti mereka
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914