Evernote:Ustaz Azman 210914

Kuliah Subuh, Masjid Al Huda Shah Alam

  • Seorang mukmin mengharap akan pertolongan Allah SWT
    • Setelah berusaha berdoalah kepada NYA
    • Agar diturunkan Rahmat NYA
  • Setiap apa yang terjadi dialam ini hanyalah dengan pengetahuan Allah SWT
    • Tidak akan terjadi tanpa IzinNYA
    • Allah SWT maha besar, Allahuakbar
  • Setelah berusaha, hendaklah seorang hamba memohon pertolongan Allah SWT
    • Yakinlah bahawa Allah SWT yang maha pemurah
    • Pertolongan Allah SWT pasti akan datang
  • Janganlah sesaorang hamba, bersangka bahawa usahanya adalah mencukupi
    • Tidak melengkapi usahanya dengan iringan doa kepada Allah SWT
    • Bahawa apa pun yang diusahakan jika tidak mendapat barakah, berbagai perkara boleh berlaku yang berkemungkin mengagalkan cita
    • Kemudian merasa hairan sekiranya usahanya gagal
  • Doa adalah senjata orang- orang yang beriman...
    • Rasulullah SAW mendidik para sahabat dengan doa
    • Setiap apa perbuatan yang dilakukan diiringkan dengan doa
    • Doa dilakukan dalam usaha yang besar hinggalah keperkara yang kecil
  • Adap didalam berdoa...
    • Mengikut cara yang lakukan oleh Rasulullah SAW
    • Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." Al Baqarah: 186
    • Link... http://rahsiarezeki.wordpress.com/adab-berdoa/
  • Wassalam
Evernote helps you remember everything and get organized effortlessly. Download Evernote.

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914