Ustaz Rahmatullah 050822

Kuliah Maghrib

• Orang yang beriman hendaklah menjadi penuntut ilmu sehingga ke akhir hayat.

• Para Ulama'adalah pewaris nabi. Darjat mereka adalah tinggi selepas kedudukan para nabi. Kerana mereka menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah SWT.

• Rasulullah SAW membawa risalah Allah SWT. Mengajar manusia mensucikan diri dari perbuatan mungkar. Baginda mengajar mereka akan ayat-ayat Al Quran.

• Sesiapa yang menyampaikan ajaran agama kepada orang lain. Dan apa yang disampaikan itu dapat mengubah orang lain kepada kebaikan, maka ganjarannya yang lebih baik daripada seisi dunia.

• Kedudukan Ulama'dihari akhirat tinggi. Sebagai sebahagian daripada malaikat Allah SWT. Mereka dibolehkan Allah SWT untuk memberi syafaat kepada orang lain.

• Orang yang beriman yang mempelajari ilmu agama serta mengajar kepada orang lain. Pasti Allah SWT menjadikan makhluk yang sentiasa memohon kepada Allah SWT agar mengampunkan dosa-dosa orang tersebut.

• Majlis ilmu mempunyai kedudukan yang tinggi. Sehingga Rasulullah SAW yang diperintahkan Allah SWT untuk menyampaikan wahyu,  juga dengan  sendirinya menghadiri majlis ilmu yang disampaikan para sahabat.

• Para Ulama' walaupun mempunyai kedudukan yang tinggi masih mencari ruang untuk mengajar kepada orang lain. Kerana mereka tahu yang menyampaikan ilmu itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.

• Kedudukan para ulama' dengan orang awam yang beramal adalah tujuh puluh darjat lebih tinggi.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914