Ustaz Shamsuddin 200822

Kuliah Subuh

• Allah SWT sayang akan hamba NYA yang taat kepada NYA. Diberinya jalan untuk melakukan kebajikan.

• Sayang nya Allah SWT kepada hambaNYA tidak mengharapkan apa-apa balasan. DIA tidak berhajat kepada sesiapa pun.

• Allah SWT maha kaya. Sekiranya hambanya taat tidak DIA berkehendakkan apa- apa dari makhlukNYA. Sekira hambanya tidak patuh kepada perintah NYA, ia tidak mendatangkan apa-apa mudarat kepada NYA.

• Semua makhluk mengharap kepada Allah SWT. Sekiranya seorang hamba itu taat, kebaikan itu akan balik kepada nya. Allah SWT tidak mengharap apa apa daripada hamba NYA.

• Segala perintah Allah SWT kepada hamba-Nya adalah untuk mendekatkan diri kepada NYA. Apabila dilarang sesuatu kepada hambaNYA adalah kerana itu untuk kebaikan hamba NYA.

• Ketaatan dan kemurkaan sesaorang hamba tidak akan menambah apa- apa akan Allah SWT.

• Sekiranya dimasukkan jarum didalam laut, tidaklah ia akan menambah atau mengurangkan laut itu. Begitulah juga jika hamba taat atau derhaka kepada NYA ia tidak apa apa kesan. Tidak bertambah tidak berkurangan.

• Akal manusia itu terbatas. Tidaklah ia dapat tahu sepenuhnya zat Allah SWT. Apa yang akal tahu adalah apa yang diwahyukan NYA.

• Sekiranya Allah SWT hendak memberi ilmu kepada hambaNYA untuk mengenalNYA itu adalah kehendakNYA. Para wali ada yang diberi ilmu mengikut kehendakNYA.

• Bagi orang awam mengenal Allah SWT dengan nama nama NYA yang sembilan puluh sembilan yang diwahyukan. Orang yang tinggi derajatnya dapat mengenal Allah SWT dengan alam ciptaan Nya. Para wali pula mengenal Allah SWT dengan ilmu yang dianugerahkan NYA.

• Ketaatan hamba kepada Allah SWT bergantung kepada sejauhmana dia mengenal Allah SWT.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914