Ustaz Syukri 060822

Kuliah Subuh

• Kebanyakan orang membuang masa. Dari segi agama maka rugilah orang-orang yang tidak menafaatkan masa yang ada.

• Didalam Al Quran dikatakan yang tidak rugi adalah mereka yang beriman melakukan amalan yg Soleh. Dan juga selalu berpesan kepada orang lain agar melakukan kebaikan dengan cara sabar.

• Orang yang beriman perlulah beramal dengan amalan yang soleh. Diisi setiap ruang masa dengan mengerjakan kebaikan. Sentiasa mengingati Allah SWT. Serta memperbanyakkan berselawat keatas Baginda Rasulullah SAW.

• Rasulullah SAW berpesan kepada para sahabat supaya memperbanyakkan berdoa kepada Allah SWT. Agar ditetapkan hati didalam keimanan. Janganlah imam didalam hati kita berbelah bagi terumbang ambing. Kadang kala beriman dan ada ketika lalai.

• Lalai didalam solat dikira membuang masa. Abu Hurairah RA menyatakan bahawa tidak diterima Allah SWT akan solat yang dilakukan dengan tidak khusyuk.

• Orang yang beriman digalakkan untuk bangun sepertiga malam untuk melakukan ibadah. Solat tahajud dan membaca Al Quran. Dilakukan dengan beristiqamah.

• Diisi kehidupan sesaorang yang beriman dengan melakukan amal soleh secara berterusan hinggalah dijemput pulang oleh Allah SWT. Semoga rohnya kembali kepada NYA secara tenang dan diredhai.

• Wassalam


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914