Forum Perdana Maulidur Rasul 280923

Masjid AL Huda Shah Alam S19

• Moderator: Ustaz Fazrul
• Ahli Panel: Ustaz Fairuz, Ustaz Zainal

• Baginda Rasulullah SAW sebelum menerima wahyu, pergi mengasingkan diri untuk berfikir. Bagaimana hendak mengubah masyarakat jahiliyyah.

• Permulaan wahyu kepada Baginda Rasulullah SAW adalah Iqra'. Ia itu membaca. Hari ini kita wajib membaca Al Quran.

• Sebelum dilantik menjadi Rasul, baginda digelar Al amin. Tetapi setelah baginda membawa risalah Islam dia dipermusuhkan. Oleh demikian baginda diperintahkan berhijrah ke Madinah.

• Di Madinah pula musuh baginda tidak zahir. Baginda berhadapan dengan orang-orang yang munafiq. Mengaku beriman dihadapan baginda tetapi dibelakang nya difitnahkan risalah Islam.

• Baginda Rasulullah SAW meninggal kepada umatnya adalah dua perkara. Ia itu Al Quran dan Hadith. Sesiapa yang berpegang kepada kedua perkara itu tidak akan sesat Selama- lamanya.

• Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam..." (HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])

• Baginda Rasulullah SAW juga menggalakkan orang beriman memberi salam kepada jiran tetangganya.

• Orang yang beriman juga diminta untuk memuliakan tetamu.

• Perkara yang mula-mula disampaikan Rasulullah SAW ada menyampaikan salam, memberi makan kepada orang dan solat malam.

• Didalam masyarakat mukmin perlu berwaspada dengan orang yang fasik. Mereka suka menyebarkan fitnah untuk merosakkan masyarakat. Semasa zaman Rasulullah SAW juga terdapat orang yang sedemikian. Pernah keluarga Baginda Rasulullah SAW juga difitnahkan .

• Orang yang kafir senang untuk dikenali. Tetapi orang yang fasik dan munafiq susah untuk dikenali. Kerana mereka dihadapan kita baik sahaja perangainya. Tetapi dibelakang kita mereka membuat berbagai fitnah.

• Sejarah juga merakamkan bahawa kaum munafiq yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai yang berusaha untuk memecahbelahkan masyarakat Islam di Madinah. Dia cuba melaga-lagakan puak Ansar dan muhajirin. Serta dia juga memfitnah keluarga Baginda Rasulullah SAW. Menuduh Saidina Aisyah, melakukan perbuatan sumbang.

• Dalam masyarakat mukmin hendaklah berwaspada dengan perangai orang yang bersikap sedemikian. Semoga Allah SWT menjauhkan masyarakat dari perbuatan munafiq dan fasik.

• Didunia ini manusia yang perangai seorang munafiq dan fasik boleh mengelak daripada diketahui orang. Tetapi dia tidak akan lepas diakhirat nanti. Setiap apa yang kita lakukan sekecil habuk akan dipersoalkan.

• Bahawa semua orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW akan masuk syurga. Dan sebaliknya orang yang ingkar kepada perintah Allah SWT dan Rasulullah SAW akan dimasukkan ke dalam neraka.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914