Ustaz Muhaimin 150923

Kuliah Maghrib

• عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ



Dari Anas r.a. ia berkata, Nabi SAW bersabda: "Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian hingga ia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia semuanya." (HR Bukhari No: 15) Status: Hadis Sahih

• Orang yang beriman hendaklah berusaha untuk menanam didalam jiwanya untuk mencapai tahap kecintaan pada Rasulullah SAW dan Allah SWT melebihi segala cinta yang lain.

• Rasa cinta akan keluar daripada jiwa seseorang itu apabila terdapat perkara-perkara yang tersebut ini.

   - kecantikan.
Baginda Rasulullah SAW diriwayatkan yang sifat zahir Baginda itu cantik.

   - kesempurnaan.
Apa sahaja yang sempurna akan memikat hati seseorang. Sifat yang sempurna juga dapat menarik hati. Begitu juga dengan sifat Baginda Rasulullah SAW. Kesempurnaan diri dan akhlak baginda memikat para sahabatnya.

   - kehebatan.
Sifat ini juga yang terdapat kepada sesaorang itu menjadi faktor yang akan menjadi kekaguman orang lain. Kehebatan Rasulullah SAW telah dikaji dan dinukilkan didalam beberapa kitab. Ditulis oleh para ulama yang hebat. Kehebatan Baginda dianugerahkan Allah SWT dilantik sebagai Rasulullah SAW yang diutus kepada sekelian manusia. Al Quran juga menyatakan akan kehebatan Baginda.

Firman Allah SWT  dalam al-Quran bermaksud:  "Katakanlah (wahai Muhammad), jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku (Rasulullah), nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."  (Surah Ali 'Imran, ayat 31)

Dari Anas bin Malik t, dia berkata: " Rasulullah SAW adalah manusia terbaik, manusia paling pemurah, manusia paling berani. Pada suatu malam, orang ramai merasa terkejut kerana mendengar satu suara tinggi. Maka orang-orang menuju ke arah tempat datangnya suara itu. Namun Rasulullah SAW ditemui menuju pulang dan dia telah mendahului mereka ke arah tempat datangnya suara. Baginda  berada di atas kuda Abu Thalhah dan di lehernya ada pedang, dan baginda bersabda: " Jangan takut, jangan takut."

- pemberian.
Sifat pemberi juga dapat menjadi faktor timbulnya perasaan cinta kepada seseorang. Guru dicintai anak muridnya kerana ilmu yang diberinya.

Begitulah Baginda Rasulullah SAW dicintai para sahabat dan seluruh umat mukmin kerana memberi hidayah iman dan agama Islam. Baginda memberi ilmu dan kefahaman kepada orang beriman akan hubungan manusia dan dengan Allah SWT.

Mengajar manusia bagaimana menyembah Allah SWT. Akhlak sesorang hamba dengan Tuhannya. Serta meningkatkan tamadun manusia berhubung sesama manusia dan makhluk yang lain. Memberi ilmu bagaimana mengendali hidup ini, 'the way of live' yang meningkatkan ketamadunan yang mulia.

Baginda juga memberi bimbingan manusia untuk meningkatkan sifat kerohanian manusia. Dia juga menunjukkan cara bagaimana manusia berhubung dengan dunia yang ghaib. Yang hidup didunia ini akan memberi satu kaitannya dengan akhirat. Ilmu akhirat merupakan Kefahaman kenapa manusia ini wujud. Dimana tujuan hidup selepas mati.

• Baginda Rasulullah SAW terlalu banyaknya jasa nya kepada kita orang yang beriman. Pimpinan Baginda membawa kita dari kegelapan kepada cahaya. Maka perlulah kita memperbanyakkan selawat keatas Baginda.

• Wassalam. 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914