Ustaz Lukmanul Hakim 120923

Kuliah Maghrib

• Rasulullah SAW melarang para sahabat tertawa dengan berlebih -lebihan.

• Bergurau secara sederhana dibenarkan oleh agama. Terdapat riwayat yang Baginda Rasulullah SAW juga bersenda gurau dengan sahabat & keluarganya.

• Islam tidak membenarkan para mukmin melawak secara menjatuhkan maruah seseorang.

• Baginda Rasulullah SAW mengingatkan para sahabat jangan ketawa secara keterlaluan. Tetapi lakukan perkara yang lebih bermanfaat seperti ingat akan kematian dan hari akhirat.

• Seorang yang beriman hendaklah beringat akan hari kebangkitan dihari akhirat.

• Qur'an: Az-Zalzala (99:3)

وَقَالَ الْاِنْسَانُ مَا لَهَاۚ

Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun); "Apa yang sudah terjadi kepada bumi?"

Qur'an: Az-Zalzala (99:4)

يَوْمَىِٕذٍ تُحَدِّثُ اَخْبَارَهَاۙ

Pada hari itu bumipun menceritakan khabar beritanya:

• Qur'an: Yaseen (36:65)

اَلْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلٰٓى اَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَآ اَيْدِيْهِمْ وَتَشْهَدُ اَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ

Pada waktu itu Kami meteraikan mulut mereka (sejurus); dan (memberi peluang kepada) tangan-tangan mereka memberitahu Kami (kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi tentang apa yang mereka telah usahakan.

• Qur'an: Fussilat (41:20)

حَتّٰىٓ اِذَا مَا جَاۤءُوْهَا شَهِدَ عَلَيْهِمْ سَمْعُهُمْ وَاَبْصَارُهُمْ وَجُلُوْدُهُمْ بِمَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, (maka) pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan mereka menjadi saksi terhadap mereka, mengenai apa yang mereka telah kerjakan.

Qur'an: Fussilat (41:21)

وَقَالُوْا لِجُلُوْدِهِمْ لِمَ شَهِدْتُّمْ عَلَيْنَا ۗقَالُوْٓا اَنْطَقَنَا اللّٰهُ الَّذِيْٓ اَنْطَقَ كُلَّ شَيْءٍ وَّهُوَ خَلَقَكُمْ اَوَّلَ مَرَّةٍۙ وَّاِلَيْهِ تُرْجَعُوْنَ

Dan (setelah berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka: "Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?" Kulit-kulit badan mereka menjawab: "Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata - telah menjadikan kami dapat berkata-kata; dan Dia lah yang menciptakan kamu pada mulanya, dan kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan).

Qur'an: Fussilat (41:22)

وَمَا كُنْتُمْ تَسْتَتِرُوْنَ اَنْ يَّشْهَدَ عَلَيْكُمْ سَمْعُكُمْ وَلَآ اَبْصَارُكُمْ وَلَا جُلُوْدُكُمْ وَلٰكِنْ ظَنَنْتُمْ اَنَّ اللّٰهَ لَا يَعْلَمُ كَثِيْرًا مِّمَّا تَعْمَلُوْنَ"

Dan semasa kamu berselindung (ketika melakukan dosa di dunia dahulu) bukanlah kerana kamu bimbangkan pendengaran dan penglihatan serta kulit-kulit badan kamu menjadi saksi terhadap perbuatan-perbuatan kamu yang berdosa itu, akan tetapi kerana kamu menyangka bahawa Allah tidak mengetahui kebanyakan dosa yang kamu lakukan (secara bersembunyi itu).

• Qur'an: Al-Kahf (18:49)

وَوُضِعَ الْكِتٰبُ فَتَرَى الْمُجْرِمِيْنَ مُشْفِقِيْنَ مِمَّا فِيْهِ وَيَقُوْلُوْنَ يٰوَيْلَتَنَا مَالِ هٰذَا الْكِتٰبِ لَا يُغَادِرُ صَغِيْرَةً وَّلَا كَبِيْرَةً اِلَّآ اَحْصٰىهَاۚ وَوَجَدُوْا مَا عَمِلُوْا حَاضِرًاۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ اَحَدًا ࣖ

Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

• Perlu beringat sebelum sampai masanya kita dikembalikan kepada pencipta alam semesta ini, Allah SWT.
Harta dan keluarga akan hilang daripada kita. Yang bersama dengan kita diwaktu itu adalah amalan Soleh.

• Kubur suka kepada orang yang beriman dan melalukan amal yang Soleh. Ditunjukkan kepada dia melalui satu pintu keadaan syurganya. Akan berbau wangi wangian syurga.

• Tetapi orang yang kafir dan pendosa akan dibenci oleh kuburnya. Disiksa nya dengan berbagai-bagai siksaan. Dia dapat melihat akan neraka tempat dia diakhirat nanti.

• Digalakkan orang yang beriman selalu berdoa agar dijauhkan siksaan kubur dan api neraka kelak.

• Wassalam



 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914