Ustaz Haslam 190923

Kuliah Maghrib

• Zuhud daripada dunia dapat tercapai dengan memperbanyakkan mengingati akan hari kembali kerahmatullah.

• Perlulah ada rasa takut kepada kemurkaan Allah SWT. Takut akan kemungkinan yang akan terjadi kepada diri sekiranya DIA tidak sempat bertaubat akan dosa dosa yang banyak dikerjakan semasa hidup didunia. Takut akan azab siksaan api neraka yang sungguh perik kesakitan nya.

• Hamba yang ada rasa takut kepada Allah SWT, maka kemungkinan dia selamat diakhirat nanti.

• Rasa takut tersebut akan menghalangnya daripada terbabit didalam perbuatan maksiat. Walaupun ketika meninggalkan maksiat tersebut tidak dilihat atau diketahui oleh sesiapun.

• Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'Anhu, dari Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam beliau berkata; "Ada seseorang yang berlebihan terhadap dirinya sendiri. Ketika ajalnya datang dia berwasiat kepada anak-anaknya. Ia berkata; Apabila aku mati maka bakarlah aku, kemudian tumbuk dan buang (abunya) di tengah angin laut. Demi Allah, apabila Allah sanggup mengumpulkanku Dia akan mengazabku dengan siksaan yang belum pernah dia timpakan kepada seorang pun. Maka mereka pun melakukannya. Lalu Allah berkata kepada bumi; Kumpulkan apa yang telah kamu ambil, dan seketika itu juga orang itu pun berdiri. Allah berkata kepadanya; Apa alasanmu melakukan itu? Orang itu menjawab; Takut kepada-Mu ya Rabb! Lalu dia pun diampuni." HR Muslim dan An-Nasa'i.

• Orang yg diriwayatkan diatas ini jahil akan kekuasaan Allah SWT tapi Allah SWT tetap mengampuninya. Berarti pelaku syirik besar yang jahil juga diampuni.

• Orang yang beriman hendaklah memperbanyakkan amalan yang dapat menghindari daripada siksaan kubur. Ia itu membaca surat AL Mulk setiap malam.

• Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: "Doa Nabi SAW yang paling sering diucapkan ialah: (اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ) - "Ya Allah, Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka."

Riwayat al-Bukhari (6389) dan Muslim (7016)

• Dalam hadis yang turut diriwayatkan oleh Anas R.A, beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ أَنْ يَقُولَ: يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، آمَنَّا بِكَ وَبِمَا جِئْتَ بِهِ فَهَلْ تَخَافُ عَلَيْنَا؟ قَالَ: نَعَمْ، إِنَّ القُلُوبَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ يُقَلِّبُهَا كَيْفَ يَشَاءُ.

Maksudnya: Adalah Rasulullah SAW selalu mengucapkan: "يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِك" (Wahai Zat yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu). Kemudian aku pun bertanya: "Wahai Rasulullah, kami beriman kepadamu dan kepada apa yang engkau bawa, lalu apakah engkau masih risau kepada kami?" Baginda menjawab: "Ya, kerana sesungguhnya hati manusia berada di antara dua genggaman tangan (kekuasaan) Allah yang Dia bolak-balikkan menurut yang dikehendaki-Nya."

Riwayat Imam Ahmad (12107), al-Tirmizi (2140), al-Baihaqi
dalam Syu'ab al-Iman (757) dan al-Tabarani dalam al-Du'a (1261)

• Manakala hadis lain yang diriwayatkan daripada Syahr bin Hausyab, katanya:

قُلْتُ لأُمِّ سَلَمَةَ : يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ مَا كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ عِنْدَكِ ؟ قَالَتْ : كَانَ أَكْثَرُ دُعَائِهِ : يَا مُقَلِّبَ القُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ قَالَتْ : فَقُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ مَا لأَكْثَرِ دُعَائِكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ ؟ قَالَ : يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلاَّ وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللهِ ، فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ ، وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.

Maksudnya: Aku pernah bertanya kepada Ummu Salamah: "Wahai Ummul Mukminin! Apakah doa Rasulullah SAW yang paling banyak apabila Baginda SAW disisi engkau?" Beliau menjawab: "Doa Baginda SAW yang paling banyak adalah: (يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ) - "Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu." - Ummu Salamah berkata: "Aku pernah berkata kepada Rasulullah SAW; Wahai Rasulullah! Betapa sering engkau berdoa: "يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ". Lalu Baginda SAW menjawab: "Wahai Ummu Salamah! Sesungguhnya tidak ada seorang anak Adam pun melainkan hatinya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah. Barangsiapa yang Allah kehendaki, maka Dia akan meluruskannya dan barangsiapa yang Allah kehendaki maka Dia akan membelokkannya."

Riwayat Imam Ahmad (26618) dan al-Tirmizi (3522)

• Para alim ulama sekalian mereka takut akan siksaan api neraka.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914