Ustaz Dr Nizam

Kuliah Subuh

• Baru ini terdapat satu ajaran yang sesat. Menyatakan bahawa Muhammad itu Allah SWT. Sesiapa yang beriktikad sebegitu hukumnya kafir.

• Doa adalah perbuatan sesaorang memohon kepada Allah SWT. Ia merupakan satu ibadah.

• Syarat berdoa ialah memohon sesuatu hanya kepada Allah SWT.

• Berdoa untuk kebaikan diri sendiri atau orang lain. Memohon sesuatu hajat. Memohon agar menolak sesuatu keburukan.

• Walaubagaimanapun sekiranya seseorang itu yakin bahawa Qada' dan Qadar Allah telah ditetapkan maka dia tidak perlu berdoa. Tetapi dia perlu juga berdoa sebagai seorang hamba, kerana Allah SWT telah memerintahkan hambaNYA berdoa kepada NYA.

• QS.Surat Al-Baqarah[2]:186
وَاِذَا سَاَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَاِنِّيْ قَرِيْبٌ ۗ اُجِيْبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ اِذَا دَعَانِۙ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ (١٨٦)
186. Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

•وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Aku perkenankan bagimu." - Q.S. Al-Mu'min [40]: 60

• Kita disuruh berdoa kerana besarnya kesannya terhadap apa yang akan berlaku. Daripada Ibn Umar R.A, Nabi SAW bersabda:

إِنَّ الدُّعَاءَ يَنْفَعُ مِمَّا نَزَلَ وَمِمَّا لَمْ يَنْزِلْ ، فَعَلَيْكُمْ عِبَادَ اللهِ بِالدُّعَاءِ

Maksudnya: "Sesungguhnya doa bermanfaat terhadap apa yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah."

Riwayat al-Tirmizi (3548)

• Manakala dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW menjelaskan betapa besarnya kuasa doa sehingga mampu mengubah sesuatu takdir. Daripada Thauban R.A, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ بِالذَّنْبِ يُصِيبُهُ ، وَلاَ يَرُدُّ الْقَدَرَ إِلاَّ الدُّعَاءُ

Maksudnya: "Sesungguhnya seseorang itu boleh terhalang dari rezeki disebabkan dosa yang dilakukannya. Tidak ada yang dapat menolak takdir kecuali doa."

Riwayat Ibn Majah (4022), Ahmad (22745) dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman (9752)

• Tawassul adalah perbuatan menggunakan perantaraan dalam berdoa.

• Tawassul dibolehkan dengan...
- menggunakan nama nama Allah SWT
- amalan Soleh diri sendiri
- minta orang hidup berdoa untuk kita

• Wassalam.


 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914