Ustaz Yusof 030923

Kuliah Subuh

• Kemerdekaan dari segi agama adalah kebebasan untuk melakukan segala amal yang soleh dengan tidak ada ancaman atau sekatan. Dapat hidup mengikut kehendak Allah SWT dari segala segi yang dihukumkan.

• Bersyukur kita kepada Allah SWT atas kemudahan dan kesenangan hidup di negara ini. Semoga ruang ini dapat kita melakukan amalan dengan sebaik-baiknya.

• Hidup ini hendaklah mematuhi segala hukum syara'yang ditetapkan Allah SWT.

• Surah Al Furqan ayat 67...

وَالَّذِيْنَ اِذَآ اَنْفَقُوْا لَمْ يُسْرِفُوْا وَلَمْ يَقْتُرُوْا وَكَانَ بَيْنَ ذٰلِكَ قَوَامًا

Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.

• Diperintahkan orang yang beriman supaya mengendalikan hidup ini dengan secara yang sederhana didalam membelanjakan hartanya.

• Setiap manusia mempunyai rezekinya yang tersendiri. Harta dan anak-anak dan sebagainya merupakan kejayaan didunia ini. Walau bagaimanapun jangan sekali-kali lupa akan kewajipan sebagai hamba Allah SWT. Menunaikan ibadat yang wajib dan ibadat yang sunat, serta menjauhi daripada perkara yang haram.

• Kendali hidup ini dengan baik. Tidak lalai daripada kewajipan yang ditentukan oleh Allah SWT. Janganlah nikmat harta, perniagaan, pekerjaan, kedudukan, anak- anak serta apa sahaja kenikmatan dunia melupakan kita kepada NYA.

• Harta yang kita miliki sebenarnya adalah amanah daripada Allah SWT. Sebahagian daripada harta benda itu adalah hak kepada orang lain. Hendaklah kita mengeluarkan zakat dan sedekah kepada orang yang ditentukan agama.

• Pemberian yang diberikan kepada orang lain hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana mengharap keredhaan Allah SWT. Janganlah sedekah itu dilakukan untuk menunjuk- nunjuk  kepada orang dengan mengharap mendapat pujian. Jangan bersifat riya'.

• Contohilah para sahabat Baginda Rasulullah SAW. Mereka sanggup menginfakkan sebahagian hartanya untuk perjuangan agama. Malah Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq memberikan segala hartanya.

• Wassalam
 

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914