Ustaz Hassan Basri 061223

Kuliah Magrib

• Sahabat Baginda SAW Huzaifah bin Yaman merupakan seorang yang rapat dengan Rasulullah. Penyimpan rahsia Baginda.

• Huzaifah menceritakan bahawa dia solat jemaah dengan Baginda diwaktu solat malam. Ia itu solat Qiamullail.

• Selepas bacaan Fatihah Baginda SAW baca surah Baqarah. Huzaifah ingat yang Baginda SAW akan rukuk selepas ayat ke seratus. Tetapi diteruskan hingga habis Surah Baqarah.

• Setelah habis membaca Surah Baqarah, Baginda SAW kemudian terus membaca Surah An Nisa dan membaca Surah Ali Imran. Semua ini didalam rakaat pertama.

• Baginda SAW membaca Qur'an didalam solat dengan tertil dan secara tenang perlahan lahan.

• Sheikh Aiman Rushdi seorang pakar Al Quran daripada Syria. Takrif maksud tertil adalah membaca dengan menekankan hak huruf. Iaitu makhraj huruf dan sifat huruf. Setiap huruf terdapat sekurang-kurangnya lima sifat.

•  Selepas membaca surah surah Baginda SAW rukuk. Lamanya rukuknya lebih kurang sama panjangnya dengan qiamnya dirakaat pertama. Didalam sujud juga lamanya sama seperti qiamnya.

• Para ulama' banyak perbincangan mengenai panjangnya rukuk dan sujud didalam solat. Terutama solat fardhu. Terdapat beberapa pendapat. Qiam lebih panjang daripada rukuk dan sujud. Rukuk dan sujud lebih panjang daripada qiam. Rukuk dan sujud lebih kurang sama dengan qiam. Semua pendapat ini boleh diterima.

• Para ulama' juga berbincang mengenai susunan surah didalam solat. Didahulukan surah yang awal didalam solat. Makruh jika surah yang lewat didahului daripada surah yang awal.

• Wassalam  

Comments

Popular posts from this blog

Ustaz Ghazali Omar 020912

Ustaz Shamsuddin 090809

Evernote:Ustaz Ismail Al Fatoni 210914